Search This Blog

Gangguan Bekalan Air Selangor Dan KL 14 Mac Hingga 15 Mac 2012


 


Kawasan Terlibat


HULU SELANGOR, PETALING,KUALA LUMPUR, KLANG/SHAH ALAM, KUALA LANGAT


Tempoh
14 Mar 2012 08:00 am Hingga 15 Mar 2012 08:00 pm 
*SYABAS ingin memaklumkan tempoh masa gangguan bekalan air tersebut dianggarkan selama 36 jam iaitu bermula pada jam 8.00 pagi, 14 Mac 2012 (Rabu) sehingga 8.00 malam, 15 Mac 2012 (Khamis). Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti di Lampiran A. Sebagai persediaan, semua pengguna di kawasan tersenarai di lampiran A adalah dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan tersebut. Walau bagaimanapun, sebahagian kawasan daripada 7 wilayah terlibat khususnya kawasan rendah berkemungkinan akan terus mendapat bekalan air dalam tempoh tersebut tanpa sebarang gangguan bekalan air kerana mendapat sumber daripada loji-loji rawatan yang lain termasuk LRA SSP2, SSP3, Sungai Langat dan Sungai Semenyih serta simpanan dalam kolam-kolam air yang tersedia.  

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Syabas di 1-800-88-5252.


AL- FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM ADIK NURUL NADIRAH

AL- FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM ADIK NURUL NADIRAH


Takziah buat keluarga adik Nurul Nadirah dan semoga tabah menghadapi dugaan. Malam tadi, polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.



SUMBER DARI ABGTEROR.COM

Ibu, Emak, Ummi ...


Seorang Ibu Boleh Menyara 10 Orang Anak Tapi, 10 Orang Anak Tak Boleh Menyara Seorang Ibu. Tahukah Sang Anak Bahawa Setitis Airmata Ibu Mengalir ( Derhaka ) Apa Hukumnya?

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: " Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa."- Riwayat Al-Hakim.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu.” – (Surah Al-Isra’ ayat 23)

Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: "Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: "Ya, tentu wahai Rasulullah". Beliau bersabda: "Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta". Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata "mudah-mudahan baginda diam.” – (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)