Search This Blog

Showing posts with label Danial. Show all posts
Showing posts with label Danial. Show all posts

ALHAMDULILLAH, KEPUTUSAN UPSR DAH KELUAR.


Ok semua dah tau result UPSR. Alhamdulillah walaupun Abang Ngah tak berapa sihat, tapi masih bersemangat nak ambil result kat sekolah. 


Tahniah! Dan syukur dengan apa jua result yang anak-anak kita dapat.

Masih jauh perjalanan dia orang. Kita masih boleh guide dan bantu naikkan semula semangat anak-anak. Walau apa pun result anak, kita kena terima. Bantu anak untuk dapat result lebih baik.

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru2 SKGS. Tahniah juga buat semua pelajar yang berjaya menduduki UPSR. Gunakanlah peluang yang ada seterusnya untuk belajar bersungguh-sungguh. Semoga terus cemerlang di dunia dan akhirat. 

KEPUTUSAN UPSR 2018


Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) termasuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 bagi murid tahun enam akan diumumkan ESOK. Calon-calon boleh mengambil keputusan tersebut di sekolah masing-masing bermula 10 pagi atau menggunakan perkhidmatan SMS tertera.

Esok dah result. Abang Ngah nyer demam plak. Mak nyer risau dah nie. Doakan yang baik2 eak kengkawan. 

SELAMAT HARI LAHIR ABANG NGAH

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-12 DIUCAPKAN KEPADA PUTERA KE-2 KAMI MUHAMMAD DANIAL FATHULLAH B. SHAHDAN


Selamat Hari Lahir Abang Ngah. Semoga sentiasa sihat n ceria selalu. Abang Ngah dah besar, kena jadi budak baik, dengar cakap ibubapa, jangan cepat marah, hormat orang tua, jangan degil. Belajar rajin-rajin biar jadi orang pandai. Yang paling penting Jangan Lupa Solat.

Sangat suka beriadah. Yeeaayyy UPSR & PSRA dah tamat. 

Semoga berjaya mencapai apa yang dihajati. Ibu sokong jer mana yang betul. 


Ya Allah, Kau terangilah hati anak-anakku dalam mendalami ilmu dunia dan akhirat.. Kau jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah, yang menjaga solat dan agamanya.. menjaga kebajikan kedua ibu bapanya.. menjaga kebajikan mereka yang memerlukan.. tidak sombong dan pandai menjaga diri.. Amin ...

SEMAKAN UJIAN KEMASUKKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Pelajar-pelajar Tahun 6 2018 telah pun selesai menduduki peperiksaan UPSR. Mana-mana pelajar yang berminat telah pun memohon Sekolah Berasrama Penuh (SBP). 

Sebagai salah satu syarat, satu ujian akan diadakan bagi mereka yang memohon. 

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) akan dilaksanakan kepada semua pelajar yang memohon sebagai salah satu syarat kemasukan ke sekolah berasrama penuh. Tahun 2018 nie UKSBP akan diadakan dalam tempoh 15 Oktober 2018 hingga 18 Oktober 2018. Tiada ujian ulangan akan dilaksanakan .  

Jom semak dimanakah murid-murid ini akan duduki peperiksaan UKSBP. Untuk semakan boleh ke SEMAKAN UKSBP


Sila pastikan maklumat ANGKA GILIRAN yang dimasukkan adalah seperti yang tercatat dalam Slip Pendaftaran UPSR 2018 


Maklumat berikut perlu dicetak dan dibawa bersama semasa menghadiri UKSBP. 

Doakan Untuk Abang Long & Abang Ngah


  
Assalamualaikum & Salam sejahtera semua. Seperti yang semua tahu mulai minggu depan dan minggu-minggu seterusnya akan berlansung peperiksaan-peperiksaan besar bagi pelajar-pelajar di Malaysia. Bermulalah UPSR, UPKK, PSRA, PT3, SPM,  STPM dan sebagainya. Abang Long akan menduduki PT3 manakala Abang Ngah akan menduduki UPSR & PSRA. Doakan kejayaan dunia akhirat mereka berdua dan juga semua pelajar yang lain. Semoga beroleh kejayaan cemerlang. Insyaallah. 

