Search This Blog

Showing posts with label Tazkirah Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah Jumaat. Show all posts

TAZKIRAH JUMAAT #46 | Kesalahan Wanita Bertudung


Alhamdulillah ... Ramai yang dah sedar sekarang ... Ramai yang dah bertudung ... Tapi tu lah ... Dalam Islam bukan kita disuruh bertudung ... Kita semua disuruh menutup aurat ... Jom semak kesalahan-kesalahan yang kerap dilakukan oleh kita semua ... Kaum lelaki pun boleh baca ...

1. Aurat itu adalah memakai tudung sahaja

2. Bertudung tetapi dengan T-Shirt berlengan pendek

3. Bertudung apabila dalam keadaan tertentu sahaja seperti memasuki kawasan masjid atau ke kenduri

4. Bertudung tetapi bajunya sendat, singkat dan nipis

5. Bertudung tetapi menayangkan gambar tidak bertudung di alam maya

6. Bertudung tetapi tidak menutup kaki (tidak memakai stokin)

7. Bertudung tetapi tidak menjaga adab pergaulan

8. Bertudung tetapi memakai minyak wangi berlebihan

9. Bertudung tetapi memakai kasut tumit tinggi hingga menghasilkan bunyi yang kuat ketika berjalan

10. Bertudung apabila keluar rumah sahaja, apabila berada dirumah ada tetamu bukan mahram datang ia tidak bertudung.



*Jagalah auratmu dengan betul ...
*Peringatan untuk semua terutama diri sendiri ...


Sumber : Bahagian Dakwah, JAKIM

TAZKIRAH JUMAAT #45 | GURINDAM SIFAT 20


Wujud Allah wajib ada
Wujud kita harus sahaja
Wujud Allah dapatdirasa
Namun ia tak dapat diduga
Ada Allah tiada mula
Sejak azali dia sedia
Ada kita diciptakanNya
Dari tiada kepada ada
Ada Allah kekal sentiasa
Tiada yang mengubahnya
Ada kita binasa akhirnya
Datang dariNya pulang kepadaNya
Ada Allah tiada serupa
Tak berbentuk dan berupa
Tak bertempat dimana jua
Tak tertakluk pada masa
Ada Allah sendiri sahaja
Tak berhajat pada apa jua
Cukuplah dia dengan diriNya
Bahkan kita yg perlu padaNya
Ada Allah ESA sahaja
Tidak berbilang apa pun jua
Tidak bersusun dari apa apa
Anak tiada bapa pun tiada
Wujud Allah wajib ada
Wujud kita harus shj
Wujud Allah dpt dirasa
Namun ia tak dpt diduga....


Source:Unknown ....


Setiap orang yang beriman harus meyakini bahawa Allah ta`ala wajib memiliki semua sifat kesempurnaan yang layak bagi keagungan-Nya. Mereka harus meyakini bahawa mustahil Allah ta`ala memiliki sifat kekurangan yang tidak layak bagi keagungan-Nya. Mereka juga harus meyakini pula bahawa Allah berkuasa melakukan atau meninggalkan penciptaan segala sesuatu yang bersifat mumkin iaitu seperti menciptakan, mematikan, menghidupkan, memberi rezki, mengurniakan kebahagiaan , menimpakan kecelakaan dan lain-lain lagi. Kesemua ini adalah sekian bentuk keyakinan yang paling dasar yang perlu wujud di dalam hati setiap orang Islam. Aku rasa masa darjah satu lagi kita dah belajar sifat 20 nie ... Tapi masa tu just menghafal jer lah yang 20 tu ... So, sekarang nie sepatut nyer kita nie dah faham dah dengan Sifat 20 nie ... Sepatut nyer dah kenal dah Allah s.w.t ... Tapi ... Masih ramai yang tak betul-betul kenal ... Termasuklah aku ...

TAZKIRAH JUMAAT #44 | TANDA2 KEMATIAN

Tanda 100 hari sebelum hari mati
 
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan
disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua
orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau
tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda
ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati
bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti
dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka
yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan
tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja
tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini
maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau
ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati 

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita 
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka
malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang
terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun
malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut
nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari 

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan 
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari 

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita 
iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan
kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi
dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini
dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan
layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari 

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu 
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
harinya.

Tanda akhir 

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan
naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat
maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Allah berfirman mahfumnya “Katakanlah (wahai Muhammad); Nyawa kamu 
akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika
habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu
(untuk menerima balasan)” As Sajadah-11

 
 
InsyaAllah kengkawan semua, sama-sama kita perbaiki diri sebelum ajal 
menjemput kita pergi buat selamanya. Wassalam...

TAZKIRAH JUMAAT #43 | SOLAT DHUHA


Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat ...


Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut ...

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik.Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betulsyarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa yang disarankan

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “.
” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


 




Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…
Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”
Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadis yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.
Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.
Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. Ameennn ...

Wallahua'lam ...

#Entrylamayangdiulang ...
#Maaftakjumpacarituanpunya ...

