Search This Blog

Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

PANGGILAN MENCURIGAKAN

Aku nak cerita kisah petang semalam agar menjadi peringatan buat aku dan sahabat-sahabat. Kisah nyer bermula masa aku tengah lepak-lepak, rehat, maklum ler baru lepas makan tengahari. Sambil tu skrol sana, skrol sini. 


Tiba-tiba ada panggilan masuk. Aku tengok panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Pemanggil bukan lah dalam senarai contact aku. Aku pelik jugak, tapi still angkat lah. 

Pesanan penaja. Langkah yang sepatutnya diambil jika ada panggilan mencurigakan. 

Apa yang aku dengar lepas aku angkat tu membuatkan aku bertambah pelik. Pesanan ditinggalkan oleh mesin. Kata nyer aku tak ambil barang dah dua kali depa hantar. Maksud nyer aku tak de lah masa depa hantar barang. So, depa suh ler aku tekan nombor 9 untuk cakap dengan operator. 

Aku yang tengah kepelikan tu tekan jugak nombor 9. Maka adalah seorang mamat nih jawab, konon nyer nak membantu. Mamat nih mintak no tracking. Mana lah aku tahu, aku mana ada order barang. Tak de plak sape-sape family member yang beritahu nak hantar barang or hadiah kat aku. Huhuhu.  

Aku tanya lah operator tu mintak tolong tengokkan apa mende dan sape yang hantar barang kat aku. Sebab aku memang tak de order ape-ape buat masa nie lah. Mamat nih dengan gembira nyer "Boleh, bagi no. ic puan." Ehhh,  aku cam pelik plak apesal nak cek barang mintak no. ic aku kan. Masa nih cuak dah, aku macam agak keberatan nak bagi. "Tak boleh ker trace guna no. phone nie? " aku sesaje tanya. "Oh, bolehhh." Dan tiba-tiba line putus. Ehhh, boleh plak. 

Nie ler nombor yang call aku tu. Panggilan aku terima pukul 3.14 petang. Lepas 2 minit 1 saat bercakap, line putus. Aku try contact no tu balik sebanyak 3 kali, memang tak berjawab, sunyi sepi tanpa sebarang bunyi. Masa tu "Sah, Penipu nih" Selamat aku. 

So, kengkawan dan family member semua hati-hati apabila mendapat panggilan yang mencurigakan. Tak payah bagi yang detail-detail sangat kat orang. Errmmm,  patut ker aku report polis? Cam malas plak. 

HIMPUNAN UMMAH 812 | BANTAH ICERD


SYUKUR HIMPUNAN AMAN



1. Setinggi penghargaan diucapkan kepada para peserta, penganjur, NGO dan parti politik yang telah berhimpun secara aman pada hari yang penuh bersejarah ini di hadapan Dataran Merdeka.

2. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak PDRM dan DBKL yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik, dan menjadi penanda aras baharu demokrasi yang lebih matang dalam negara.

3. Semoga himpunan ini menjadi saksi kesedaran, keberanian dan kebangkitan rakyat yang cintakan perpaduan dan keamanan negara.





Sila beli kapur barus,
Sila jemput silalah kaut,
Jangan berani melawan arus,
Kelak tenggelam di dasar laut.

Dari Pelangai pergi ke Merapoh,
Kerana mahu beli buahnya,
Lampu merah jangan dirempuh,
Kalau dirempuh besar padahnya.

Dari Serdang ke Pasir Salak,
Datang menangguk udang galahnya,
Sarang tebuan jangan dijolok,
Kalau dijolok parah padahnya.

ABDUL HADI AWANG
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
81218

Semoga selepas nie takde lagi yang nak memperlekehkan agama dan bangsa aku.

