Haaa ... Kengkawan semua ... Petang-petang nie meh tambah ilmu skit ... Santai jer nih ... Mana tau kot-kot ada kengkawan nak masuk jadi calon next Clever Girl ... Jom baca ...
1) Khalid Al Walid (588-642 Masihi) - Merupakan panglima perang pada masa pemerintahan Khulafa ArRasyidin ... Lebih dikenali sebagai Saifullah Al-Maslul (p edang Allah yang terhunus) ...
2) Sultan Muhammad Al-Fatih (1432 -1481 Masihi) - Merupakan anak didik Syiekh Syamsuddin yang masih merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq ... Lebih dikenali sebagai "Sang Penakluk" ... Kejayaannya dalam menaklukkan Konstantinopel menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya ...
3) Salahudin Al-Ayubi (1137/1138 – 1193 Masihi) - Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristen karena kepemimpinan, kekuatan tentera, dan sifatnya yang satria dan pengampun pada saat ia berperang melawan tentara salib ... Panglima legendaris dalam Perang Salib ...
4) Abu Ubaidah bin al-Jarrah (583-639 Masihi) - Menyertai pelbagai jenis peperangan bersama nabi antaranya termasuklah perang badar, perang uhud, perang yarmuk, perang kota fihl dan berjaya menakluk kawasan yang luas daripada wilayah parsi dan menakluk semula kawasan yang ditakluk Rom ... Antara yang paling awal memeluk agama Islam ...
5) Sa'ad bin Abi Waqqas (595-674 Masihi) - Penyebar Islam di China ... Bertanggung jawab memimpin tentera Islam dalam perang Al Qadisiyah yang membawa kejatuhan kerajaan Parsi ... Kepahlawanan Sa'ad bin Abi Waqqas tertulis saat memimpin pasukan Islam melawan tentara Persia di Qadissyah ... Peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam ... Merupakan salah seorang yang awal masuk Islam dan salah satu sahabat penting Muhammad
6) Tariq Bin Ziyad (670- 720 Masihi) - dikenal dalam sejarah Sepanyol sebagai legenda dengan sebutan Taric el Tuerto (Taric yang memiliki satu mata) ... Seorang jeneral dari dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan muslim atas wilayah Al-Andalus (Spanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 M ...
7) Syurahbil bin Hasanah (583-639 Masihi) - Merupakan salah seorang komandan paling berjaya dalam pasukan Rasyidin, bertugas di bawah Khalifah Rasyidin Abu Bakar dan Umar bin Khattab ... Dia merupakan salah satu komander lapangan utama selama penaklukan Muslim di Syria, bertugas sejak tahun 634 hingga kematiannya pada tahun 639 akibat wabak ...
8) Abdullah bin Aamir (622-678 Masihi) - Rasulullah s.a.w. memberinya gelaran “Gagah dan Jujur” ... Merupakan jeneral tentera yang sangat berjaya pada masa pemerintahan Khalifah Rasyidin Othman bin Affan ... Dia terkenal atas kehebatannya dalam pengurusan ketenteraan ...
9) Amru Bin Ash (585-664 Masihi) - Di tangannya, negeri tempat peradaban purba dunia, Mesir, dapat ditaklukkan oleh umat Islam ... Ia adalah panglima perang yang bijak dalam mengatur strategi perang ... Beliau adalah panglima perang yang menakluk Baitul Maqdis dan Mesir dari cengkaman Romawi ... Ia kemudian dilantik sebagai gabenor Mesir oleh Umar bin Khattab, tetapi kemudian dipecat oleh Khalifah Usman bin Affan. Selanjutnya Muawiyah bin Abu Sufyan melantik kembali beliau menjadi gabenor Mesir.
10) Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak (1953 - masih hidup) - dikenali sebagai 'Pahlawan Bugis". Memimpin 3.4 juta ahli Umno ... Seorang yang amanah, pandai menyimpan rahsia dan mencari wang dana untuk perjuangan bangsa ... Pernah mendapatkan dana RM2.6 billion untuk melawan pengganas dan memulangkan sebahagian besar kepada pemilik asal setelah tidak habis digunakan ... Kekuatannya menyimpan rahsia menyebabkan rahsia 1MDB masih belum dapat dibongkar sehingga artikel ini ditulis ... Sebagai Pahlawan Bugis, beliau gagah di lautan, pernah melayarkan kapal dengan sauhnya dilabuhkan ...
Ehehehe ... Jangan marah ...