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, 

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

 Ikhlaskan hati anak-anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata-mata kerana Mu ya Allah. Semata-mata kerana Mu ya Allah. Semata-mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PSRA, PT3, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak-anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak-anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah,

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak-anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,

Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah.

Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.

Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

Ada Belaan Kat Rumah Aku


Eeeee. Ada belaan kat rumah aku. Geram betul lah. Mengganggu aku dan bebudak nih jer. Boleh mendatangkan perbalahan. Dah ler ada dua ketul plak tu. Haisshhh. Jom tengok sebaik aku sempat ambik gambar makhluk dua ketul ni. 

Ni lah belaan baru bebudak ni. 

Nak bagi nama apa? Ada 2 ketul, jantina x diketahui. 

Dari minggu lepas duk ratib ngan aku nak beli kura-kura. Sebelum  sebelum nih depa dah bela ikan. Banyak kali jugak lah beli. Tapi tak tahan lama, cepat mati. So, aku tak bagi dah bela ikan. Laa ni depa tuntut menatang lain plak. 

Last last semalam beli jugak lah dua ketul nih. Aku suh kongsi adik-beradik. Kalau gaduh aku buang dua ketul nih nanti. Gembira lah mereka semua. Kita tengok berapa lama plak tahan. 

Haisshhh... 

SUKAN TAHUNAN SKGS 2018

Kisah kelmarin... Sekolah bebudak nie ada sukan tahunan... Acara wajib buat semua sekolah... Dah agak2 dua minggu bebudak nie berlatih... Lari lah, lompat tinggi,  lompat jauh, kawad dan macam-macam lagi lah... Asal balik sekolah jer kepenatan... So,  semalam kira kemuncaknya lah...
Fatiha Rumah Ungu

Danial Rumah Merah

Awal pagi Danial dan Fatiha dah bangun bersiap-siap dengan baju rumah sukan masing-masing... Memula tu depa xmo sarapan... Tak sabar lah tu, teruja... Atas nasihat Mak Bawang nih haruslah makan jugak dia orang berdua tu... Sambil tu Fatiha request nak rendam kaki dalam air sejuk berais... Katanya, Cikgu cakap bagi kuat lari... Aku ikut kan aje... Dalam pukul 7.20pagi tu gerak lah mereka ke sekolah... 


Memandangkan sekolah dekat dengan rumah,  aku takde lah gerak awal macam depa... Dah dengar bunyi-bunyian meriah di padang baru lah aku gerak ke padang... Lebih kurang pukul 10.00pagi jugak lah... Masa aku sampai tu dia orang tengah senamrobik beramai-ramai, lepas tu persembahan silat... Macam-macam lagi lah... 

Tahun 4 Rumah Ungu 4 x 200

Danial dan Fatiha nie masuk acara olahraga 4 x 200 mewakili rumah masing-masing ... Makkk aiii jauh nyer nak lari, satu pusingan padang... Maka terpaksa lah menunggu lama kerana acara yang depa masuk berlansung agak lewat... 

Bersedia ditengah padang... Cuaca yang mencabar... Panas sangat... 

Fatiha pun dah get ready, muka dah cuak... 

Bersedia sebagai pelari kedua... 

Kesungguhan yang diberi akhirnya membuahkan hasil... Pengalaman yang cukup bermakna... 

Alhamdulillah... Usaha akhirnya membuahkan hasil... Danial dapat pingat gangsa 4 x 200... Fatiha boleh cuba lagi next year... Yang penting usaha dan pengalaman yang diperolehi amat bermakna... 