#himpunanummah812
#BantahICERD #SelamatkanIslam
#SelamatkanMalaysia #IslamMemimpin #PertahankanPerlembagaan
#Turun812
___________
Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD
Tarikh : 8 Disember 2018
Masa : 2.00 petang - 6.00 petang
Tempat : Dataran Merdeka
Tema : Putih
FB : http://facebook.com/RakyatBantahICERD
FB : https://facebook.com/ummah.official


ALHAMDULILLAH, KEPUTUSAN UPSR DAH KELUAR.


Ok semua dah tau result UPSR. Alhamdulillah walaupun Abang Ngah tak berapa sihat, tapi masih bersemangat nak ambil result kat sekolah. 


Tahniah! Dan syukur dengan apa jua result yang anak-anak kita dapat.

Masih jauh perjalanan dia orang. Kita masih boleh guide dan bantu naikkan semula semangat anak-anak. Walau apa pun result anak, kita kena terima. Bantu anak untuk dapat result lebih baik.

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru2 SKGS. Tahniah juga buat semua pelajar yang berjaya menduduki UPSR. Gunakanlah peluang yang ada seterusnya untuk belajar bersungguh-sungguh. Semoga terus cemerlang di dunia dan akhirat. 

KEPUTUSAN UPSR 2018


Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) termasuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 bagi murid tahun enam akan diumumkan ESOK. Calon-calon boleh mengambil keputusan tersebut di sekolah masing-masing bermula 10 pagi atau menggunakan perkhidmatan SMS tertera.

Esok dah result. Abang Ngah nyer demam plak. Mak nyer risau dah nie. Doakan yang baik2 eak kengkawan. 

Sunnah Perjuangan

Assalamualaikum & Selamat Pagi. 

Agak resah dengan suasana Malaysia sekarang nih. Nauzubillah, jauhkan lah kami semua dari segala malapetaka. 

Nak buat kerja Islam je mesti ada yg lawan. Nabi SAW dah hadap dulu. Inilah dinamakan Sunnah perjuangan. Watak tu akan ada sampai kiamat.



قُلْ يَا قَوْمِ اعْمَلُوا عَلَىٰ مَكَانَتِكُمْ إِنِّي عَامِلٌ ۖ فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ مَنْ تَكُونُ لَهُ عَاقِبَةُ الدَّارِ ۗ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai kaumku (yang masih kafir), buatlah sedaya upaya kamu (untuk menentang Islam), sesungguhnya aku juga tetap beramal (berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan Islam); kemudian kamu akan ketahui siapakah yang akan beroleh kebaikan dan kejayaan di dunia ini. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.

Surah Al-An'am, Ayat 135

#TaddaburAyatAlQuran

Janna Masak Apa Tu?

Alhamdulillah. Janna Iman dah masuk setahun setengah. Dah semakin meningkat umur nyer. Seperti yang sebelum-sebelum nih, semua nyer kecik comel jer, tak de yang gebu-gebu. 

Pompuan kann, kena lah ke dapo. 

Kacau ibu masak jer nih. 

Suka lah tu dapat ikan dan perkakas yang ori.

Sejenis yang tak takut & tak geli. 

Banyak lagi dah kepandaiannya. Sel-sel otak semakin berhubung. Semoga terus sihat, gembira dan ceria. 

Mampukah Aku Untuk Redha, Bersyukur dan Menghargai?


Tak tau nak update apa kat blog. Tapi tulah sebelum nak tido nih macam-macam fikir. Macam-macam rasa ada, yang pasti perasaan sedih menguasai. Sedih kenapa, adalah tak perlu @ tak boleh nak cite kat sini. 

Kita nie sebagai hamba takkan mungkin dapat miliki semua yang kita nak. Bukan nyer sebab Allah tak suka kat kita tapi Dia sedang menguji kita. Sebagai hamba, mampukah kita untuk redha, bersyukur dan menghargai? 

