Search This Blog

TAZKIRAH JUMAAT #56 | BERBUAT BAIK KEPADA WANITA


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يُؤْذِي جَارَهُ وَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا فَإِنَّهُنَّ خُلِقْنَ مِنْ ضِلَعٍ وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلَاهُ فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ فَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ خَيْرًا



Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan juga kepada hari akhirat, maka janganlah ia menyakiti tetangganya. Pergaulilah kaum wanita dengan baik, sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagian yang paling bengkok daripada tulang rusuk adalah bahagian paling atas. Jika kamu meluruskannya dengan (memaksa), niscaya kamu akan mematahkannya, namun jika kamu membiarkannya maka ia pun akan selalu dalam keadaan bengkok. Kerana itu pergaulilah wanita dengan penuh kebijakan." (HR Bukhari No: 4787)


Pengajaran:

1.  Orang yang beriman akan sentiasa berbuat baik dengan jiran tetangga.

2.  Lelaki yang beriman sama ada sebagai bapa, suami mahupun saudara lelaki perlu sentiasa bersifat RAHMAH dengan berbuat baik kepada wanita sama ada anak perempuan, isteri mahupun adik beradik perempuan.

3.  Tanggung jawab lelaki adalah membimbing isteri ataupun anak perempuannya dengan penuh kasih sayang.

4.  Lelaki perlu berbuat baik terhadap kaum wanita, tidak menzalami mereka dan memberikan hak-hak mereka.

5.  Wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki, untuk dijadikan pasangan dan pendamping yang mampu menjadikan lelaki lebih kuat dan hebat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah. 

6.  Peranan wanita sebagai penyempurna rumah tangga. Perempuan yang hebat, daripadanya lahir anak-anak yang hebat.


Semoga bermanfaat buat kita semua ...

3 comments: