Search This Blog

Salam Jumaat

Salam Jumaat semua ... JOM baca surah Al-Kahfi … :) Banyak kelebihan nyer ...

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.

Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.

Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:

Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.”
 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]

Imam Ahmad berkata : ”Daripada Abi Al-Darda’i, Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal.”
 [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]

Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : ”Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”
 [ Hadis Riwayat Ahmad ]

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : ”Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
 
Daripada Abi Said Al Khudri berkata: ”Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa.”
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu’an: ”Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya.”
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda : ”Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah cahaya utknya dihari kiamat.”
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Salam Jumaat kengkawan ... Semoga dapat dijadikan panduan buat saya dan kengkawan semua ...

JOM baca surah Al-Kahfi … :)

- Artikel iluvislam.com

Letupan Di Lewat Petang ...

Lewat petang tadi sambil2 tunggu Danial balik sekolah sambil2 bawak Putra lepak kat luar ... Hehehe, peh tu aku masuk umah Mak aku, lepak2 situ jap ...

Dalam pukul 6 lebih tu aku pun balik umah, nak masak-masak lah skit, Putra aku tinggal kan kat umah Mak aku ... Aku pun basuh-basuh periuk masak nasi, masak air, nak wat teh o ... Gaulkan ayam ngan garam n kunyit peh tu goreng, aku biar jer ayam dalam kuali dengan niat nak tengok Putra sambil pesan "Danial mandi" ...

Tak lama aku kat umah Mak aku, "Hani, apa bunyi meletup-letup kat umah awak tu" ... Aku buat x layan sangat coz ingatkan bunyi tu datang dari construction kat belakang umah aku tu, orang tu buat umah baru ... Tak lama lepas tu dengar lagi bunyi meletup-letup sambil suara Danial jerit "IBU" ... Dalam hati aku "Ya Allah, kenape plak nie" ... Aku berlari balik sambil mencampakkan kunci umah Mak aku ntah ke mana ... Dalam hati punya lah berdebar-debar "Ya Allah jangan ler jadi apa-apa yang buruk" coz aku terbayangkan ayam yang sedang digoreng ...

Sampai jer umah Danial peluk aku, meraung-raung sambil cakap "Danial x sengaja" ... Rupa-rupa nyer bunyi meletup-letup tu adalah hasil tindak balas antara belon helium Fatiha punya ngan kipas ... Danial nih dah gatal tangan gunting tali belon tu ... So melayang-layang lah belon tu naik ke atas lalu terkena lah kipas ... Bunyi meletup yang dihasilkan agak kuat dan membuatkan Danial terkejut ... Aku pun switch off kipas, selesai masalah ... Danial masih lagi meraung-raung terkejut n takut kena marah kot ...

Gambar contoh belon helium ...

Huiisshh ... huru-hara jugak lah petang tadi, sampai Atok ngan Pak Chu pun terkocoh-kocoh datang ... Syukur Alhamdulillah xde ape-ape yang buruk berlaku ...

Hehehe, apolah Danial nie ...

Nie gambar budak ketakutan

Susah Nak Bangun Subuh ...

Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.

Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas.

Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :

1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.

2. Ambil wuduk sebelum tidur.

3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.

4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.

5. Pasangkan niat; ‘Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.’

6. Maafkan semua orang sebelum tidur.

7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.

8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.

9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.

10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!

Panduan di atas memerlukan sedikit latihan. Namun insyaAllah, Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU.

www.iluvislam.com

** Untuk panduan diri sendiri dan kengkawan semua ... Harap2 memberi manfaat kepada kita semua ...