Kita sebagai hamba mesti macam-macam kita nak. Nak kerja, nak kahwin,  nak berjaya. Tapi tulah kehendak kita tak semestinya adalah yang terbaik buat kita kerana ketika kita merancang bersama impian dan cita-cita, sesungguhnya Allah merancang bersama kasih sayang dan cinta-Nya. So, kena lah pujuk hati untuk redha apa yang kita dapat. Sebab ada orang lain lagi teruk ujian nya. 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."- surah Al-Baqarah ayat 216...(",)

Hmmm. Tapi tulah manusia tak pernah puas hati. Kadang-kadang terpikir jugak,  saya nie duk rumah jer, berjumpa dengan keluarga saya jer, selebihnya kenalan alam maya. Tu pun ada yang tak puas hati. 😢😢😢

Assalamualaikum dan Selamat Malam. 
Maafkan saya jika ada salah dan silap. 

Hussien Tinggal Kenangan

Innalillahiwainnailaihirajiun. 
Pergi nya Hussien di Hari Jumaat yang mulia ini. Seteleh berbulan-bulan sakit. Akhirnya Hussien pergi jua, damai lah di sana. 
😢😢😢







Enam Anggota Bomba Lemas Ketika Operasi SAR


Innalilahiwainalilahirojiun. Salam Takziah buat keluarga 6 anggota bomba yang lemas dalam operasi SAR mangsa lemas di lombong di Puchong.

Kesemua mereka dikatakan sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang pelajar yang dipercayai terjatuh dalam lombong di Taman Putra Perdana Berhampiran Perumahan La Cottage, Selangor malam semalam.

Mangsa berusia 17 tahun belum dijumpai dan  6 orang pegawai bomba (PPDA) dilaporkan lemas ketika menjalankan operasi pencarian mangsa. 


ANGGOTA PPDA PELABUHAN KLANG :

Mohd Fatah Hashim
34 tahun

Izatul Akma Wan Ibrahim
32 tahun

Mazlan Omarbaki
25 Tahun 

Yahya Ali
24 tahun

ANGGOTA PPDA SHAH ALAM :

Adnan Ohman 
33 tahun

Muhammad Hifdzul Malik Shaari
25 tahun

Semoga mereka semua ditempatkan dikalangan yang beriman. Amin.

Doakan Untuk Abang Long & Abang Ngah


  
Assalamualaikum & Salam sejahtera semua. Seperti yang semua tahu mulai minggu depan dan minggu-minggu seterusnya akan berlansung peperiksaan-peperiksaan besar bagi pelajar-pelajar di Malaysia. Bermulalah UPSR, UPKK, PSRA, PT3, SPM,  STPM dan sebagainya. Abang Long akan menduduki PT3 manakala Abang Ngah akan menduduki UPSR & PSRA. Doakan kejayaan dunia akhirat mereka berdua dan juga semua pelajar yang lain. Semoga beroleh kejayaan cemerlang. Insyaallah. 

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, 

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

 Ikhlaskan hati anak-anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata-mata kerana Mu ya Allah. Semata-mata kerana Mu ya Allah. Semata-mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PSRA, PT3, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak-anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak-anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah,

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak-anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,

Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah.

Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.

Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

Janna Iman Dah Setahun

Selamat Hari Lahir Janna Iman... Genap setahun dah hari nie... Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu... Alhamdulillah membesar bagai johan, walaupun saiz kecil molek, tapi sel-sel otak berhubung dengan jayanya... 

Perkembangan yang amat cepat aku rasa... Belum setahun dah pandai jalan... Sekarang nie makan buah or biskut semua nak pegang sendiri... Gigi pun dah banyak, gigit pun sakit woo... Sifat takut ngan orang tu masih ada... Alhamdulillah masih meneruskan penyusuan susu ibu, Insyaallah akan berjuang hingga akhirnya... 

Curi-curi menggayakan spek mata Putra...

Aktiviti memanjat tangga di rumah uwan... Masa nie belum pandai berjalan lagi... Kegemaran dia lah tu, jenuh nak perati sepanjang masa, takut terjatuh... 

