Search This Blog

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

HARI ITU HAMPIR TIBA

*PERINGATAN UNTUK SEMUA*

Sumber Google, telah diedit. 

Lombok dah tiga kali gempa dalam tempoh yang dekat.

Sulawesi pun sama siap gunung berapi memuntahkan lahar.

Jepun kena typhoon kong-ray dan mangkhut sampai ke China.

Dengar pulak berita gunung berapi Krakatau dah batuk-batuk siap bagi amaran kepada penduduk Lampung dan Banten.

Dapat lagi berita daripada ramalan Jepun bahawa gempa di Indonesia boleh cecah lebih daripada 9 skala richter. Kalau 7 skala richter pun dah jadi padang jarak padang tekukur.

Puchong banjir kilat. Cyberjaya dan Puchong ada bunyi guruh panjang macam keretapi. Fenomena kat Sabah awan dah macam ombak gergasi. 

Ramalan gempa mungkin berlaku di Manjung, Janda Baik dan Kuala Lumpur keluar pun dah keluar dalam surat khabar.

Lingkaran Api Pasifik akan aktif semuanya. Gunung berapi dah lama tidur akan bangun balik. Kalau semua gunung berapi pasifik muntahkan lahar dan debu, adakah ini penyebab dukhon seluruh dunia?

Rasulullah S.A.W. pesan, kalau banyak terjadi gempa bersambung-sambung, tandanya dah semakin dekat.

Kalau tahun ini ada banjir besar, bermakna kemarau 3 tahun pun dah dekat.

Berdoalah moga dielakkan musibah walaupun musibah dah memang janji dan takdir Allah sebagai ujian dalam kehidupan yang menjadi peringatan. Selain berdoa usahalah atas iman dan amal.

* Saya hanya berkongsi dari group whatsapp saya. Tanda-tanda di atas adalah tanda-tanda yang diceritakan dalam kitab suci Al-Quran. Semoga menjadi peringatan buat kita semua. 

ALLAHU AKBAR 3X

TAZKIRAH JUMAAT #76 | YANG AKU TAKUT


Assalamualaikum kengkawan semua... Maaf lama dah tak memberi input dalam Tazkirah Jumaat... So hari nie saya nak mengajak kengkawan semua mengingat balik apa yang kita hampir lupa... Sekadar peringatan semula, semoga bermanfaat buat kita semua... 

*1 0 Y A N G  A K U   T A K U T*

1. Yang aku takut : Hatiku kian mengeras dan sulit menerima nasihat, namun sangat pandai menasihati.

2. Yang aku takut : Aku merasa aku paling  benar, sehingga merendahkan kebenaran yang lain.

3. Yang aku takut : Egoku terlalu tinggi, hingga merasa aku paling baik di antara yang lain.

4. Yang aku takut : Aku lupa cermin diri sendiri, namun sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.

5. Yang aku takut : Ilmuku akan membuatku menjadi sombong, memandang rendah dan membeza-beza dengan yang lain.

6. Yang aku takut : Lidahku makin lincah membicarakan aib saudaraku, namun lupa dengan aib sendiri yang menggunung.

7. Yang aku takut : Aku hanya hebat dalam berkata, namun buruk dalam bertindak.

8. Yang aku takut : Aku hanya pintar dalam berdakwah, namun sulit untuk mentaatinya. 

9. Yang aku takut : Aku hanya cerdas dalam mengkritik, namun lemah dalam memperbetulkan diri sendiri.

10. Yang aku takut : Aku membenci dosa orang lain. Namun saat aku sendiri buat dosa, aku enggan membencinya.

*Renung-renungkan bersama*

*Maaf ... Kebanyakan entry ilmiah agama saya perolehi dari pelbagai sumber... Rasa nak simpan dan nak kongsi dengan kawan-kawan... Kebanyakkan nyer dari group wasap yang tidak diketahui penulis nya... Saya jarang menulis entry ilmiah agama kerana saya rasa saya tak layak menulis dalam bidang tu ... Saya tak mahir dalam bidang tu... Maaf ... Semoga bermanfaat buat kita semua ...

