Hari nie dapat satu email yang merutun hati ... Mari kita kongsi sama2 ...
Hayatilah ...
 Kalau nak kira mak aku la  harta yng paling mahal, palig berharga, tak de nilai yg boleh disamakan  dengannya. aku cukup rapat ngan mak aku, dia lah yang tahu dan ambil  tahu kehendak anak-anaknya. cukup memahami... abah aku orangnya agak  garang masa kami kecik-kecik dulu, pernah kami kena pelangkung dengan  dia sebab lambat mandi pagi nak p sekolah. sejak hari tu aku dah kurang  sket ngan abah. apa-apa masalah aku ngadu ngan mak. mak laa tempat aku  bercerita suka duka, mintak tolong buat keja sekolah. mintak duit  belanja. kena buli ngan kawan, semuanya mak. ngan abah, jangan kata nak  mintak, nak bersembang pun tak berani. abah pepagi lepas hantar kitorang  p sekolh dia p ladang, tengah hari atau petang baru balik. abah akan  rehat kekadang tidur kat pangkin bawah pokok moktan tepi umah. macam tu  la abah hari-hari, kami jarang dapat dengar suara dia, tapi kalau dia  dah bukak mulut memang kena. masa tu kekadang aku rasa ngapa la aku ada  abah, kalau ada mak je kan bagus. tapi mungkin jugak abah jadi gitu  sebab keadaan hidup kami, kami dulu org susah abah hanya peneroka felda,  kerja teruk tapi pendapatan tak seberapa. untuk tampung perbelanjaan  keluarga dan belanja sekolah kami, mak buat nasik lemak ngan kuih tepung  bungkus. 
  pkul 5 pagi mak dah  bangun bungkus nasik . pepagi lepas hantar kitorang p skolah abah  singgah letak nasik lemak ngan tepung bungkus kat kedai makan tepi  sekolah. masa tu nasik lemak sebungkus abah jual 30 sen kuih tepung  bungkus 15 sen. kekadang tu aku bawak gak 2,3 bungkus nasik lemak jual  kat kawan sekelas dapat duit belanja lebih hari tu. aku dpat duk ngan  mak sampai tingkatan 3, pastu aku masuk asrama vokesional temerloh. tapi  tetiap minggu balik kampung, sebab nak makan masakan mak, keras tengkuk  aku duk makan nasik kawah, ikan jeket ngan sawi balak kat asrama.  petang jumaat balik kampung sampai umah terus cari nasik . mak setiap  jumaat dia dah tau, dia akan goreng ikan plaklin (ikan temenung), sayur  togeh, ulam togeh ngan kacang botol, sambal belacan lada besar. tu je  favored aku, ada set tu... mamang makan tak ingat punya. kekadang tu mak  masak kari ayam cair. kalau kena yg tu, sehari 3,4 kali ulang makan  nasik . duk asrama 2 taun lepas spm aku kerja sementara kat tekam  resort, nama je resort sebenarnya aku kerja dalam ladang gak banci  pokok. gaji rm400. tu la pendapatan pertama hasil titik peluh aku  sendiri. hari ambik gaji tu seronok bukan main macam-macam dah plan nak  beli barang. benda yang paling aku teringan masa tu, pancing guna mesin.  dapat duit terus p pekan beli, ingat lagi... harga pancing tu rm75 satu  set. 
   
 balik rumah petang tu  duit lebih bagi kat mak, sebab aku dah janji nak bagi duit pertama aku  kat mak, bayar balik duit minyak moto yang aku mintak kat dia tetiap ari  p kerja. menitik air mata mak bila dia pegang duit aku bagi tu. aku  ingat lagi masa tu dia kata "ni bukan duit minyak moto, ni duit kerja  anak ma, alhamdullillah dapat dah ma merasa duit anak-anak". aku kerja  tak lama, aku dapat surat tawaran p uitm (masa tu masih ITM) shah alam  jurusan elektrik panggilan pertama. masa tu aku baru balik keja, siap  mandi, pastu makan. mak masak sedap tengah hari tu. tengah makan mak  cakap "haa.... makan puas-puas, nanti lambat pulak dapat makan macam  ni", aku tanya ngapa. mak kata ada surat kat depan. dan dan aku p ambik  baca. melompat aku masa tu. aku tunjuk kat mak. dia kata dia dah baca  tadi. berair mata mak masa tu, kata dia... lepas dah anak ma 2 orang,  tinggal 2 lagi tu tak tau macam mna. perbelanjaan aku masuk itm masa tu  abg sulung aku tanggung. masa tu dia di jepun study dan buat kerja part  time jadi DJ. masa aku part 4, mak bersalin adik perempuan. kelahiran  paling gembira bagi keluarga kami. sebab sebelum ni kami 4 beradik  lalaki. abah la orang paling gembira dah lama dia nak anak perempuan.  adik perempuan ni jugak telah buat perubahan pada diri abah. abah dah  tak macam dulu. sesekali aku balik abah, aku tengok abah yang mengasuh  adik lebih dari mak. syukur pda tuhan harap adik tak merasa seperti apa  yang kami rasa dulu. setahun lepas adik lahir mak sakit. tapi tak de la  teruk sangat, cuma p klinik je. lepas sebulan lebih sakit mak tak  sembuh. abah bawak pegi pada pakar kat hospital mentakab. diarang ambik  semple darah. lepas seminggu diorang panggil p hospital semula, dah  dapat keputusan. 
ya Allah, mak disahkan  kena barah payu dara. doktor kata, untuk selamat mak kena operate  selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan. bermula dari hari tu kami  sekeluarga tak senang duduk terutama abah. merata dia cari tempat untuk  berubat, sebab kalau boleh kami tak nak mak di operate. 
   
