Artikel ini diambil berdasarkan teks khutbah Jumaat Dr Yusuf 
Al-Qardhawi pada 22 Januari 2010 yang lalu di Masjid Umar bin Al-Khattab
di Doha, ibu negara Qatar. Anda boleh melihat kenyataan penuh beliau 
melalui laman web rasmi Dr Yusof Al-Qardhawi dan juga saya perolehi terjemahan beliau melalui laman web saudara Ridzuan Abdul Aziz. Syukran diatas perkongsian.
Ianya merupakan penjelasan yang ringkas dan padat dalam usaha untuk 
memahamkan orang Malaysia keseluruhannya berkaitan dengan keadaan dan 
situasi sebenar menurut kaca mata Islam berkenaan dengan isu penggunaan 
kalimah Allah. Apa yang dinyatakan oleh beliau terdapat beberapa perkara
yang boleh disimpulkan bagi menutup isu ini yang kian berlarutan di 
Malaysia.
Pertama, kenyataan yang dikeluarkan oleh ulama’ yang
diiktiraf oleh ulama’-ulama’ seluruh dunia hendaklah di hormati dan 
diakui kerana ketinggian ilmu beliau jika dibandingkan dengan pendapat 
sesetengah ‘ustaz’ atau ulama’ mahupun sesetengah golongan di Malaysia 
ini.
Kedua, kalimah Allah adalah kalimah milik seluruh 
umat manusia, bukan milik umat Islam semata-mata. Ini dinyatakan jelas 
menerusi surah yang menjadi pembuka bagi kitab Al-Quran,  الحمد لله رب 
العالمين  iaitu segala pujian hanyalah bagi Tuhan sekalian alam, bukan 
Tuhan sekalian umat Islam.
Ketiga, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak 
yang tidak bertanggungjawab dalam mencetuskan rusuhan antara kaum dengan
menyerang rumah-rumah ibadah antara Kristian dan juga umat Islam. Islam
sendiri melarang umatnya sendiri merosakkan tempat ibadah kaum kuffar 
hatta di dalam perperangan sekalipun. Ini terbukti semasa Salahuddin 
Al-Ayubi sewaktu membebaskan Jerusalam (Baitul Maqdis) daripada 
cengkaman Kristian beliau tidak menyeksa tahanan perang dan memelihara 
gereja dan juga para pendeta kristian.
          
Yusuf Al-Qaradhawi Mengutuk Serangan terhadap orang Kristian di Malaysia.
Doha – Dr Yusuf Qaradhawi, Presiden dari ‘International Union for 
Muslim Scholars’ mengutuk kejadian yang berlaku antara Muslim dan 
Kristian di beberapa buah negara Arab dan Islam, dan serangan ke atas 
beberapa buah gereja membuktikan bahawa peristiwa-peristiwa itu 
disebabkan oleh ketidak fahaman dan kejahilan, bukanlah dari amalan 
orang Islam. Serangan terhadap beberapa buah gereja di Malaysia adalah 
berpunca dari penggunaan lafaz ‘Allah’ yang mulia oleh orang Kristian 
adalah tidak sesuai kerana Allah adalah Tuhan sekalian alam, dan bukan 
hanya umat Islam.
الدوحة- استنكر العلامة الدكتور يوسف القرضاوي رئيس الاتحاد العالمي لعلماء
المسلمين الأحداث التي وقعت بين المسلمين والنصارى في عدد من الدول 
العربية والإسلامية، والاعتداءات التي نالت عددا من الكنائس، مؤكدا أن معظم
تلك الأحداث سببها الجهل، وليس تعصب المسلمين، مشيرا إلى أن ما وقع في 
ماليزيا من اعتداءات على الكنائس بسبب استخدام النصارى للفظ الجلالة “الله”
لا يليق؛ لأن الله رب العالمين وليس المسلمين فقط.
وفي خطبة الجمعة 22-1-2010 بمسجد عمر بن الخطاب بالعاصمة القطرية الدوحة 
قال القرضاوي إن: “الأحداث التي وقعت بين المسلمين والنصارى في عدد من 
الدول معظمها سببه الجهل، وليس تعصب المسلمين، فالمسلمون أمة متسامحة، 
القرآن علمهم التسامح لأن الله سبحانه وتعالى هو الذي خلق الناس متفاوتين”.
وتابع قائلا: “ولو شاء الله أن يجمعهم على الهدى لجمعهم، ولكن كما قال 
تعالي: (هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ فَمِنْكُمْ كَافِرٌ وَمِنْكُم مُّؤْمِنٌ)،
(وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلاَ 
يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ * إِلاَّ مَن رَّحِمَ رَبُّكَ…)، فاختلاف الناس 
في الأديان بمشيئة الله ولا يستطيع أحد أن يعارض مشيئة الله ويجبر الناس أن
يكونوا كلهم مسلمين”.
وأوضح أن “اختلاف الناس في الأديان بين مؤمن بدين وكافر بدين لا نفصل نحن 
(المسلمين) فيه في الدنيا، إنما الذي يفصل فيه الله تعالي يوم القيامة، كما
قال عز وجل: ( وَإِن جَادَلُوكَ فَقُلِ اللهُ أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ *
اللهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كُنْتُمْ فِيهِ 
تَخْتَلِفُونَ)، (اللهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ 
أَعْمَالُكُمْ لاَ حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ اللهُ يَجْمَعُ 
بَيْنَنَا وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ)”.