[ABU LAHAB] MUSUH UTAMA NABI MUHAMMAD SAW



Abu Lahab adalah musuh utama Nabi saw semasa baginda mula menyampaikan ajaran Islam. Pelbagai aniaya dan kejahatan telah dilakukan oleh Abu Lahab keatas Nabi saw dan sesiapa yang mengikuti ajaran Islam. Abu Lahab sungguh-sungguh bermusuhan dengan Nabi saw sehingga berusaha agar Nabi saw dibunuh.

Firman Allah, “Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasa dia! Tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang dia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak (neraka). Dan (begitu pula isterinya, pembawa kayu bakar (penyebar fitnah). Di lehernya ada tali dari sabut yang dipintal.” (Al-Lahab: 1 – 5).

Abu Lahab adalah bapa saudara Nabi saw. Nama sebenar Abu Lahab ialah Abdul Uzza bin Abdul Mutalib. Abu Lahab adalah abang kepada ayahanda Nabi saw, Abdullah bin Abdul Mutalib.





Diriwayatkan bahwa Abbas bin Abdul Mutalib bermimpi bertemu Abu Lahab dan Abbas bertanya padanya, “bagaimana keadaan mu?”, Abu Lahab menjawab, “aku sedang disiksa, tetapi pada setiap hari isnin siksaan ke atas aku diringankan kerana pada hari kelahiran Muhammad saw., aku telah membebaskan hambaku Tsuwaibah kerana sangat gembira dengan kelahirannya”. (Sahih Bukhari no.4813)

Manusia yang zalim pun diberi keringanan siksaan kerana pernah gembira dengan kelahiran Nabi saw.


*Maaf ... Kebanyakan entry ilmiah agama saya perolehi dari pelbagai sumber ... Rasa nak simpan dan nak kongsi dengan kawan-kawan ... Kebanyakkan nyer dari group wasap ... Saya jarang menulis entry ilmiah agama kerana saya rasa saya tak layak menulis dalam bidang tu ... Saya tak mahir dalam bidang tu nanti orang cakap ajaran sesat plak ... Hadis palsu ... Huhuhu ... Maaf ... Semoga bermanfaat buat kita semua ...

*HIDUP INI TERLALU SINGKAT UTK MEMBENCI SESAMA SENDIRI. SAYA MEMOHON MAAF KEPADA ANDA SEMUA ANDAI BERLAKU SALAH SILAP YANG SENGAJA @ TAK DISENGAJAKAN. SAYA JUGA MAAFKAN SEGALA KESILAPAN  ANDA SEMUA DENGAN SAYA. 😉😉😉*

TAZKIRAH JUMAAT #73 | HIDUP DALAM KELALAIAN

Image result for Lalai

[la.lai] | لالاي
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua lalai bermaksud tidak hati-hati atau tidak sungguh-sungguh melakukan sesuatu; terlalu asyik akan sesuatu sehingga terlupa atau tidak sedar akan hal-hal lain; leka. 

Kita sebagai manusia tidak banyak sedikit mesti pernah terlalai. Ustaz Pahrol Mat Juoi telah menerangkan berkenaan isu LALAI. 



Tanda-tanda lalai 

1. Kurang membaca Al Quran
2. Kurang berzikir
3. Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah; tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat jemaah
4. Banyak membuang masa; untuk hiburan
5. Kurang atau malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6. Memanjang sibuk dengan urusan dunia; mudah stress
7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam
8. Tidak berhati-hati dengan perkara yang syubhah dan haram

Ada juga Ustaz sebut; jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat 'jarak' kita dengan Al Quran. Pesannya, beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dengan Al Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia. 


وَلَا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ
Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai dari mengingat Allah.