PROGRAM JALINAN MESRA TAHUN 6 2018

Alhamdulillah... Dapat menghadirkan diri dalam Program Jalinan Mesra Tahun 6 2018... Program ini diadakan oleh pihak sekolah untuk memberi maklumat awal mengenai mata pelajaran UPSR... Rase nyer ramai yang dah tahu pasal peperiksaan nih akan ditukarkan kepada PPSR... Takde perubahan yang mendadak cuma depa nak anak-anak nih bukan lah mengejar A semata-mata... Nak jugak anak-anak nih bersosial... Bukan maksud nyer terlibat dengan benda-benda yang tak berfaedah tu,  tapi bercampur gaul dengan rakan-rakan,  guru dan masyarakat... Program nih jugak dijalankan untuk menanamkan rasa tanggungjawab ibubapa untuk membantu bersama-sama guru bagi meningkatkan prestasi anak-anak nih... 

Program dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan guru besar... 
Ikrar pun dilafazkan... 
Harap2 istiqamah eak Abang Ngah... Lepas tu pelbagai penerangan daripada guru-guru... 


Barisan guru-guru tahun 6 2018

Selepas sesi berkenalan,  guru-guru membentangkan aktiviti-aktiviti yang telah dirangka untuk tahun 6... Taklimat Psikometrik,  Taklimat PAFA, Taklimat Format Kertas Peperiksaan... Gigih cikgu2 nak memastikan anak2 murid berjaya... 

Insyaallah dengan kerjasama semua pihak anak-anak, ibubapa dan cikgu-cikgu, pasti kejayaan cemerlang dicapai... 

SELAMAT HARI LAHIR ABANG NGAH

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-11 DIUCAPKAN KEPADA PUTERA KE-2 KAMI MUHAMMAD DANIAL FATHULLAH B. SHAHDAN


Selamat Hari Lahir Abang Ngah ... Semoga sentiasa sihat n ceria selalu. Abang Ngah dah besar, kena jadi budak baik, dengar cakap ibubapa, jangan cepat marah, hormat orang tua, jangan degil ... Belajar rajin-rajin biar jadi orang pandai... Tahun depan UPSR, kena usaha lebih gigih lagi ... Yang paling penting Jangan Lupa Solat ...

Danial  n Burung Unta ... Berani jugak dia ... Memula jer takut ...

Ke mana-mana pun mesti nak membaca jugak ... Suratkhabar pun jadi ...


Ya Allah, Kau terangilah hati anak-anakku dalam mendalami ilmu dunia dan akhirat.. Kau jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah, yang menjaga solat dan agamanya.. menjaga kebajikan kedua ibu bapanya.. menjaga kebajikan mereka yang memerlukan.. tidak sombong dan pandai menjaga diri.. Amin ...

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPKK 2017


Hai kengkawan ... Petang karang bermula lah Peperiksaan UPKK 2017 di seluruh negara ... So "MakCik" (tua nyer aku) mengambil kesempatan ini mengucapkan Semoga Berjaya Dengan Cemerlang  kepada semua pelajar-pelajar ...

Berikutan kes kecurian kertas soalan tempoh hari, nie aku letak jadual periksa yang baru ... Abaikan yang senget benget tu ...



Anak2 semua, sebelum korang nak gie peksa tu kenalah ...
1. Semak jadual 
2. Siapkan peralatan alat tulis
3. Tidur rehat secukupnya
4. Sebelum nak gie amek peksa tu jangan lupa minta restu ibubapa ....
5. Berdoa dan bertawakal
Kepada para Ibu atau bapa pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.


3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.



Insyaallah ... 
Allah tu kan Maha Mengasihani ...

Anak aku, Danial@Abang Ngah, anak sedara, Adib & Aliff akan menduduki peperiksaan nie petang kang... Semoga dilapangkan dada dan diterangkan hati untuk menjawab peperiksaan nanti ...

Good Luck !!!

Tarikh Peperiksaan Awam 2017

Image result for Peperiksaan

📚Berikut adalah senarai periksaan awam 2017 beserta tarikh nyer... Saje aku letak kat sini supaya senang aku nak rujuk... Semoga bermanfaat untuk kengkawan semua... 

