Search This Blog

Salam Aidil Adha 2015

Masih belum terlambat rasa nyer nak mengucapkan Selamat Hari Raya Haji kepada semua ...

Walaupun tahun nie kita dikejutkan dengan macam-macam kejadian yang mengejutkan di Tanah Suci, namun itu semua tak melunturkan harapan aku untuk ke sana ... Aku amat berharap dapat menjadi tetamu Allah bersama-sama BigBoss ... Insyaallah ...


Saat berderai jatuh
Titisan air mata suci IBRAHIM
Melihatkan keteguhan iman
Anaknya ISMAIL
Dikala itulah bermula
Sejarah agung
ERTI SEBUAH PENGORBANAN ...




Alhamdulillah ...


Tragedi Rempuhan Di Mina


Berkumpul adik-beradik petang tadi aku dikejutkan dengan berita Tragedi di Mina ... Baru jer ari tu kita dikejutkan dengan Tragedi Kren Runtuh ...

Setakat berita 8 malam tadi dah lebih kurang 300 orang meninggal dunia dan lebih kurang 400 orang plak cedera ... Rase nyer akan meningkat lagi dan lagi ... So far tiada Jemaah Malaysia yang terlibat ...

Innalillahiwainnailaihirojiun ...
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ.
َ
Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Ya Allah, Ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kpd ahli klganya.

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن






TAZKIRAH JUMAAT #38 | 7 SUNNAH HEBAT



Seperti biasa aku nak kongsi ilmu yang aku dapat ngan kengkawan ... Semoga menjadi peringatan untuk saya dan bermanfaat buat kengkawan ...

**********

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua

By Ustaz Don Daniyal

**********

Haaa ... Hebat kan kalau kita dapat buat ketujuh-tujuh sunnah Nabi nie ... Pssttt, ingat ... Bukan kawen 2, 3 dan 4 jer sunnah Nabi ...