Search This Blog

SELAMAT HARI LAHIR ABANG LONG


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-13 DIUCAPKAN KEPADA PUTERA SULONG KAMI MUHAMMAD LUQMAN ALIFF B. SHAHDAN


Selamat Hari Lahir Abang Long ... Semoga sentiasa sihat n ceria selalu. Abang Long dah besar, kena jadi budak baik, dengar cakap ibubapa, jangan cepat marah, hormat orang tua, jangan degil .... Belajar rajin-rajin biar jadi orang pandai ... Yang paling penting Jangan Lupa Solat ...


Ya Allah, Kau terangilah hati anak-anakku dalam mendalami ilmu dunia & akhirat ... Kau jadikanlah mereka anak-anak yang soleh & solehah ... Yang menjaga solat dan agamanya ... Yang menjaga kebajikan kedua ibu bapanya ... Yang menjaga kebajikan mereka yang memerlukan ... Yang tidak sombong dan pandai menjaga diri ... Ameen ...

BERSELFIE vs MEMBACA SURAH AL-KAHFI

Tiada siapa yang akan marah sekiranya ada sesiapa yang suka berselfie ... Berpada-pada lah ketika berselfie ... Jaga adab, patuhi syariat ... Namun cuba kita fikirkan kenapa kita boleh berselfie setiap hari tetapi gagal membaca Surah al-Kahfi walaupun hanya seminggu sekali ??? 

Banyak fadilat atau kelebihan membaca Surah al-Kahfi. Beberapa hadis Rasulullah SAW menyebut tentang kelebihan Surah al-Kahfi ini. Di antaranya, daripada Abu al-Darda bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: " Barangsiapa yang menghafal 10 ayat daripada Surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada Dajjal" (Hadis Riwayat Muslim).

Daripada Muaz Ibnu Anas al-Juhari daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda yang bermaksud: " Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhan, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi". (Hadis Riwayat Ahmad).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah SWT akan menerangi dengan cahaya sehingga jumaat yang berikutnya" (Hadis Riwayat Hakim dan Baihaqi)

Imam Muslim meriwayatkan dari hadis al-Nawas bin Sam'an yang cukup panjang yang  di dalam riwayat tersebut Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa di antara kamu mendapati zaman Dajjal hendaklah ia membaca ayat-ayat permulaan Surah al-Kahfi".


Yang pastinya Surah al-Kahfi ini jika dibaca dan menjadi amalan setiap jumaat, pasti akan terhindar daripada fitnah Dajjal dan segala macam bentuk fitnah di dunia yang fana ini. Marilah kita di samping berselfi setiap hari, jangan dilupa untuk membaca Surah al-Kahfi seminggu sekali.
____________________

Saya kongsi kata-kata arwah untuk ingatan saya sendiri ... Juga untuk ingatan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai ... Semoga bermanfaat ...

Sumber :
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها، وَأَكْرِمْ نُزُلَها، وَوَسِّعْ مَدْخَلَها، وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّها مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِها، وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ، وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبر.
ALFATIHAH
ﺑِــــــــــﺴْﻢِ ﺍﻟَّﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـﻢ
ﺃٌﻟﺤَﻤْﺪُﻟِﻠَّﻪِ ﺭَﺏِ ﺍٌﻟْﻌَﻠَﻤِﻴﻦَ *
ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْﻢِ *
ﻣَﻠِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍٌﻟﺪِّﻳْﻦِ *
ﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﻮْﺩُ ﻭَﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴْﻦُ *
ﺇٌﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮَﻁَ ﺍٌﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴْﻢُ*
ﺻِﺮَﻁَ ﺍٌﻟَّﺬِﻳْﻦَ ﺃَﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِّﻢْ uﻏَﻴْﺮِﺍٌﻟْﻤَﻐْﺾُﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻻَ ﺍٌﻟﻀَّﺂﻟِّﻴﻦَ
*ﺁﻣِـــــــــﻴﻦ


MAHATHIR JUMPA ANWAR DI MAHKAMAH


Mahathir di Mahkamah Jalan Duta hari ini untuk menyokong usaha Anwar Ibrahim menghentikan pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara.

Anwar berjiwa besar, sanggup bersalam dengan Mahathir walaupun Anwar sekeluarga pernah dizalimi Mahathir.




Kenapa eak ?