Nie masa memula nak berlatih berjalan... Hahaha, excited bukan main yang lain tu... 

Dah start memanjat sofa, jenuh kena perhati sepanjang masa... 

Ya Allah, Kau terangilah hati anak ini dalam mendalami ilmu dunia & akhirat... Kau jadikanlah dia anak yang solehah, yang menjaga solat dan agamanya... Menjaga kebajikan kedua ibu bapanya... Menjaga kebajikan mereka yang memerlukan... Tidak sombong dan pandai menjaga diri ... Ameen ...

Kisah-kisah Janna sebelum nih dari dalam kandungan sehinggalah menjenguk dunia... 
⬇⬇⬇







SALAM RAMADHAN 1439H | 2018M


Assalamualaikum semua... 
 Rasa-rasa nyer masih belum terlambat nak ucapkan "Selamat Berpuasa" kepada semua... Harap2 semoga Ramadhan kali ni akan
lebih baik dari tahun2 yang lalu... Insyaallah kita semua akan mula berpuasa esok 17/5/2018 (Khamis)... Yang paling penting jgn lupa niat puasa yer!!!!!






Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu siangnya engkau sibuk berzikir ... Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu ... Mendayu ... merayu ... Kepada- NYA Tuhan yang satu ...
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu ... Solat yang dikerjakan ... Sungguh khusyuk lagi tawadhu' ... Tubuh dan qalbu ... Bersatu memperhamba diri ... Menghadap Rabbul Jalil .. Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu ... Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja ... Di setiap kesempatan juga masa yang terluang ... Alunan Al-Quran bakal kau dendang ... Bakal kau syairkan ...
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu malammu engkau sibukkan dengan ... Bertarawih ... Berqiamullail ...Bertahajjud ... Mengadu ...Merintih ... Meminta belas kasih ...
"Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang ...
Mari kita meriahkan Ramadhan ... Kita buru... Kita cari ... Suatu malam idaman ... Yang lebih baik dari seribu bulan ...
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir ... Mempersiap diri...rohani dan jasmani ... Menanti-nanti jemputan Izrail ... Di kiri dan kanan ... Lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi ...
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami ... Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti ... paling berseri ... Menerangi kegelapan hati kami ... Menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi ... Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti ...
Namun sahabat semua ... Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui ... Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya ... Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha ... bersedia ... meminta belas-NYA ...
Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu namun tak pula aku sanggup ke  Nerakamu ... Kami lah hamba yang mengharap belas darimu ...



"Ya Allah  jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa ... Ampunkan dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua  ibubapa kami, dosa-dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah  meninggal dunia"
Amin.....
Andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya ...
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN

Jom Tambah Ilmu :
PANDUAN PUASA

SELAMAT HARI GURU 2018


Selamat  Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia ... Khas utk guru-guru ku di Tadika Kemas, Gombak Setia, SRK Gombak 1, SM Convent Sentul, SM Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pusat Asasi, UM dan Universiti Malaya...



Terima kasih guru yang telah mengajarku membaca, menulis, melukis, mewarna, mengira, mengajarku erti hidup dan mengajarku mengenal diri ... Terima kasih juga buat guru terawal – mak dan abah ...

Tidak lupa juga para guru di Sek. Men. Keb. Gombak Setia, Sek. Keb. Gombak Setia, Sek. Agama Al-Hilaliah dan  Tadika Sempurna yang telah mendidik anak2 ku... Jasamu akan tetap ku kenang hingga ke akhir hayat... Sampai bila-bila... Terima kasih, Selamat  Hari Guru...

Moga Allah merahmati kalian semua di atas segala usaha guru dan para pendidik….