[Al-A’raaf, 7: 205]
Akibat lalai :

1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca quran
2. 'Bunuh' kebaikan yang kita buat; kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama 
3. Hilang fokus dalam hidup
4. Mudah lesu dan buntu,sentiasa rasa esok masih ada.

Image result for sIBUK URUSAN DUNIA

Sebab-sebab lalai :

1. Mengulang-ulang dosa kecil sampai jadi kelaziman
2. Berkawan dengan orang-orang yang lalai
3. Berada dalam persekitaran 'rosak' (Contoh: pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah
4. Tidak berzikir
5. Terjerat dalam perancangan-perancangan licik musuh Islam (Contoh: berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem dan rancangan sukan )

Cara-cara untuk atasi :

1. Cari sahabat yang baik
2. Hadiri majlis ilmu
3. Bangun malam dan solat
4. Banyakkan zikir
5. Rajin baca quran
6. Bersangka baik dengan org lain. 


Sumber :
nyaimariani


*Maaf ... Kebanyakan entry ilmiah agama saya perolehi dari pelbagai sumber ... Rasa nak simpan dan nak kongsi dengan kawan-kawan ... Kebanyakkan nyer dari group wasap ... Saya jarang menulis entry ilmiah agama kerana saya rasa saya tak layak menulis dalam bidang tu ... Saya tak mahir dalam bidang tu nanti orang cakap ajaran sesat plak ... Hadis palsu ... Huhuhu ... Maaf ...

Semoga bermanfaat buat kita semua ...


*HIDUP INI TERLALU SINGKAT UTK MEMBENCI SESAMA SENDIRI. SAYA MEMOHON MAAF KEPADA ANDA SEMUA ANDAI BERLAKU SALAH SILAP YANG SENGAJA @ TAK DISENGAJAKAN. SAYA JUGA MAAFKAN SEGALA KESILAPAN  ANDA SEMUA DENGAN SAYA. 😉😉😉*

NUZUL AL-QURAN & LAILATUL QADAR

Esok kita semua bercuti sempena Nuzul Al-Quran ... Korang tau ker ape tu Nuzul Al-Quran ? Kebetulan plak tadi anak aku ade tanya aku pasal perkara nih ... So, aku pun gigih ler menggoogle pasal mende nih ... Nak cite sendiri memang xreti lah... Kang lari tajuk plak...  So kat sini aku kongsi apa yang aku dapat...  Meh ler kita baca ... Semoga maklumat nie berguna untuk kita semua ...


Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqanbererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:


”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul Al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT


Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati Nuzul Al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.

Sumber : SiNi

TAZKIRAH JUMAAT #72 | HATI TAK BAHAGIA


Huh... Lama sungguh tak buat entry ilmiah nie... Kali nie saya tepek sebab-sebab hati kita tak bahagia... Tak tenang... Memang selalu jadikan... Rasa gundah gulana jer... Rase risau jer... Kadang tu tak tau pun apa yang difikirkan  ... 

Banyak sebab sebenarnya hati tak bahagia... Antara nyer adalah kerana ada nyer sifat mazmumah dalam hati... 

Jom baca maklumat selanjutnya... Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah – paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam – tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak – orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmumah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah…

** Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


So kalau kengkawan rase tak tenang tu boleh ler cek balik diri sendiri... Periksa balik hati kita... Kemiskinan, musibah dan kesibukan bukanlah yang sebenarnya menyebabkan ketidakbahagiaan dan ketidaktenangan kita... 

Terima kasih sahabat Santapan Minda atas info ini... 

TAZKIRAH JUMAAT #71 | KIAMAT PASTI DATANG


Peringatan Untuk Kita Semua
____________________________


بِيسمِ اللَّهِ الرَّحمَنِ الرَّحِيم 


Kepada kengkawan yang ingin menonton siri Halaqah TV9 2016 "Kiamat Pasti Datang" sebanyak 30 episod, berikut senarai link untuk panduan semua. 

