Search This Blog

Showing posts with label Hina Islam. Show all posts
Showing posts with label Hina Islam. Show all posts

Sunnah Perjuangan

Assalamualaikum & Selamat Pagi. 

Agak resah dengan suasana Malaysia sekarang nih. Nauzubillah, jauhkan lah kami semua dari segala malapetaka. 

Nak buat kerja Islam je mesti ada yg lawan. Nabi SAW dah hadap dulu. Inilah dinamakan Sunnah perjuangan. Watak tu akan ada sampai kiamat.



قُلْ يَا قَوْمِ اعْمَلُوا عَلَىٰ مَكَانَتِكُمْ إِنِّي عَامِلٌ ۖ فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ مَنْ تَكُونُ لَهُ عَاقِبَةُ الدَّارِ ۗ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai kaumku (yang masih kafir), buatlah sedaya upaya kamu (untuk menentang Islam), sesungguhnya aku juga tetap beramal (berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan Islam); kemudian kamu akan ketahui siapakah yang akan beroleh kebaikan dan kejayaan di dunia ini. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.

Surah Al-An'am, Ayat 135

#TaddaburAyatAlQuran

Perbuatan Alvin, Vivian Melampau ...

Pasangan Tan Jye Yee (Alvin), 25 dan Vivian Lee, 24, yang telah memuat naik gambar mereka sedang menikmati hidangan bak kut teh di Facebook, Jumaat lalu sambil menulis kapsyen "Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)...wangi, enak dan menyelerakan, serta meletakkan logo halal pada gambar berkenaan. Perbuatan tersebut adalah sangat melampau ...

Tindakan itu amat menyinggung perasaan ramai umat Islam yang kini sedang menjalani ibadah puasa ...

Sebelum nie, pasangan nie pernah mencetuskan kontroversi video lucah mereka di Singapura ...

Setelah kontroversi demi kontroversi mereka buat kat Malaysia nie diharap pihak berwajib segera mengambil tindakan yang sewajar nyer ...