Search This Blog

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

FADHILAT TARAWIKH

Gambar ihsan Google
Sekarang nih semua umat Islam sedang  menjalani ibadah puasa ....  Maka hampir setiap malam semua sibuk menunaikan solat terawikh ... Umat Islam digalakkan supaya rajin menunaikan terawikh ... Maka keluar lah fadhilat tarawikh bermula dari malam pertama sampai ler malam terakhir ... Bermacam-macam hadis lah plak yang keluar .... Korang sedar tak mende tu semua palsu .... Meh baca kat bawah nie untuk tambah ilmu ...
********************
Apabila tiba bulan Ramadhan, ramai yang ghairah dalam melakukan sebarang ibadah yang menjamin habuan ukhrawi kelak. Di mana pahala yang akan digandakan, ibadah sunat dibuat akan mendapat ganjaran seperti ibadah wajib dan ibadah wajib pahalanya akan digandakan 70x ibadah fardhu. Hal ini ada dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud
Daripada Salman r.a. ia berkata: ”Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- “Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.” [Riwayat Imam Baihaqi]
 Hal ini juga menggalakkan kita semua untuk meraih, mengutip dan mencari pahala-pahala dalam bulan ramadhan ini dan melatih diri untuk membina taqwa yang mantap. Barang siapa yang mampu memanfaatkan ramadhan dengan bersungguh-sungguh, insya Allah mereka akan memperoleh taqwa yang dicari. Hal ini berlandaskan dalil firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah: 183)
Namun, dalam keghairahan kita memburu amalan-amalan yang mampu menempah tiket kita untuk ke syurga, kita alpa dan cuai dalam menyebarkan satu perkara. Iaitu menyebarkan perkara yang dusta.
Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.
Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu’ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur’an dan hadis-hadis sahih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.
4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan “Ya Ali” sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.
Petikan dari terbitan dan edaran percuma:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian , 16150 Kota Bharu, Kelantan. 

Menerusi laman web JAIS

********************
Harap-harap dalam keghairahan kita semua memburu amalan-amalan yang mampu menempah tiket kita untuk ke syurga, kita tidak alpa dan cuai dengan menyebarkan perkara.-perkara yang dusta ...
Wallhua'lam ...

Sumber:  SiNi 

TAZKIRAH JUMAAT #59 | PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN


Hi kengkawan semua ... Jom semak balik subjek sekolah menengah dulu ... Ingat lagi tak ? 

MAKSUD IMAN 

DARI SEGI BAHASA :- percaya 

DARI SEGI ISTILAH :- Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota 

KEPENTINGAN IMAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM 

- membentuk insan muslim sejati 

- supaya istiqamah dalam ibadat 

- melahirkan generasi berakhlak mulia 


PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN 

· SYIRIK 
· MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya 

· JENIS-JENIS SYIRIK : 

1. Syirik Jali 

Maksud :- perlakuan syirik secara terang-terangan 

Contoh : 
- menyembah patung dan berhala 
- menyembah bulan atau matahari 
- mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan 

Akibat :- rosak akidah, berdosa besar, mendapat azab di akhirat 

2. Syirik Khafi 

Maksud :- tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat 

Contoh : 
- riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri), 
- ujub (mengagumi diri sendiri), 
- takbur (membangga diri) 

Akibat : 
- dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat 
- sukar menerima pandangan orang lain 

Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana ia membatalkan iman seseorang ... Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah ... Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik ... Amalan ini juga mencemarkan kesucian agama Islam ... 