🔖UPSR - 
*11 hingga 14 Sept & 18 Sept 2017*

🔖PSRA - 
*25 hingga 29 Sept 2017*

🔖UPKK (Thn 5) - 
*2 hingga 5 Okt 2017*

🔖PT3 - 
*Ujian Bertulis 9 hingga 12 Okt 2017*

🔖SPM - 
*6 Nov hingga 4 Dis 2017*

🔖STAM - 
*Pep bertulis 23 & 25 Okt, 
30-31 Okt & 1 Nov 2017*

Nampak nyer peperiksaan UPSR semakin hampir... Harap semua anak2 dah bersedia... Ibubapa sila beri kerjasama sepenuh nyer... Anak aku Abang Ngah akan mengambil peperiksaan UPKK tahun nie... Penting jugak kalau nak masuk sekolah agama @ tahfiz... Semoga diberikan kelapangan untuk menjawab nanti... 

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2016


Satu lagi entry tertangguh aku yang rajin sangat nie... Bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk... Sekadar untuk kenang-kenangan ... Dan sebagai pembakar semangat anak-anak untuk masa akan datang... 

Majlis dimulakan dengan persembahan oleh pelajar-pelajar prasekolah... Hebat dia orang nie... Kecik-kecik dah dapat buat persembahan atas pentas... 

Diikuti oleh persembahan angklung oleh pelajar-pelajar SKGS... Terpegun tengok persembahan bebudak nie... Bila masa lah dia orang nie berlatih... Pelbagai lagu dipersembahkan... 

Majlis pun bermula... Princess dapat hadiah... 

Banyak jugak hadiah tahun nie... 

Abang Ngah sedang menunggu giliran... Happy sungguh dia... 

Tu dia dapat hadiah dah... 

Alhamdulillah... Semoga terus istiqamah... Semoga teruskan usaha agar lebih berjaya... Jauh lagi perjalanan... 

Nie hadiah yang Abang Ngah dapat... 

Actually Abang Ngah dapat no.1 dalam kelas 4B... Next year masuk 5A... 

Nie plak hadiah yang Kakak dapat... Suka dia dapat kamus j-Qaf tu... Semoga digunakan dengan bermanfaat... 

Fatiha plak dapat markah terbaik subjek Bahasa Arab untuk Tahun 2... 

Alhamdulillah sekali lagi... Semoga prestasi dapat ditingkatkan lagi untuk tahun-tahun seterusnya... Terima kasih Cikgu2 SKGS... 




SELAMAT HARI LAHIR ABANG NGAH

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-10 DIUCAPKAN KEPADA PUTERA KE-2 KAMI MUHAMMAD DANIAL FATHULLAH B. SHAHDAN


Selamat Hari Lahir Abang Ngah ... Semoga sentiasa sihat n ceria selalu. Abang Ngah dah besar, kena jadi budak baik, dengar cakap ibubapa, jangan cepat marah, hormat orang tua, jangan degil .... Belajar rajin-rajin biar jadi orang pandai. Yang paling penting Jangan Lupa Solat ...


Berbasikal di Taman Tasik Titiwangsa ... Masih lagi manja ... Tapi dah ada sedikit keberanian ... 


Sangat2 suka membaca ... Banyak juga dah koleksi novel nyer ... Tak ralat kalau beli buku kat dia ... Boleh ulang baca balik ... 


Suka jugak aktiviti lasak macam nie ... Tapi rasa takut &_><%_ tu masih ada ...


Ya Allah, Kau terangilah hati anak-anakku dalam mendalami ilmu dunia & akhirat.. Kau jadikanlah mereka anak-anak yang soleh & solehah, yang menjaga solat dan agamanya.. menjaga kebajikan kedua ibu bapanya.. menjaga kebajikan mereka yang memerlukan.. tidak sombong dan pandai menjaga diri.. Amin ...