 mak tetiap hari menangis,  bukan sebab sakit, tapi sebab dia risukan adik perempuan yg masih  kecik, apa nasib adik bila dia tak de nanti. aku cukup tak tak tahan  bila setiap kali mak tinggal pesan. "mie... nak bancuh susu adik bubuh  susu 2 sudu je. mie.... kain batik ma ada 3 lai yang baru dalam almari,  nanti orang datang bukak ambik". air mata memang tak leh tahan. sampai  masa mak terpaksa operate jugak. doktor kate kuman kanser tu dah merebak  ke paru-paru. masa tu aku ambik cuti seminggu dengan dekan. balik  kampung kena jaga adik. lepas operate mak dah mula jadi lemah kesian  sangat aku tengok doktor nak buat kemo, tapi tak boleh sebab badan mak  trlampau lemah. lepas 2 minggu mak kat spital. dia dah beransur baik.  abah bawak balik. mak sihat kat umah, tapi tak sepenuhnya, makan masih  berpantang. mak boleh berjalan, boleh buat kerja rumah macam biasa. tapi  tak lama, dalam sebulan lebih lepas tu mak pengsan tiba-tiba. abah  bawak p hospital jengka. 
bermula hari tu...keadaan  mak makin hari , makin teruk.seminggu mak kat spital. kemudian doktor  bagi balik, keadaan mak elok sket, tapi mak dah tak boleh berjalan masa  tu. kena guna kerusi roda. 2 hari je mak sempat duk umah, pas tu abah  terpakasa bawak mak p hospital semula, sebab keadaan mak terlalu lemah,  mata tak bleh bukak, dah tak bleh bercakap, mak tak makan sejak balik  umah. masuk makanan mak muntah.        
   
 doktor kata penyakit mak  dah teruk, kuman dah merebak ke paru-paru dan hati. sebab tu mak tak  boleh makan. selama di spital mak hidup dengan air dan ubat saja.  sayunya aku tengok muke mak dah cengkung, nafas tercungap-cungap. tapi  masa tu mak boleh bercakap. satu yang aku amat kagum dengan mak,  walaupun dia menderita sakit. tak pernah dia sebut yang dia sakit. kami  berbual macam biasa. macam tak de apa-apa boleh buat lawak, gelak lagi.  walhal aku tau yang dia menanggung sakit yang amat sangat. doktr ada  terangkan pada kami adik beradik macam mana nak jaga org sakit barah.  doktor kata penyakit ni panas, lebih panas dari suhu bila kita demam,  kemudian semua sendi satu badan akan sakit, perut rasa lapar tapi tak  boleh makan. penglihatan akan kabur, di sebabkan paru-paru mak dh rosak,  bila dia bernafas dia akan rasa sakit. seksanya mak. tapi dia tak  tunjuk kesakitan dia pada anak-anak. cuma bila dia tengok adik, dia akan  menangis. aku pun sama akan ikut menangis bila tengok mak peluk adik.  semakin hari keadaan mak semakin teruk .... aku ambik keputusan untuk  cuti satu sem. abg di jepun pun balik. 
  hati mak dah mula  membengkak. perut dia buncit macam di pam. berkilat dan boleh nampak  urat. mata mak dah tak terang, bila dia tengok satu-satu benda, dia akan  nampak seperti ada benda macam semut tengah merayap. dan masa tu juga  pemikiran mak dah tak berapa normal. dia tak kenal dah orang yg pegi  melawat dia, kecuali kali anak-anak dia. ada satu masa, aku tengah urut  tangan dia, dia sapu kepala aku macam ada benda atas kepala aku, aku  tanya kenapa. mak kata ada habuk penuh atas kepala aku jadi dia nak sapu  buang. masa tu jugak merambu air mata aku. walaupun dia menderita  sakit, dia masih semangat menjaga kebajikan dan kebersihan anak dia.   hampir 3 bulan mak kat spital jengka, dan selama tu la kami sekeluarga  berumah di sana . semua misi, doktor dah kenal. 
   