Cara mengelak perbuatan syirik :-

· Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas 
· Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi 
· Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan bahaya syirik 

Kesan Syirik 

· Membatalkan iman 

· Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah 

· Dimurkai Allah 

· KUFUR 
· MAKSUD :- tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W 

· JENIS-JENIS KUFUR : 

1. Kufur Hakikat :
Maksud :- ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w

Contoh : 
- tidak mengakui balasan diakhirat
- menolak hukum yang terdapat dalam al-quran 
- menyatakan solat fardhu merugikan masa 
- menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi 

2. Kufur Nikmat : 
Maksud :- mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan 

Contoh : 
- menggunakan nikmat kejalan maksiat 
- enggan mengeluarkan zakat / sedekah 
- boros membelanjakan harta 

· FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESORANG MENJADI KUFUR : 

- pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan antara perbuatan yang membawa dosa atau pahala 

- terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan 

- kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur untuk memenuhi keperluan hidup 

· RIDDAH 

· MAKSUD :- berpaling atau keluar daripada agama islam 


· SESORANG ITU BOLEH DIANGGAP MURTAD MELALUI 3 CARA

- Iktikad, apabila berniat hendak meninggalkan agama islam 

- Perkataan, apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama islam 

- Perbuatan, menganut agama selain daripada agama islam 


· SEBAB / FAKTOR YANG MENYEBABKAN RIDDAH 

- lemah pegangan agama 

- jahil tentang akidah dan hukum-hukum islam 

- terpengaruh dengan tawaran kebendaan 


AKIBAT BURUK SETELAH MURTAD 

- hubungan suami isteri terfasakh 
- haram menerima harta pusaka daripada waris beragama islam 
- haram dikebumikan diperkuburan Islam 
- menjadi penghuni neraka selama-selamanya 



CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG MURTAD 

- memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam 

- memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf

- pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukum


TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN KEPADA ORANG MURTAD 

- menasihati dan memintanya bertaubat ( sebanyak 3 kali ) supaya kembali kepada Islam 

- sekiranya masih berdegil, ia wajib dibunuh kerana takut dia akan menghasut yang lain supaya meninggalkan islam tanpa mengetahui balasannya.


HUKUMAN BUNUH TERHADAP ORANG MURTAD 

- memberi amaran bahawa agama islam tidak boleh dipermain-mainkan 

- mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama islam 

- menghindarkan masyarakat islam daripada berpecah belah dan huru-hara 


LANGKAH MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MURTAD 

- berpegang teguh dengan ajaran islam 

- menghindari daripada sebarang perbuatan, fahaman dan percakapan yang boleh membawa kepada riddah 

- mendalami ilmu-ilmu agama 

- menghadiri majlis-majlis ilmu


LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH MURTAD 

- memberi pendidikan agama dengan sebaiknya kepada setiap orang Islam 

- memberi kefahaman kepada orang Islam tentang akibat buruk perbuatan murtad 

- mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang murtad 


· KHURAFAT 

· MAKSUD :- Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat 

 CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN 

- mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang

- mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial 

- membuang ancak bagi menghalau hantu

- mengunjungi kubur yang dianggap keramat 

FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM 

- iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat 

- terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat 

- ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal 

CARA MENANGANI &MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM 

- menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat 

- mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat 

- mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat 

AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT 

- menyebabkan syirik dan batal iman 

- membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia 

- menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik 


· SIHIR 

· MAKSUD :- ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia 

CONTOH 

- menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna 

- mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan 

- pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus 

PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR 

- perasaan dendam seseorang terhadap orang lain 

- iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang 

- ada perasaan benci terhadap seseorang 

CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR 

- mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan sihir 

- menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat 

- tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut 

AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR 

- merosakkan akidah dan membatalkan iman 

- memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah 

- hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan 


HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR 

- supaya akidah seseorang tetap terpelihara 

- supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera 

- supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar 

CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR 

- membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat 

- sunnah nabi membaca Al fatihah dan 4 qul sebelum tidur dan diusap seluruh badan dengan tangan sambil meminta pertolongan Allah.

- banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah 


· NIFAK 

· MAKSUD :- Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah 


CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK 

- berdusta apabila bercakap 

- khianat apabila diberi amanah 

- bersikap melampaui batas apabila bertengkar 

- selalu mungkir janji 

CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT MUNAFIK 

- meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah 

- bercakap benar apabila berbicara

- bersifat jujur dan amanah 

- menunaikan janji 

AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAK 

- menghilangkan sikap percaya-mempercayai 

- melemahkan perpaduan masyarakat 

- menghancurkan kekuatan umat islam 

CARA MENGELAKKAN TERBATALNYA IMAN 

· Berpegang teguh pada ajaran Allah 

· Mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah 

· Menghindarkan semua perbuatan yang boleh membatalkan keinanan kepada Allah 


KESAN BURUK SEKIRANYA IMAN TERBATAL 

· Segala amal ibadat tidak diterima oleh Allah 

· Amal kebaikan yang dilakukan sia-sia dan tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah 

· Dilaknat dan dibenci oleh Allah 

· Terputus hidayat dan rahmat daripada Allah S.W.T

Haaaa ... Ingat lagi tak ... Jangan main-main ... Boleh terbatal iman tau ... Untuk adik-adik yang nak amek periksa tu kalau nak senang, rujuk peta minda kat bawah nie ... Senang skit nak hafal ... 



*Maaf ... Kebanyakan entry ilmiah agama saya perolehi dari pelbagai sumber ... Rasa nak simpan dan nak kongsi dengan kawan-kawan ... Kebanyakkan nyer dari group wasap ... Saya jarang menulis entry ilmiah agama kerana saya rasa saya tak layak menulis dalam bidang tu ... Saya tak mahir dalam bidang tu nanti orang cakap ajaran sesat plak ... Hadis palsu ... Huhuhu ... Maaf ...

Semoga bermanfaat buat kita semua ...

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA & IMSAK 1437H / 2016M

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1437H / 2016M


Berikut adalah pautan mengikut negeri... Sila klik pautan yang diperlukan... 















Selamat menunaikan ibadah puasa kengkawan ... Tak kira lah kat mana korang ...
Simpan link nie nanti senang nak rujuk ...



PANDUAN PUASA


Assalamualaikum kengkawan semua ... Buat ape awal-awal pagi nih ??? Tak lama lagi nak masuk Ramadhan dah ... So, kengkawan, adik-adik jom kita refresh balik ...



Apa makna puasa?

Puasa menurut pengertian bahasa bermaksud menahan dari sesuatu seperti menahan dari bercakap, makan, minum atau sebagainya ... Adapun puasa menurut pengertian Syara‟ (yakni puasa yang disuruh Allah supaya dikerjakan oleh setiap orang Islam) ialah; “Menahan diri dari makan, minum dan jimak (persetubuhan) dengan suatu niat dan ikhlas kepada Allah” ... (Tafsir Ibnu Kathir; Surah al-Baqarah, ayat 183) ... Masa berpuasa ialah dari terbit fajar Sodiq (iaitu fajar yang menandakan masuknya waktu subuh) hinggalah terbenam matahari (iaitu masuknya waktu maghrib).

Berapa jenis puasa?

Puasa melihat kepada hukumnya ada beberapa jenis;

  1. Puasa yang wajib. Ia ada beberapa jenis pula; Pertama; puasa yang diwajibkan Allah dengan ditetapkan hari-harinya iaitulah puasa Ramadhan. Kedua; puasa yang diwajibkan kerana sebab-sebab tertentu sebagai hak (kewajipan) terhadap Allah, iaitulah puasa Kaffarah yang merangkumi kaffarah sumpah, kaffarah zihar, kaffarah membunuh secara tersalah dan sebagainya. Ketiga; puasa yang diwajibkan oleh individu itu sendiri ke atas dirinya, iaitulah puasa nazar.
  2. Puasa yang disunatkan; seperti puasa isnin dan kamis, puasa tiga hari setiap bulan dan sebagainya.
  3. Puasa yang diharamkan; seperti puasa pada hari raya dan sebagainya.
  4. Puasa yang dimakruhkan; seperti puasa pada setiap hari.