Aku dapat link-link nie daripada group wasap... Aku pun tak sempat tengok semua lagi, tu yang aku tepek kat sini... Terima kasih pada kengkawan yang sudi berkongsi ilmu-ilmu yang bermanfaat... 













12. Ep 12 - Konspirasi pergolakan semenanjung Arab! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2202311013326842/






















Jangan lupa share !! :)

Jangan meremehkan amal sekecil apa pun kerana kita tidak tahu pahala mana yang akan memasukkan kita ke dalam  syurga... Wallahualam...

TAZKIRAH JUMAAT #70 | MAHKOTA BUAT SAHABAT


Assalamualaikum & Salam Jumaat penghulu segala hari buat kengkawan semua... Hari nie nak cerita pasal MAHKOTA... Semua orang suka kot,  letak nyer cantik atas kepala... Bersinar-sinar... Mahkota untuk orang beriman pula ada tujuh... Jom kita baca jap, tambah ilmu skit... 

*1. Mahkota Dzikir:*
_Lailaha illallah wahdahu la syarikalahu lahul mulku wallahul hamdu wahua 'ala kulli syai'in qodir._

*2. Mahkota Tasbih:*
_Subhanallah wabihamdihi 'adada khalqihi waridha nafsihi wa zinata 'arsyihi wa midada kalimatihi._

*3. Mahkota Doa:*
_Rabbana atina fiddunya hasanah wafil 'akhirati hasanatau waqina 'adzabannaar._

*4. Mahkota Istighfar:*
_Allahumma Anta rabbi Lailahailla anta, kholaktani wa ana abdika wa ana ala 'ahdika wawa'dika mas tato'tu, 'audhubika min syarri mashona'tu, wa abu'u laka bini'matika 'alayya wa abu'u bidzambi faghfirli fainnahu la yaghfirudz dzunuba illa anta._
                                 
*5. Mahkota Perlindungan:*
_Bismillahil ladzi layadhurru ma'asmihi syaiun fil Ardhi wala fissamaa'i wahuas samii'ul 'aliim._

*6. Mahkota Pelepas Bencana:*
_Lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzdhalimin._

*7. Mahkota Penenang Hati:*
_Lahaula wala quwwata illah bilahil 'aliyyil 'adhim._

Jadikanlah Mahkota² ini menghiasi kepala kita dan membasahi lisan kita... Insyaallah... Kongsi doa-doa ini dengan niat baik... Semoga Allah mengangkat segala ujian dan musibah kita di dunia dan di akhirat kelak... Insyaallah... 

Jangan meremehkan amal sekecil apa pun kerana kita tidak tahu pahala mana yang akan memasukkan kita ke dalam  syurga... Wallahualam...

TAZKIRAH JUMAAT #68 | LEWAT MENITI TITIAN SIRAT

Kali nie saya nak kongsikan kisah yang diceritakan oleh seorang  ustaz... Aku dapat nih dari group wasap... 

Ustaz, apa jadi kalau kita TAK REDHA atas kesalahan orang lain yang orang tu buat pada kita?"



Jawapan ustaz ringkas ja, 

tapi agak menyentap jiwa :

"Jika dua ekor kambing bergaduh sekalipun, di Akhirat kelak akan ditanya oleh Allah."


Jika kita tak redha, 
Tak maafkan orang lain, 
Kita akan LEWAT 
MENITI TITIAN SIRAT.

Ia akan MELEWATKAN 
AMALAN KITA DIHISAB. 
Mahu ke? 

SEBAB Allah nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan orang-orang yang kita tak redha tu. Sorang-sorang akan datang menghadap kita minta maaf. Nak ke? 

Sedangkan, semua orang sepatutnya berlumba-lumba mahu segera ke SYURGA. Kita asyik berfikir lagi nak meredhai ke tak, mengampunkan ke tak.


Sekarang, tanya balik pada diri sendiri, berbangga ke kita dengan prinsip "Merangkak la korang cari aku di Padang Mahsyar nanti..!"

