Search This Blog
BARANG BAIK, TUAN!
Terima Kasih Si Babi Hutan
Legasi Pejuang 2 - Arman Jazee
Ari tu aku ada cite pasal Pesta Buku kat kawasan rumah aku ... Meh baca cite nyer kat sini Misi Perabih Duit ... Haa lama dah cite nyer kan ... Nie ler baru sempat nak cite skit ...
Sinopsis
MUAZ tegar menempuh peperangan menentang CIA dan Israel demi Islam tercinta. Hidupnya bergelumang dengan darah dan peluru. Hanya ALLAH S.W.T menjadi pegangan agar dia tetap kuat demi fisabillilah. Setelah cedera parah ditembak musuh, Muaz dihanyut sehingga ke Jepun. Dia diselamatkan oleh seorang lelaki Jepun, namun dia hilang ingatan. Jejaknya tetap dihidu pihak musuh. Selagi bernyawa, dia tetap menjadi ancaman kepada mereka. Muaz bangkit dan kembali menentang kekejaman musuh sebaik ingatannya pulih. Orang yang selama ini dihormati dan dikagumi rupa-rupanya menyimpan dendam kesumat pada dirinya. Sheikh Mahdi rupa-rupa dalang di sebalik konspirasi kuasa dunia.
Novel nie sebenar nyer sambungan daripada novel sebelum nyer Legasi Pejuang... Yang nie pun aku ada beli jugak ...
Mari ler membaca ...
Sumber : Alaf21
Biar Jadi Kaktus - Iffa Zalia
Dah lama aku habis baca novel nih ... Cuma aku tak sempat nak cite kat blog jer ... Yang best nyer, aku tak beli novel nie ... Aku dapat hadiah daripada blogger yang baik hati sangat NaoMei @ Cik Akak ... Dia bagi hadiah novel nih coz aku jadi follower blog die yang ke-1000 ... For me novel nih biasa-biasa jer ... Santai ... Tak terlalu berat ...
**********
Sinopsis
Cinta Syakila dan Firdaus ibarat bintang-bintang yang bergemerlapan. Namun perjalanan hidup sebenarnya tidaklah seindah impian dan harapan. Dek tidak tahan menanggung penderitaan demi penderitaan, Syakila mencari keadilan dan kebenaran yang seakan-akan tersembunyi. Namun pencariannya terkandas bila dia diburu oleh Datin Habsah, seorang wanita korporat yang bersikap mata duitan. Tawaran satu juta Ringgit Malaysia daripada Dato'''''''''''''''' Tengku Amir membuatkan Datin Habsah ingin terus memburu gadis itu hingga ke lubang cacing.
Syakila ibarat kaktus yang teguh walaupun kemarau melanda. Dia meneruskan langkah dengan hati yang kental. Tika dirinya longlai, muncul Azlan yang berhati mulia. Lelaki budiman itu sering menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan. Pengorbanan setinggi gunung itu membuatkan Syakila dalam dilema. Dia tahu lelaki itu mencintainya sampai mati. Tetapi bagaimana pula dengan Firdaus? Lelaki itu nyawanya!
**********
Terima kasih daun keladi, Cik Akak ...
Lain kali bagi lagi, yer Cik Akak ...
Meh ler melawat blog Cik Akak yang serba purple ...
Dapat hadiah novel plak ...
Alhamdulillah, akhir nyer sampai jugak novel "Biar Jadi Kaktus" ... Jauh tu dari Sibu, Sarawak ... Posmen tu datang semalam ... Sebaik dia baik hati bagi novel nie, coz dia kata kalau ikutkan return sebab berat ... Aku sengih je lah ...
Novel nie aku dapat coz jadi follower ke 1000 Blog Madah Cinta Cik Akak ... Baik sungguh hati Cik Akak nie ... Novel tu aku x start baca lagi, kalau dah sudah nanti aku wat review ...
Cik Akak pon pos sekali kad ucapan bermadah ... Limited edition tau coz ada tandatangan Cik Akak ...
Kengkawan meh ler terjah blog Cik Akak nie ... Terima kasih Cik Akak sebab bagi hadiah tu ...
* Sorry eak gambar tunggang terbalik, nak betul kan tak reti, coz guna hp cikai jer ...
Diari Seorang Diplomat ...