Puasa di bulan Ramadhan adalah wajib dengan berdalilkan ayat al-Quran, hadis Nabi dan Ijmak ulamak ... Ia merupakan salah satu rukun Islam yang lima ... Dalil dari al-Quran ialah firman Allah;

`

“Bulan Ramadan, bulan yang diturunkan di dalamnya al-Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan keterangan-keterangan dari hidayah dan pembeza (antara hak dan batil). Maka sesiapa dari kamu telah menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), hendaklah ia berpuasa di bulan itu…” (al-Baqarah, ayat 185).Ungkapan Allah “…hendaklah ia berpuasa di bulan itu…” merupakan perintah dan perintah menunjukkan kepada wajib.Nabi –shallallahu „alaihi wasallam- bersabda; “Islam terbina di atas lima perkara;


  1. Bersaksi bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah,
  2. Mendirikan solat,
  3. Menunaikan zakat,
  4. Mengerjakan haji,
  5. Berpuasa di bulan Ramadhan”


Telah ijmak (sepakat) sekelian ulamak tanpa ada khilaf di antara mereka bahawa berpuasa pada siang hari di bulan Ramadhan adalah wajib ke atas oleh orang-orang yang mencukupi syarat-syarat wajib puasa yang akan dijelaskan nanti. (Maratib al-Ijma‟, Imam Ibnu Hazm, kitab as-Shiyam).


Apa hukum orang Islam yang meninggalkan puasa Ramadhan?

Oleh kerana puasa Ramadhan adalah wajib, maka orang Islam yang meninggalkannya dengan sengaja –tanpa sebarang keuzuran- adalah fasiq dan berdosa besar. Ia wajib mengqadhanya sebanyak hari yang ditinggalnya. Namun mengqadha sahaja tidak memadai kerana Nabi –shallallahu „alaihi wasallam- bersabda; “Sesiapa yang berbuka puasa dengan sengaja di bulan Ramadhan tanpa kelonggaran (yang diberikan Allah) dan tanpa kerana sakit, puasa sepanjang masa pun tidak akan mampu menggantikan (puasa yang ditinggalkan itu) walaupun ia melakukannya” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.). Kerana itu, qadha itu wajib diiringi dengan taubat nasuha iaitu menghadirkan penyesalan di dalam hati kerana keterlanjuran meninggalkan kewajipan Syarak dan berazam tidak akan mengulanginya lagi buat selamanya.


TAZKIRAH JUMAAT #58 | SANGKA BAIK, JAGA AIB




Perlu diinsafi bahawa membiasakan prasangka buruk itu amat besar bahayanya, sebab itulah punca yang menyebabkan seseorang itu suka meneliti dan mengamat-amati keburukan orang lain ... Padahal Rasulullah SAW telah melarangnya, sebagaimana sabdanya dalam suatu hadith :

“Janganlah kamu semua berhasad dengki, jangan pula mengamat-amati keburukan orang, juga janganlah memutuskan ikatan, bermusuhan dan jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara.” 


(Riwayat Bukhari Muslim)


Jadi larangan di atas pertama kali ditekankan dalam hal tajassus iaitu meneliti keburukan dengan mendengar-dengar berita, kemudian tahassus iaitu mengamati keburukan dengan mata ...

Oleh sebab itu kita perlu menutup cacat cela orang lain atau berpura-pura tidak mengetahuinya sama sekali, sebab yang sedemikian inilah watak orang yang arif dalam agama ...

(Syeikh Muhammad Jamaludin Al-Qasimi - Mauizatul Mukminin)


*Maaf ... Kebanyakan entry ilmiah agama saya perolehi dari pelbagai sumber ... Rasa nak simpan dan nak kongsi dengan kawan-kawan ... Kebanyakkan nyer dari group wasap ... Saya jarang menulis entry ilmiah agama kerana saya rasa saya tak layak menulis dalam bidang tu ... Saya tak mahir dalam bidang tu nanti orang cakap ajaran sesat plak ... Hadis palsu ... Huhuhu ... Maaf ...

Semoga bermanfaat buat kita semua ...

30 Wasiat Imam Syafie


1-Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.

2-Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.

3-Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

4-Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukut.

5-Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.

6-Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

7-Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.

8-Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.

9-Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.

10-Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.

11-Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.

12-Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.

13-Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.

14-Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.

15-Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.

16-Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.

17-Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.

18-Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.

19-Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.

20-Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.

21-Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.

22-Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

23-Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.

24-Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.

25-Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.

26-Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.

27-Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.

28-Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.

29-Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."

30-Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

Semoga bermanfaat buat saya dan kita semua ...

Sumber : Imam Syafie - Pejuang Kebenaran karangan Abdul Latip Talib