Search This Blog

Penafian Gelombang Panas Semasa Fenomena EkuiNoks


Beberapa hari nie telah tersebar cerita pasal gelombang panas yang akan melanda Malaysia semasa fenomena ekuinoks... Hari nie plak keluar penafian daripada Jabatan Meteorologi Malaysia... 

Apa-apa pun harap semua alert... Aku yang dewasa pun terasa kehangatan dalam dua tiga hari nie... Siang malam panas nyer... So kengkawan semua ... Ambil ler tindakan berjaga-jaga ...
Musim cuaca panas nie apa yang kerap
terjadi adalah kebakaran, kurang nyer bekalan air, jerebu ... Make sure minum air yang banyak... Kalau boleh elakkan atau kurangkan aktiviti luar... 

JATUH TERSUNGKUR


Kengkawan... Ingatlah... 
Terkadang jalan yang lurus berlaku banyak kemalangan kerana kelalaian dan ingin cepat sampai ... Begitu juga dengan kehidupan ini terkadang kesenangan menyebabkan kita leka dan lalai hingga akhirnya jatuh tersungkur ...

Kerana itu beringatlah wahai kengkawan semua, kesenangan tidak akan kekal selamanya... Langit tidak selalu cerah, kengkadang ada mendung kelabu... Laut tidak selalunya tenang kadang ada ombak dan badai... Begitu juga dengan kehidupan ini tidak selamanya sihat, akan ada masa sakit demamnya... Hanya mereka yg pernah sakit dapat merasai nikmat kesihatan... 

Bersyukurlah kerana Tuhan masih memberi kita masa sihat... Gunakanlah dengan sebaik mungkin...

Cheesy Wedges

Tengah mengidam makan Cheesy Wedges?

Bayangkan ubi kentang digoreng panas-panas, disalut pula dengan sos keju home-made dan mayonis.... Dah cuba sekali, pasti nak lagi!

Jangan klik jika anda sedang diet ;) Muahahaha  ...


Bahan-bahan (wedges): 
- 3 biji ubi kentang 
- 1/4 cawan tepung gandum 
- 1 sudu kecil garam 
- 1 sudu kecil lada hitam 
- Minyak 

Bahan-bahan (sos cheesy):
- 3 sudu besar mentega 
- 250 ml susu segar 
- 2 sudu besar tepung gandum 
- 1 cawan keju Cheddar (diparut) 
- 1/2 sudu kecil garam 
- 1/2 sudu kecil lada hitam 
- Pewarna kuning (jika mahu) 

Cara-cara: 
1. Rebus ubi kentang selama 5 minit, kemudian potong menjadi bentuk wedges
2. Gaul tepung gandum dengan garam dan lada hitam, dan salut wedges
3. Goreng. 
4. Dalam kuali lain, cairkan mentega. 
5. Masukkan susu segar dan tepung gandum, kacau hingga tiada gumpalan. 
6. Masukkan keju parut dan gaul hingga sebati. 
7. Masukkan garam, lada hitam dan pewarna kuning. Gaul. 
8. Hidang wedges dengan sos cheesy dan mayonis.

😝😝😝
😋😋😋😋😋
😆😆😆😆😆😆😆