Genjatan Senjata Di Tolak Malaysia!!
Baru tadi Sultan Sulu, Jamalul Kiram III mengumumkan bersetuju untuk "Letak Senjata". Namun dikhabarkan pihak Keselamatan Malaysia telah menolak "genjatan senjata" tersebut kerana Malaysia bukan berada dalam situasi berperang dengan penceroboh dari Sulu. Pasukan Keselamatan kita hanya mempertahankan kedaulatan Negara Malaysia!
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tawaran gencatan senjata pengganas Sulu tidak diterima kerajaan Malaysia kecuali semua mereka menyerah diri tanpa syarat.
"Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Demi kepentingan rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan," - Dalam tweet terbaru beliau!
Dalam pada itu, Berbagai pihak mendakwa bahawa gencatan senjata penceroboh tajaan Jamalulul Kiram III hanya helah dan tipu muslihat, kumpulan itu, untuk menyusun strategi menyerang balas pasukan keselamatan negara.
No comments:
Post a Comment