TAZKIRAH JUMAAT #42 | TIGA BELAS AURAT WANITA

Info pasal aurat wanita nie dah banyak kali dengar ... Banyak kali baca jugak ... Saja aku repeat untuk peringatan aku sendiri dan juga buat peringatan kawan-kawan yang aku sayang ... Jom baca lagi ...




1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening ... Terlalu ramai yang buat sekarang nie ... Mari lah kita sama-sama bertaubat ...

- Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan)

menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki
dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada
mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman
jahiliyah.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati
suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap
melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang
berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang ...
 - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi
bahagian hadapan dada-dada mereka ...
- Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan
yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah ...
- Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah
kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan :
Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang
menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan
memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang
gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali
pergelangan tangan dan wajah saja ...
- Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya ...
- Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan
sebahagian dari pemandangannya ...
- Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan
lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan
seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram ...
- Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam
berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,
tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik 
- Petikan dari Surah Al AhzabAyat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan
dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan
penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi ...
- Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah
mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka 
- Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada
pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya,
melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari
Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang
menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat
nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah
kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,
hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu
supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha
pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian
tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk
melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya
- Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang
berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian
tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan
digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan
mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Kengkawan yang aku dikasihi sekelian ... Tunggu apa lagi, tutuplah auratmu, kerana
ianya perintah dari Allah, Allah yang menciptakan kamu, Rabb yang memberikan
kita kehidupan kekal abadi diakhirat kelak, baik atau buruk diatas rahmat Dia
dan bagaimana buku amal kita diterima kelak ... Jangan tunggu apa lagi, kita tidak
pasti bila ajal maut kita atau bila Allah pilih kita untuk diberi hidayah ... Para
isteri, tidak sayangkah korang pada suami korang? Suami2 korang nanti akan ditanya,
dipersoalkan kelak dihadapan Allah ... Kengkawan yang belum bersuami, korang tak kesian ker kat bapak2 korang ... Kasihan pada mereka? Tidak
cintakah lagi pada isteri? Isteri korang akan menerima azab yang berat di
akhirat ... Na' uzubillahhimin zaliq ... Bersama- samalah kita berpesan untuk kebaikan
bersama dan berdoa ke hadrat Allah atas kesilapan-kesilapan dan dosa-dosa yang
telah kita lakukan, sentiasa bermuhasabah dan menginsafi diri sendiri serta
tidak putus asa daripada meminta rahmat Allah s.w.t kerana ia adalah sifat
kaum-kaum yang beriman ...

Rabbana aatina fiddunya hasanah wafil aakhirati hasanah waqina 'azabannar. Amin.

Wallahua'lam..

TAZKIRAH JUMAAT #41 | RAHSIA SURAH ALKAUTSAR

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

 

 SURAH INI PALING PENDEK, HANYA MENGANDUNGI 3 AYAT DAN DITURUNKAN DI MAKKAH DAN BERMAKSUD SUNGAI DI SYURGA, KOLAM SUNGAI INI DIPERBUAT DARIPADA BATU PERMATA NAN INDAH DAN CANTIK. RASANYA LEBIH MANIS DARIPADA MADU, WARNANYA PULA LEBIH PUTIH DARIPADA SUSU DAN LEBIH WANGI DARIPADA KASTURI. SURAH INI DISIFATKAN SEBAGAI SURAH PENGHIBUR HATI NABI MUHAMMAD KERANA DITURUNKAN KETIKA BAGINDA BERSEDIH ATAS KEMATIAN DUA ORANG YANG DIKASIHI IAITU ANAK LELAKINYA IBRAHIM DAN BAPA SAUDARANYA ABU TALIB.

 BERBAGAI KHASIAT TERKANDUNG DI DALAM SURAH INI BOLEH DIAMALKAN :
 ♥ BACA SURAH INI KETIKA HUJAN TURUN DAN BERDOA, MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T MEMAKBULKAN DOA KITA.
 ♥JIKA KITA KEHAUSAN DAN TIADA AIR, BACALAH SURAH INI DAN GOSOKAN DI LEHER, INSYA ALLAH HILANG DAHAGA
 ♥JIKA SERING SAKIT MATA, SEPERTI BERAIR, GATAL, BENGKAK, SAPUKAN AIR MAWAR YANG SUDAH DIBACAKAN SURAH INI SEBANYAK 10X PADA MATA.
 ♥JIKA RUMAH DIPERCAYAI TERKENA SIHIR, BACA SURAH INI 10X MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T BAGI ILHAM KEPADA KITA DIMANA LETAKNYA SIHIR ITU.
♥JIKA MEMBACANYA 1000X REZEKI KITA AKAN BERTAMBAH.
 ♥JIKA RAJIN MEMBACANYA, HATI KITA AKAN MENJADI LEMBUT DAN KHUSYUK KETIKA MENUNAIKAN SOLAT.
 ♥JIKA ORANG TERANIAYA DAN TERPENJARA MEMBACANYA SEBANYAK 71X, ALLAH S.W.T AKAN MEMBERIKAN BANTUAN KEPADANYA KERANA DIA TIDAK BERSALAH TETAPI DIZALIMI.