9 MEI 2018 CUTI UMUM


Semalam kecoh satu Malaysia berkenaan penetapan tarikh pilihanraya akan datang pada 9 Mei 2018 bersamaan dengan hari Rabu... Ramai yang agak kurang senang kerana bukan pada hujung minggu... Mereka yang jauh diperantauan perlu pulang ke kampung halaman untuk menunaikan tanggungjawab... Agak terkejar-kejar di situ... 

Akhirnya hari nie telah diisytihar bahawa hari mengundi 9 Mei 2018 adalah Hari Kelepasan Am Tambahan seluruh negara... Cuti umum... Alhamdulillah... Ada sedikit kelonggaran di situ... Walaupun ia tidak memberi apa-apa kesan pun pada aku... 

Happy Anniversary Mak & Abah


Alhamdulillah... Semalam genap 46 tahun usia perkahwinan MakAbah... Kami adik-beradik berkesempatan meraikan mereka berdua... Aku ngan Along jer yang ada... Yang lain memasing ada hal... Yang meramaikan adalah anak-anak kami... 

Alhamdulillah... Selamat Ulangtahun Perkahwinan... Dah 46 tahun ... Semoga sentiasa dibawah rahmat Ilahi

Bersama sebahagian daripada cucu...

Semoga MakAbah dikurniakan kesihatan yang baik... 

Laksa

Baked Pasta... Laku keras...

Alhamdulillah... 

#happyanniversary 
#bersamaselamanya  
@ Jalan Madrasah, Gombak Setia, Kuala Lumpur


Kisah Anak Jiran

Ok... Hari nie aku nak cite pasal anak jiran aku... Budak nie selalu ler datang kawasan rumah aku... Selalu lah main ngan anak-anak aku... Aku tak de lah kisah sangat... Aku lagi suka coz anak aku tak yah gie tpat lain bila nak main ngan kawan-kawan... 

Budak nih sekolah depan rumah aku nih... So tadi dia sekolah petang habis pukul 6.30petang... Balik sendiri lah sebab dekat sangat kan... Petang tadi dia balik sekolah, rumah dia takde orang, berkunci lah... So, dia tak leh masuk rumah... Budak nie datang lah main kat rumah aku kejap... Sambil nak tunggu MakAyah dia balik... 

Aku yang tak mesra alam sangat nih takde plak contact number MakAyah dia... Nak dijadikan cerita sampai sekarang MakAyah dia tak balik-balik lagi... Aku pun tak pasti sebab apa... Saat ketika aku menulis nih tak nampak bayang sapa pun... 

Korang rase???

Apa Nak Jadi ???


Hampir bersawang nampak nyer... Hmmm... Prestasi merosot... Sebenarnya ada jer bahan yang nak diceritakan... Tapi tulah ada sahaja kekangan... 

Aku kalau musim cuti sekolah memang sibuk skit... Hampir  setiap hari nak kena jadi rimau, singa dan tarzan... Hahaha... Pening... Pening... Janna plak demam on off sejak dua minggu lepas... Ke klinik dah... Makan ubat dah... Last last dua tiga hari lepas keluar campak... Hari nie dah beransur sembuh... Tapi biasalah budak kalau demam @ baru baik demam mesti "merap" nyer... Merengek jer, aku nak kencing berak pun susah... Macam2 lagi lah... Memang stress... Huhuhu... 

Harap-harap aku dan mak2 yang lain dapat banyak bersabar bila nak handle anak sakit nih... Kita merancang... Allah juga merancang... Sesungguhnya perancangan Allah yang terbaik... 


Hussien Telah Kembali

Alhamdulillah... Akhirnya Hussien telah kembali... Setelah berbulan-bulan melarikan diri, aku ingatkan dah takde dah... Di suatu petang minggu lepas, anak-anak aku kecoh... "Ibu, Hussien dah balik" ... Ya Allah, kecoh sungguh suasana pada masa tu... Masing-masing memekik-mekik beritau Hussien dah balik... 
Aku pun terkocoh-kocoh jugak nak pi tengok Hussien... Hussien nie memang suka lepak bawah kereta... Sekali aku tengok... Ya Rabbi... Dengan kurus kering nyer... Dengan serabainyer... Dah tak sado dah... Paling sedih perut nyer tobek... Jalan pun dah senget benget... Kesian sangat... Nampak sangat tak larat... Aku nak angkat aku takut... Aku hulur kan jet makanan dan minuman... Memang nampak sangat sangat uzur... 