Sebab, bukan dia yang tertangguh masuk ke Syurga, malahan kita juga.

Urusan kesalahan dia tu biarlah Allah selayaknya membalas.

Biarlah Allah menghakimi.

Biarlah dia ditanya dihadapan Allah kelak.

Memaafkan orang lain takkan dapat membaiki masa silam, tapi akan memperbaiki masa hadapan kita.

Kita akan lebih tenang.
Inshaa Allah.

*Maaf ... Kebanyakan entry ilmiah agama saya perolehi dari pelbagai sumber ... Rasa nak simpan dan nak kongsi dengan kawan-kawan ... Kebanyakkan nyer dari group wasap ... Saya jarang menulis entry ilmiah agama kerana saya rasa saya tak layak menulis dalam bidang tu ... Saya tak mahir dalam bidang tu nanti orang cakap ajaran sesat plak ... Hadis palsu ... Huhuhu ... Maaf ...

Semoga bermanfaat buat kita semua ...

*HIDUP INI TERLALU SINGKAT UTK MEMBENCI SESAMA SENDIRI. SAYA MEMOHON MAAF KEPADA ANDA SEMUA ANDAI BERLAKU SALAH SILAP YANG SENGAJA @ TAK DISENGAJAKAN. SAYA JUGA MAAFKAN SEGALA KESILAPAN  ANDA SEMUA DENGAN SAYA. 😉😉😉*

Kita Bukan Siapa Siapa Untuk Menilai Siapa Siapa


Renungan bersama....
Terima kasih kepada penulis kata2 indah ini... Seperti biasa aku kongsikan apa yang aku rasa patut aku kongsikan... Bukan kisah aku,  tapi aku dapat dalam group wasap aku... 

Seorang pemuda kehilangan kasutnya di laut, lalu dia menulis di pinggir pantai...
*LAUT INI PENCURI*

Tak lama datanglah nelayan yang membawa hasil tangkapan ikan begitu banyak, lalu dia menulis di pantai...
*LAUT INI BAIK HATI*

Seorang pemuda tenggelam di lautan lalu ibunya menulis di pantai,
*LAUT INI PEMBUNUH*

Tak lama datanglah Seorang lelaki yang menemukan sebongkah mutiara di dalam lautan, lalu dia menulis di pantai...
*LAUT INI PENUH BERKAT*



Kemudian datanglah ombak besar dan menghapus semua tulisan di pantai itu !!!

Maka ...
*JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.*

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik.

Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, Kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yg kamu lakukan



Dan yang membenci mu tidak percaya tentang kebaikan yg masih ada pada dirimu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapan yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri. Hari ini dan semalam adalah hari yg berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.

*Kita Bukan Siapa Siapa Untuk Menilai Siapa Siapa*

Eratkan silaturahim, walau sekadar doa ...

TENTANG REZEKI !!!


Allah nak ambik atau nak tarik rezeki kita dengan macam2 cara. Tayar motor pancit lh, kereta rosak, duit kena curi lah, kena tipu lah sebab join bisnes itu ini, kena tipu join skim itu ini, dan macam2 lagi. Itu lah hakikatnya.

Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil.. maka kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja ditempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita rasa resah melihat orang lain. 


Ingat! *REZEKI* itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata. 

*Kekadang kita lupa..*
🔹Dapat bos ditempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Dapat kawan2 tempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki..
🔹Kerja tak pressure pun rezeki..
🔹Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki..

Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya..

 *Jom fikir luasnya rezeki.*

 Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..

Kekadang..

🔸Ada orang direzekikan cantik & tampan, tapi tak direzekikan cinta.

🔸Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak-anak.
🔸Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang.
🔸Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.
🔸Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.



Demikian Allah SWT membahagi kan rezekinya, jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki tu ada dimana mana. Bukan terletak pada manusia, tapi Allah.

Share utk sebarkan manfaat.!