Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan, bak irama dan lagu. Sejak sekian lama Safi banyak membantu wanita menjaga kecantikan kulit wajah. Banyak produk dikeluarkan sesuai dengan pelbagai peringkat umur.
Dalam usia yang semakin meningkat remaja nih, ehhh semakin senja nih, penjagaan kulit wajah amat penting. Korang-korang mesti mencari-cari produk sesuai dengan kulit korangkan. So hari nie nak cerita kat korang-korang yang merupakan pengguna setia produk Safi. Terkini, Safi akan mengeluarkan produk baru lagi iaitu SAFI YOUTH RADIANCE Anti Aging & Whitening Essence dan Serum Infused Moisturiser.
SAFI YOUTH RADIANCE Anti Aging & Whitening Essence
Cara nak guna pun senang jer. Cam biasa, sebelum korang jalankan apa-apa rawatan, kenalah pastikan kulit wajah kita bersih dahulu. Kemudian, tuangkan beberapa titis ke tapak tangan.Sapu dan ratakan produk ke seluruh muka. Urut secara perlahan dengan menggunakan hujung jari secara bulatan. Pastikan produk meresap sepenuhnya ke dalam kulit wajah. Produk nie membantu mencegah masalah penuaan dari dalam kulit, membaiki struktur kulit dengan mencerahkan kulit sekaligus
melambatkan proses penuaan. Nampak lah muda skit, tapi kena istiqamah ler. Jangan lah kejap pakai kejap tak.
SAFI YOUTH RADIANCE Serum Infused Moisturiser
Tuangkan beberapa titis serum ke tapak tangan.Sapu dan ratakan produk ke seluruh muka dan leher. Urut secara perlahan dengan menggunakan hujung jari secara bulatan sehingga menjadi titisan air. Pastikan produk meresap sepenuhnya ke dalam kulit wajah. Serum menyerap lebih mendalam untuk merawat dan melembapkan kulit dalam satu aplikasi. Gel krim bertukar menjadi butiran serum kristal saat diaplikasi memberikan kulit lembut, licin dan lembap.
Dengan Nano Gold 24K & diperhebat dengan manfaat nutrisi ekstrak Saffron, Beetox dan Lipo Vit-C. Dirumuskan untuk menjadi ringan, tidak melekit dan tidak berminyak untuk penyerapan cepat ke dalam kulit. Untuk hasil yang optimum, korang dinasihat menggunakan SAFI YOUTH RADIANCE ANTI-AGING & WHITENING ESSENCE bersama SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER.
Dah berusia nih kenalah usaha lebih skit sebagai ikhtiar tambahan. Suka sangat teksturnya yang mengandungi butiran emas dan mudah menyerap tidak terasa melekit pada kulit wajah. Cepat dan senang dengan Safi Youth Radiance. Nak dapatkan pun mudah sebab produk Safi biasa nya ada di mana-mana pasaraya. Beli online pun boleh kot sekarang nih. Walaupun saya surirumahtangga, kulit wajah juga harus dijaga. Pssst, harga mampu milik kengkawan.
SAFI YOUTH RADIANCE ANTI – AGING & WHITENING ESSENCE
Harga RM 55.90 ( 100ml )
SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER
Harga RM 55.90 ( 40g )
Maklumat Lanjut :
💻 SAFI : www.safi.com.my
#SafiYouthRadiance
#RadiateYouth
#safimalaysia
#rushmedia
#gengkotakhitam