Search This Blog

CPUV NUFFNANG #123 | LHDN APR2017

Alhamdulillah... Sebenarnya pada pertengahan bulan April 2017 ada dapat kempen... Tapi tak berkesempatan nak cerita... Nampak nya ramai dah merungut pasal #nuffnang nih... Nak bungkus ker apa... Hmmm... 

Kali nih dapat kempen daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri...  Memula tu tertanya-tanya jugak apa lah yang nak dipromosikan oleh LHDN nih... 


Haaa... Nielah sebab nyer... LHDN nak suruh kita-kita nih isytihar pendapatan tahun taksiran 2016... Banyak yang tak isytihar kot... Hahaha... Korang dah buat ker? Tak isytihar kang sangkut plak BRiM nanti... 


Kengkawan kalau ada terserempak iklan  menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik... Untuk mereka yang berminat jer tau... Tiada paksaan, tak mo pun xpe lah... Sob... Sob... Sob... 

Terima kasih #nuffnang
#lhdn
 #efiling
#kisahhidupku #jombercontest
#reviewproduct

Terima kasih kengkawan ...
Alhamdulillah ...

NASI GORENG KAMPUNG

Hi kengkawan buat ape petang2 nie? Tak lama lagi dah nak masuk bulan puasa... Maka ramai ler yang akan selongkar segala macam resepi... Meh saya kongsi resepi nasi goreng paling senang... Memang ler cepat siap... Janji bahan dah ada... Yang bujang pun boleh cuba jugak...


Bahan-bahan:

- 2 sudu besar ikan bilis
- 6 biji cili padi
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- Dada ayam
- ½ ikat kangkung
- 1 sudu garam
- Nasi
- 3 sudu besar ikan bilis goreng

Cara-cara:

1. Blend ikan bilis, cili padi, bawang putih dan bawang besar.
2. Tumis hingga wangi.
3. Masukkan dada ayam dan kacau hingga masak.
4. Masukkan kangkung dan kacau hingga masak.
5. Masukkan garam dan kacau.
6. Masukkan nasi dan gaul hingga rata.
7. Masukkan ikan bilis goreng dan gaul.
8. Siap untuk dihidang.

Inilah Cara Paling Senang Untuk Masak Nasi Goreng Kampung Yang Tersangat Sedap... 10 minit dah siap!


SELAMAT HARI LAHIR PUTRA AL AMIN

Selamat Hari Lahir Muhammad Putra Al Amin ... Alhamdulillah, hari nie genap lah usia Putra empat tahun ... Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu ...

Sempena meraikan birthday boy, cuti Hari Pekerja ari tu dah bawak ler jalan-jalan ... Birthday boy relax jer, abang2 dan kakak yang terlebih teruja ... Kami ker Port Dickson ... Nantikan entry nyer di episod akan datang ... 

Ya Allah, Kau terangilah hati anak ini dalam mendalami ilmu dunia & akhirat ... Kau jadikanlah dia anak yang soleh, yang menjaga solat dan agamanya ... Menjaga kebajikan kedua ibu bapanya ... Menjaga kebajikan mereka yang memerlukan ... Tidak sombong dan pandai menjaga diri ... Ameen ...