Search This Blog

Pegawai Bomba Muhammad Adib telah pergi meninggalkan kita


Innalillahi wa inna ilaihi raji'un, allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu.

Dukacita dimaklumkan bahawa Saudara Muhammad Adib Mohd Kassim, pegawai bomba yang telah dibelasah dalam peristiwa rusuhan kuil Seafield telah meninggalkan kita semua pada 9.41 malam tadi di IJN. Semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. 

Semoga pelaku akan mendapat balasan yang setimpal. Pihak berwajib perlu mengambil tindakan segera yang seadil-adilnya. 

#justice4adib
#alfatihah


Giveaway The Berkat Di Mialiana.com



The Berkat (theberkat.com) ialah portal yang berkongsi pandangan tentang pendidikan dan kerjaya untuk golongan B40.

Siapa itu golongan B40?
Golongan B40 atau Bottom 40 ialah golongan yang ‘struggle’ untuk hidup. Mereka ini golongan yang berpendapatan 40% terendah di Malaysia, dengan purata gaji seisi rumah sebanyak RM3,860 sebulan.

Kenapa bantu B40?
Cara terbaik untuk keluar dari kesusahan hidup dan kemiskinan ialah dengan ilmu. The Berkat ingin melihat golongan B40 berjaya dalam pendidikan supaya mendapat kerjaya yang bagus.

Contohnya dalam pendidikan, The Berkat berkongsi cara untuk fasih berbahasa Inggeris, tips menghadapi UPSR dan PT3, tips untuk berjaya dalam SPM, permohonan SBP, permohonan MRSM serta permohonan UPU.


Sekadar berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat. Tak apa duit tak banyak, janji rezeki berkat.




Giveaway ini dianjurkan oleh TheBerkat.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Read more: http://www.mialiana.com/2018/12/giveaway-the-berkat-di-mialianacom.html#ixzz5ZuRUyzWU

HIMPUNAN UMMAH 812 | BANTAH ICERD


SYUKUR HIMPUNAN AMAN



1. Setinggi penghargaan diucapkan kepada para peserta, penganjur, NGO dan parti politik yang telah berhimpun secara aman pada hari yang penuh bersejarah ini di hadapan Dataran Merdeka.

2. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak PDRM dan DBKL yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik, dan menjadi penanda aras baharu demokrasi yang lebih matang dalam negara.

3. Semoga himpunan ini menjadi saksi kesedaran, keberanian dan kebangkitan rakyat yang cintakan perpaduan dan keamanan negara.





Sila beli kapur barus,
Sila jemput silalah kaut,
Jangan berani melawan arus,
Kelak tenggelam di dasar laut.

Dari Pelangai pergi ke Merapoh,
Kerana mahu beli buahnya,
Lampu merah jangan dirempuh,
Kalau dirempuh besar padahnya.

Dari Serdang ke Pasir Salak,
Datang menangguk udang galahnya,
Sarang tebuan jangan dijolok,
Kalau dijolok parah padahnya.

ABDUL HADI AWANG
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
81218

Semoga selepas nie takde lagi yang nak memperlekehkan agama dan bangsa aku.

#himpunanummah812
#BantahICERD #SelamatkanIslam
#SelamatkanMalaysia #IslamMemimpin #PertahankanPerlembagaan
#Turun812
___________
Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD
Tarikh : 8 Disember 2018
Masa : 2.00 petang - 6.00 petang
Tempat : Dataran Merdeka
Tema : Putih
FB : http://facebook.com/RakyatBantahICERD
FB : https://facebook.com/ummah.official