Kena kurung... 

Hujung minggu lepas BigBoss berkesempatan bawak Hussien gie klinik... Dr. katakemungkinan bergaduh bukan kena langgar... Tapi cam teruk sangat jer luka nyer... 

Luka masih belum sembuh... 

Sampai ke hari nie Hussien masih dalam kurungan... Luka masih belum sembuh... Tapi dah beransur pulih, dah kering sikit... Jalan pun dah stabil dah...

Masih panjang lagi nyawa Hussien... Lama menghilang, ingatkan dah mati... Harap-harap Hussien cepat ler sembuh... Kembali sado seperti dulu... 

Selamat Hari Wanita


Assalamualaikum WANITA HEBAT semua... Selamat Menyambut Hari Wanita hari ini...

🎀 Wanita hebat bukan karena dia cantik
🎀 Wanita hebat bukan karena dia kaya
🎀 Wanita hebat bukan karena dia pintar 
🎀 Dan bukan pula karena disampingnya ada lelaki kacak dan kaya
     
*Tapi wanita hebat adalah*:
🎀 Wanita yang mampu terus berdiri  menyelesaikan masalahnya
🎀 Mampu berdoa dan percaya kepada Allah sumber kekuatan
🎀 Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan
🎀 Bersabar saat tertekan
🎀 Tersenyum saat hati menangis
🎀 Diam saat terhina
🎀 Mempesona karena memaafkan
🎀 Mampu membalut luka hati dengan sabar
🎀 Mampu memadam amarah dengan istighfar
🎀 Mampu menghapus dendam dengan maaf.

🌸Selamat Hari Wanita🌸
😃😃😃

Hussien Melarikan Diri



Hussien bukan peliharaan aku... Asal kejadian nyer hanya lah kucing jalanan, seperti yang lain-lain juga... Menjengok di tingkap dapur mencari sesuap nasi... Aku campak-campak jer mana-mana lebihan lauk yang ada...

Putra bagi makan kat luar... 

Lama-lama dah menjadi penduduk tetap kat rumah aku nie... Selalu lepak kat rumah aku nie... Menjadi hero menjaga kawasan rumah aku nie... Masa memuda dulu, menjadi taiko... Dengan tubuh badan yang sado, maka bercakaran aje lah dia... Ada jer nampak yang lain, habis diligannyer...


Hussien dan Yaasin...
Dua-dua dah takde...

Tapi ada jer kucing lain yang dia boleh terima... Aku pun tak pasti ape kriteria yang dia tetapkan untuk menjadi sahabat... Hussien jugak selalu lepak dalam rumah aku, walaupun aku tak berapa suka...

Lepak atas sejadah... 
Tak pasti lah dia solat ker apa... 

Sekarang,  Hussien dah hilang ntah ke mana... Hussien dah tua,  dah kurus,  tak sesado yang dulu... Ntah mana lah Hussien melarikan diri... Tapi kan dalam minggu lepas aku ada nampak dia kat luar, masa aku sudai kain... Aku tegur dia "Hussien gie mana?"😢😢😢 Cepat cepat aku masuk dalam nak ambil ikan goreng lebihan lauk semalam... Aku keluar balik tengok tengok dah tak de... Jenuh aku panggil... Fatiha saksi kejadian... 😭😭😭 BigBoss cakap jelmaan kot datang melawat... 

Huwaaaa... Ke manakah Hussien melarikan diri?  Atau adakah Hussien dah xde...