 selama tu jugalah kami  adik beradik jaga mak, urut dia, bagi makan ubat, mandikan dia, tukarkan  baju dan segalnya walaupun kami lelaki jururawat kat situ dah tak  kesah. memulanya mereka memang tak bagi orang lelaki masuk wad wanita  lepas waktu melawat. kami jumpa doktor dan ketua dia jururawat, mintak  kebenaran sebab kami tak de adik-beradik pompuan kemudian mak perlukan  org tunggu 24 jam,sebab bila mak kejang kena ada org urut dia dan ni lah  saja peluang yang kami ada nak balas jasa mak sementara hayatnya masih  ada.  akhirnya mak kami bawak balik ke umah. sebab mak kate dia tak nak  mati di hospital, dia nak mati di rumah sendiri, nak tengok anak-anak  dia suami dia. mintak ngan doktor, doktor benarkan. doktor kata mak dah  tak de harapan. bila mak sampai rumah. suatu keajaban berlaku, mak  mintak makan, kemudian ingatan dia normal semula. cuma mata dia ja masih  kelabu. dia makan, kami bagi semua makanan yg dia suka, apa yang dia  sebut kami cari. kami ambik semua baju baru mak kami pakaikan pada dia.  mak sembang ngan semua orang, mintak maaf ngan semua. mak terpaksa  baring mengiring, sebab perut dia smakin membesar. 
lebih kurang seminggu mak  kat rumah. 
  
 mak nazak. hari tu pagi  sabtu. nafas mak tersekat-sekat. .. masa tu mak dah dak boleh bercakap,  suara dia keluar amat perlahan. kita kena letak telinga kat mulut dia  baru dengar. tengah hari tu kami dah tak sampai hati lagi tengok mak  dalam keadaan tu, seksa sangat, umpama ikan dilempar ke darat.  kami  sekeluarga berbincang. tanya pendapat orng tua dan buat keputusan,  agaknya hari ni sampailah masa tamatnya penderitaan mak sekian lama.  kami dah tak sanggup tengok mak terseksa lebih lama. kami adik-beradik  dan abah pegi pada mak. kami mintak ampun, mintak maaf dari hujung  rambut sampai hujung kaki, mintak halal makan minum kami, mintak halal  air susu yang kami minum. "ma... emie mintak ampun, mintak maaf segala  dosa emie pada ma, dari hujung rambut sampai hujung kaki. emie mintak  halal makan minum emie selama ni, emie mintak halal air susu yang emie  minum" banyak lagi aku nak sebut pada mak tapi tak terkeluar dari mulut.  Ya Allah kenapalah jadi macam ni. kami kucup dahi mak.... kami cium  tapak kaki mak.  air mata mak mangalir. kami letak adik tepi mak. bagi  mak cium adik. sayunya aku tengok. air mata mak mengalir bila tengok  adik. kesian adik lepas ni dia dah tak dapat jumpa mak. tak dapat merase  kasih sayang mak. mak bisikkan sesuatu pada abah. air mata abah  mengalir. nilah seumur hidup aku nampak abah menangis. abah kucup dahi  mak.  kemudian dengan amat terpaksa kami terlentangkan mak. aku  terpaksa, kami terpaksa. kami syangkan mak. taknak seksa mak. tak lama  mak sesak nafas. abah ajar mak mengucap.  Allahhuakbar seksanya menuju  kematian,Innalillahiwainnahi ro-jiun.. ... ibu tercinta pergi  buat selamanya... ...... 
Maaf, setakat ini sahaja  sanggup saya tulis kisah ini..... linangan air mata dan Al-Fatihah  sebagai noktahnya. 
 INGAT....  IBU KANDUNG HANYA SEORANG SAHAJA DI DUNIA INI, JIKA TIADA. MAKA  TIADALAH GANTINYA. SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU. KEPADA MEREKA YANG MASIH  MEMPUNYAI PELUANG.... AMBILLAH PELUANG INI, CIUM TANGAN IBU MINTAK  AMPUN. JANGAN TUNGGU HARI RAYA  JE...TAKUT TAK SEMPAT. AKU... HANYA MAMPU  MENGUCUP BATU NISAN MAK DI PAGI SYAWAL. 
"bila makan kuih tepung  bungkus ... aku akan ceritakan pada wife aku, 'sebab kuih ni la abg  boleh pegi sekolah dan kuih ni lah yang membesarkan abg adik beradik..."
  Sedih nyer ...
"Ibu ... Ibu ... Engkaulah ratu hatiku ..."