Search This Blog

Belaan Baru ...

Yassin nama diberi ...
BigBoss jumpa di kedai makan ...
Ekor kembang ...
Jantan ...
Manja, suka gesel2 kat kaki ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

TAZKIRAH JUMAAT #6 : KELEBIHAN SURAH AL-BAQARAH


Tahu tak kengkawan, di antara keutamaan membaca surah Al-Baqarah dari ayat pertama hingga lah yang terakhir adalah orang yang membaca nyer tidak akan dapat ditakluk oleh para tukang sihir dan jin @ syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah nie ...
Dari Abu Umamah, dia berkata, aku memdengar Rasullullah s.a.w bersabda : "Bacalah surah Al-Baqarah kerana kerana sesungguhnya mengambilnya (untuk dibaca dan diamalkan) adalah mengandungi keberkatan dan meninggalkannya adalah penyesalan, sedangkan para penyihir tak mampu melawannya ." (HR. Muslim).


BACALAH AL-QUR'AN SETIAP HARI

Salah satu fungsi Al-qur'an adalah sebagai ubat atau penawar dan penangkal segala macam jenis penyakit, baik rohani mahupun jasmani. Termasuk penangkal gangguan jin, syaitan atau sihir.

Allah s.w.t berfirman : "Dan Kami turunkan dari Al-qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang2 yang beriman dan Al-qur'an itu tidaklah menambah kepada orang2 yang zalim selain kerugian." (QS Al-Baqarah : 82)
Dalam sebuah hadis, dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullullah s.a.w bersabda : "Janganlah menjadikan rumah2 kalian layaknya kuburan. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surah Al-Baqarah."

Kengkawan, jom baca Al-qur'an, kita mulakan dengan sehari satu halaman (disertai pemahaman dan makna) ... Istiqamah selama 40hari, ... Insyaallah akan terasa dekat dengan Allah s.w.t ...
Sumber : Hidayah, Oktober 2013

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tadi tikam ... Semalam tembak ... Kelmarin sumbat ...

Korang rase tak ape yang aku rase ...
Ngeri nengok berita minggu nih ... Ape nak jadi lah agak nyer ...
Tiga hari berturut-turut ...
Semakin ramai yang sakit mental nyer ...
Takut woo ...

Tadi ...
Seorang budak penghantar barang tiba-tiba mengamuk lalu menikam dua orang sehingga mati sementara dua lagi cedera dalam satu kejadian di sini pada Khamis.

Insiden yang berlaku pada pukul 11.20 pagi itu bermula apabila suspek yang berusia 26 tahun itu menghantar rokok di beberapa buah kedai di Stesen Terminal LRT Gombak.

Semalam ...
Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, Norazita, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan berusia 37 selepas beliau membuka pintu bilik kebal bersama empat rakan setugasnya.

Sementara itu, rakaman video selama 32 saat tentang kejadian itu tersebar dalam laman Facebook hari ini. Ia menunjukkan Rozita, berbaju kurung merah dan dan seorang rakannya, baru saja membuka pintu bilik kebal itu apabila dia tiba-tiba rebah selepas satu tembakan dilepaskan dari arah belakang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di bank berkenaan.

Kelmarin ...
Mayat Tim ditemui disumbat di dalam sebuah beg pakaian berwarna hijau, dicampakkan di tepi jalan di Klang, Selangor. 

Nauzubillah mintak dijauhkan dari mende-mende yang tak elok nih ...
Salam Takziah buat semua yang terlibat ... 
Buat kengkawan hati2 di mana jua anda berada ...