 JGN LUPA SHARE ....
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

TAZKIRAH JUMAAT #40 | BUKAN RUMAH KITA

Sebuah puisi yang saya terima semalam ...
Ingin saya kongsikan bersama kengkawan sekalian ...
Sebagai ingatan buat saya dan anda semua ...
Semoga bermanfaat ...
 
Kita bukan penduduk bumi, 
kita adalah penduduk syurga. 
Kita tidak berasal dari bumi, 
tapi kita berasal dari syurga. 

Maka carilah bekal untuk kembali ke rumah kita, 
kembali ke kampung halaman yang lama kita tinggal 

Dunia ini bukan rumah kita, 
maka jangan alpa dengan kesenangan dunia. 
Kita hanya pejalan kaki dalam perjalanan kembali kerumah kita. 

Tak Rindu ka pada kampung anda ? 

Bukankah mereka yang sedang dalam perjalanan pulang 
selalu mengingat rumahnya 
dan mereka mencari buah tangan untuk kekasih hatinya 
yang menunggu di rumah.. 

Lantas, apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita? 

Rabb yang mulia 
Dia hanya meminta amal sholeh dan keimanan, taat pada Nya 
serta rasa rindu padaNya Yang menanti di rumah. 

Begitu beratkah memenuhi perintahNya? 

Kita tidak berasal dari bumi, 
kampung asal kita adalah di syurga. 

Kenapa kita lupa? 

Rumah kita jauh lebih Indah di sana. 
Kenikmatannya tiada terlukiskan 
dihuni oleh orang-orang yang mencintai kita. 
Ada isteri sholehah 
Ada suami Sholeh 
serta tetangga dan kerabatyang menyejukkan hati. 
Mereka rindu kehadiran kita, 
setiap saat menatap menanti kedatangan kita. 
Mereka menanti khabar baik dari Malaikat Izrail. 

Bila Keluarga mereka akan pulang? 

Ikutilah peta (Al Qur'an) yang Allah titipkan sebagai pedoman perjalanan. 
Jangan sampai salah arah dan berbelok ke rumahnya iblis Laknatullah yaitu neraka. 

Kita bukan penduduk bumi, 
kita penduduk syurga. 
Bumi hanyalah perjalanan. 
Moga perjalanan kita kesana selamat dan diRahmati 

INGAT INI BUKAN RUMAH KITA 

( dikongsi. Semoga Allah merahmati tuan yg mencipta puisi indah ini)

TAZKIRAH JUMAAT #39 | SURAT CINTA


Surat Cinta daripada ALLAH tentang Solat ...

‍‌‌‌‌‍‍‌‍‌‍‌🌼‌‌Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya &
tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya ...

‍‌‌‌‌‍‍‌‍‌‍‌🌼‌‌Anggaplah solat itu pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu ...
Allahuakbar ...

‍‌‌‌‌‍‍‌‍‌‍‌🌼‌‌Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah ...
Allahuakbar ...



‍‌‌‌‌‍‍‌‍‌‍‌🌼‌‌Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT ...
Allahuakbar ...

‍‌‌‌‌‍‍‌‍‌‍‌🌼‌‌Anggaplah solat itu sebagai seriusnya kau dlm bermimpi ...
Allahuakbar ...

‍‌‌‌‌‍‍‌‍‌‍‌🌼‌‌Bayangkan ketika "Azan berkumandang,"  Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya ...
Allahuakbar ...

‍‌‌‌‌‍‍‌‍‌‍‌🌼‌‌Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu ...
Allahuakbar ...

‍‌‌‌‌‍‍‌‍‌‍‌🌼‌‌Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya ...
Allahuakbar ...

‍‌‌‌‌‍‍‌‍‌‍‌🌼‌‌Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku."...
Allahuakbar ...

‍‌‌‌‌‍‍‌‍‌‍‌🌼‌‌Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu."...
Allahuakbar ...

‍‌‌‌‌‍‍‌‍‌‍‌🌼‌‌Bayangkan ketika kau memberi "Salam", Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih ...
Subhanallah ...

‍‌‌‌‌‍‍‌‍‌‍‌Masya Allah ...
Sungguh nikmat solat yg kita lakukan ...

Tak akan sia-sia orang yang berkongsi menyebarkannya ... Maka sebarkanlah ... Allahuma, saksikanlah...

** Ingatan dan muhasabah buat aku sendiri, saudara-saudaraku dan kengkawan semua ... Kita insan biasa yang sering terleka dengan urusan dunia yang sentiasa menghambat kita dan kita pula sentiasa mengejarnya ... Wallahua'lam ...

TAZKIRAH JUMAAT #38 | 7 SUNNAH HEBAT



Seperti biasa aku nak kongsi ilmu yang aku dapat ngan kengkawan ... Semoga menjadi peringatan untuk saya dan bermanfaat buat kengkawan ...

**********

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua

By Ustaz Don Daniyal

**********

Haaa ... Hebat kan kalau kita dapat buat ketujuh-tujuh sunnah Nabi nie ... Pssttt, ingat ... Bukan kawen 2, 3 dan 4 jer sunnah Nabi ...