وحول أحداث ماليزيا والهجمات التي تعرضت لها بعض الكنائس قال القرضاوي إن: 
“الاعتداءات التي وقعت على الكنائس في ماليزيا أمر لا يليق”، مستهجنا 
الأسباب التي أدت لوقوع تلك الأحداث، وهي استخدام النصارى لكلمة الله في 
ترجماتهم قائلا: “يا أخي الله رب العالمين جميعا، رب المسلمين والمسيحيين 
والعرب والعجم.. واللي بيفتح المصحف أول آية في القرآن بعد البسملة الحمد 
لله رب العالمين، وآخر سورة في القرآن قل أعوذ برب الناس ملك الناس، مش رب 
المسلمين، أو رب العرب، أو ملك العرب، إله العرب”، وتساءل مستفسرا: “لماذا 
إذن يزعل الماليزيين؟!”.
وتعرض عدد من الكنائس في ماليزيا ذات الغالبية المسلمة لسلسلة من الهجمات 
التخريبية منذ أن قضت محكمة في ديسمبر الماضي بحق صحيفة كاثوليكية في 
استخدام كلمة “الله” للإشارة للرب في المسيحية في إصداراتها بلغة المالايو 
الذين يشكلون 60% من الشعب الماليزي، ويقول بعض المسلمين الماليزيين إن 
استخدام المسيحيين لكلمة ارتبطت بالمسلمين قد يكون وراءه محاولة لتحويلهم 
عن ديانتهم
Dalam khutbah Jumaat 22.1.2010 di masjid Umar bin Al-Khattab di ibu kota Doha, Qatar, Dr yusuf Al-Qaradhawi berkata: “Peristiwa-peristiwa
yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara, 
sebahagian besarnya disebabkan oleh kejahilan dan sikap tidak 
bertoleransi seorang Muslim. Hakikatnya umat Islam adalah umat yang 
bertoleransi. Al-Quran mengajarkan toleransi, kerana Allah Subhanahu Wa 
Taala yang menjadikan kesemua umat manusia itu adalah sama.
Beliau menambah: “Jika Allah kehendaki untuk mengumpul semua 
manusia di atas petunjuk-Nya, nescaya Dia akan berbuat demikian tetapi 
sebagaimana firman Allah Taala: (Dia-lah yang mencipta kamu semua dan 
dikalangan kamu ada yang kafir dan ada yang beriman), (Sekiranya Tuhan 
kamu menginginkan, nescaya Dia menjadikan semua manusia sebagai satu 
umat dan tidak ada perbezaan * kecuali mereka yang dikasihi oleh Tuhan 
kami …) Justeru, perbezaan manusia menganut agama adalah kehendak dari 
Allah Taala dan tidak ada yang dapat menentang kehendak Allah dan 
memaksa semua orang untuk menjadi Muslim”.
Beliau menjelaskan lagi bahawa “perbezaan manusia menganut 
bermacam-macam agama tidaklah memisahkan kita (umat Islam) dengan orang 
kafir di dunia ini, tetapi Allah akan memisahkan (di antara Muslim dan 
Kafir) pada hari kiamat kelak sebagaimana firman Allah Taala : 
(Sekiranya mereka (orang-orang kafir) membantahi kamu (wahai Muhammad) 
maka katakanlah Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan * Allah yang
akan menghukum kamu pada hari kiamat berkaitan apa yang kamu 
perselisihkan (Allah adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu untuk kami, dan 
setiap pekerjaan kami untuk kami dan  perbuatan kamu adalah untuk kamu, 
tidak ada hujah di antara kami dan kamu dan Allah mengumpulkan kita 
semua dan hanya kepada-Nya kita akan dikembalikan). “
Dan tentang Malaysia dan peristiwa serangan di beberapa buah gereja, Dr Yusuf Al-Qaradhawi berkata: “Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia adalah tidak tepat,”
mencela alasan yang menyebabkan berlakunya peristiwa itu iaitu 
penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian dalam penterjemahan. 
Beliau berkata: “Wahai saudara, Allah merupakan Tuhan  semua alam, 
Tuhan kepada Muslim, Kristian, orang Arab, Parsi… Oleh itu lihatlah ayat
pertama Al-Quran selepas Bismillah dan الحمد لله رب العالمين dan 
lihatlah pada surah terakhir dalam Al-Quran Allah berfirman “Katakanlah 
(wahai Muhammad) Aku berlindung daripada tuhan sekalian manusia” bukan 
Tuhan orang Muslim,bukan juga Tuhan orang Arab atau majikan, atau Raja 
Arab, bukan juga Tuhan yang orang Arab sembah, “ justeru beliau tertanya-tanya: “Mengapa orang-orang Malaysia sejak kebelakangan ini tidak selasa (penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Kristian) ?!”..
Moga perkongsian ini beroleh manfaat dan menambah keimanan kita terhadap akidah Islam.
Ustazengineer,
Pasir Panjang,
January 2010.
Sumber : http://ustaz2engineer.wordpress.com/2010/02/09/kenyataan-dr-yusof-al-qardhawi-berhubung-isu-kalimah-allah/
Published with Blogger-droid v2.0.10