Search This Blog

Fatiha dah dua tahun ...

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-2 DIUCAPKAN KEPADA PUTERI KAMI
NUR FATIHA NADHIRAH BT. SHAHDAN
Selamat Hari Lahir Adik ... Semoga sentiasa sihat n ceria selalu. Adik dah besar, kena jadi budak baik, dengar cakap ibubapa, jangan cepat marah, hormat orang tua, jangan degil .... Belajar rajin-rajin biar jadi orang pandai. Yang paling penting Jangan Lupa Solat ... Semoga menjadi muslimah sejati bila dah besar nanti ....
 

Jawatan Kosong

Kiriman dari seorang kawan..

 
 
 
Terkedu seketika bila membaca iklan ini. Sungguh, ia menyentuh perasaan saya. Satu ingatan yang tulus dari seorang kawan yang sejati.
 
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua.
 
Amiin..

Salam Maal Hijrah 1432 H

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjO96yQgNH73FuLZpfn20RPEBOjnF_97Ex7wx7rPzKzqIN6zAJclt-w_f2PtRE64SW78VLX4r1-lhKEscxzJUwM39mOsVRECS_AYxFZeMsSkmAexaGnef2PJVQxlSeAahB_NNPcHX15ZDQ/s1600/doa+awal+thn.bmp[doa+akhir+tahun.bmp]

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432 H kepada seluruh umat Islam.

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita dapat memperbaiki amalan kita supaya menjadi yang terbaik daripada sebelumnya. Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Sesungguhnya ketika tibanya tahun baru hijrah mengingatkan kita kepada sejarah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Kota Madinah.
Sejarah Hijrah Rasullullah yang menyatukan Muhajirin dan Ansar, yang sememangnya berlainan latar belakang malah agama. Tetapi dengan semangat memperjuangkan kebenaran maka dua kaum ini bersatu.

** Insyaallah ... Sempena Maal Hijrah, sesuatu yang baru akan berlaku esok ... Satu perubahan yang diharap akan mendapat berkat dari Allah s.w.t ...Perubahan kepada sesuatu yang lebih baik ...