Diari Seorang Diplomat - Hikmah Yang Tersirat ... Mengisahkan tentang seorang pegawai diplomatik yang ditugaskan di Islamabad, Pakistan negara bergolak yang dipenuhi dengan pembunuhan dan pengeboman ... Menceritakan tentang pengalamannya bersama-sama orang-orang Pakistan, makanan dan tempat-tempat yang dilawati ...
Namun agak terkejut sebab diakhir nyer baru tahu bahawa penulis telah meninggal dunia ... Usaha pembukuan telah diteruskan oleh isteri nyer Mawar Nafastari ... Semoga tabah menjalani liku-liku kehidupan ...
Ketakutan dan kebimbangan sudah tidak perlu difikirkan jika ingin hidup seperti orang normal di negara bergolak seperti ini. Hidup dalam ketakutan bagaikan tidak hidup. Kelansungan hidup memerlukan sedikit keberanian yang bijak. - Penulis
Sesungguhnya mati itu benar. Biar di bumi mana kita berada, hatta di bumi bergolak sekalipun, jika belum sampai ajal, kita akan terus hidup dan bernafas dengan izin-Nya ...
Sesungguhnya ajal itu rahsia, tempoh usia itu rahsia sehinggalah tiba saatnya. - Penerbit
Al-Fatihah buat arwah Penulis ...
Sebenarnya, Saya Isteri Dia Didramakan ...
Diadaptasi daripada novel popular, Sebenarnya Saya Isteri Dia. Drama nih akan ditayangkan di slot drama TV3 Zehra bermula 29 Mac ini setiap Jumaat jam 9 malam. Tak sabar lak rase nyer, coz aku ada novel nih n memang best pun ...
Karya Zura Asyfar ini adalah kisah perkahwinan paksarela demi menjaga maruah keluarga.
Drama nih akan dibarisi pelakon popular seperti Tiz Zaqyah (Syaf), Izzue Islam (Firash/Chad), Qi Qushairi (Haqimy), Uqasha Senrose (Rania), Azlee Khairi (Raimy), Fezrul Khan (Farish), Mustapha Kamal (Datuk Fakhrul),
Wilma (Datin Farizah), dan Marisa Yasmin (Aida).
Sebenarnya, Saya Isteri Dia ...
Meh ler tengok ramai2 ... Mana lagi best, drama ker novel eakk ...
Segalanya Mungkin - Nieya Jalies
Panggil Aku Kiah ...
Mata Tak Berhijab
Nauzubillah ... Menakutkan ...
Legasi Pejuang
Kesemua perompak mati ditembak polis kecuali ketua mereka. Muaz dijadikan tebusan. Dia dibawa ke sebuah tempat di Timur Tengah sebagai jaminan keselamatan.
Tiga tahun kemudian… Dari perang saudara di Somalia, konflik di Bosnia-Herzegovina hinggalah kepada peristiwa kebangkitan rakyat Palestin menentang kezaliman rejim Zionis, dia ada di situ membela mereka yang lemah. Bermulalah riwayat hidupnya yang baru.
Dia menjadi pejuang anti-Zionis selepas jatuh cinta dengan gerakan itu. Kerana kehebatannya menjadi mastermind pelan serangan, dia menjadi individu paling dikehendaki oleh agensi perisikan Israel, Mossad dan Amerika Syarikat, CIA. Mengapa dia sanggup menggadaikan nyawa? Mampukah dia bertahan...
Lafazkan Kalimah Cintamu
Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.
Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.
Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? Segalanya akan terjawab dalam novel setebal 816 mukasurat ini.
Sebenarnya, Saya Isteri Dia
______________________________________
Takdir Itu Milik Aku
***************
Anarkis
____
Sarjan Awai Gamung seorang penembak hendap Gerup Gerak Khas membiarkan dirinya dipenjarakan di wilayah Balkan. Tiada pengampunan atas dosa yang dilakukannya.
9 Nyawa
Aku baru jer habis baca cerita nih ... Novel nih ditulis oleh Ramlee Awang Murshid ... Cerita pasal INTAN SURYANI yang dah banyak kali koma, kemudian sedar semula ... Ini menyebabkan mamanya percaya bahawa dia ada 9 nyawa ... HAKIM yang buta dan yatim piatu menyara adiknya dgn penuh tanggungjawab ... Anugerah ALLAH, mata hati nya lebih celik, dia boleh mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati ... Mereka berdua bertemu di alam paranormal ... Sebuah kisah terbongkar ... Kejutan demi kejutan terungkai ...
"Mata hati tidak pernah berdusta"