Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan, bak irama dan lagu. Sejak sekian lama Safi banyak membantu wanita menjaga kecantikan kulit wajah. Banyak produk dikeluarkan sesuai dengan pelbagai peringkat umur.
So hari nie nak cerita kat korang-korang yang merupakan pengguna setia produk Safi. Tak lama lagi Safi akan mengeluarkan produk baru mereka iaitu Safi Expert Solution.
- Renewal Hydra Complex
- Supreme Anti-Sports Complex
Dengan hanya 2 langkah mudah dapat mengurangkan kesan parut dan pigmentasi. Korang disarankan memakai produk nie pada waktu pagi dan malam. Sebelum tu kena pastikan kulit wajah adalah bersih. Macam saya lepas mandi pagi tu saya akan pakai sekali dan sebelum tidur malam saya akan pakai lagi sekali. Nak pakai pun senang sebab corong penitis tu disediakan sekali. Tak payah susah susah nak cari lain.
Memula korang titis ler secukup nyer ampoule botol 1 tu ke atas tapak tangan. Seterusnyer korang tepek-tepak kan ke atas kulit wajah sehingga ia menyerap sepenuhnya dan langkah seterusnya boleh dilakukan. Titiskan secukupnya ampoule botol ke 2 ke telapak tangan. Seterusnya sapukan ke wajah secara urutan menaik ke atas.
Produk nih telah dibuktikan secara klinikal dapat mengurangkan kesan bintik-bintik hitam dalam masa hanya 2 minggu. Ia dirumuskan dengan bahan aktif yang sangat berkhasiat menggunakan DN Age Technology.
Kombinasi yang hebat ini akan menembusi dengan cepat ke lapisan kulit basal untuk memerangi bintik hitam, membekalkan kelembapan pada kulit wajah dan menggalakkan pembaharuan kulit.
Bio Skin Moisturiser dirumuskan dengan peptida amino untuk meningkatkan ketumpatan serat kulit dan melicinkan kedutan.
Asid Amino didalam pelembap adalah menggunakan Liquid Crystal Technology yang berfungsi untuk meningkatkan penghidratan, menguatkan kulit dan mengurangkan kehilangan air pada kulit. Hasilnya kulit akan lebih sihat dan berseri.
Dengan cuaca yang melampau panas sekarang nih penggunaan pelembap amat penting bagi saya. Walaupun saya adalah seorang surirumah, saya juga terlibat dengan aktiviti luar seperti menyapu sampah, menyudai kain, buang sampah, ambil dan hantar anak ke sekolah, ke kedai dan macam-macam lagi lah.
Pendedahan kepada cahaya matahari untuk tempoh masa yang panjang akan merosakkan kulit. So, dengan memakai Bio Skin Moisturiser akan memberikan perlindungan kepada kulit wajah saya. Pelembap ini dapat menapis lebih daripada 90% sinar uv, radikal bebas dan bahan cemar.
Cara nak pakai pun senang jer. Sapukan secara merata ke kulit wajah dan leher yang baru dibersihkan. Urut perlahan-lahan dalam gerakan membulat sehingga pelembap menyerap sepenuhnya ke dalam kulit. Tadaaa, sedia untuk beraktiviti tanpa risau akan kerosakan kulit wajah.
Best pakai produk SAFI EXPERT SOLUTION. Ampoule tu wangi jer. Pasti pigmentasi pada wajah korang akan berkurangan. Pelembap nya plak tak berminyak. Sangat selesa dan mudah untuk dipakai bagi melembapkan kulit wajah dan menghilangkan nada kulit yang tidak sekata. Setakat nie kedutan masih blom hilang, hahaha susah kot maklum ler kulit dah 40an 😢😢😢. Insyaallah dengan pemakaian yang berterusan kulit wajah akan lebih sihat, lembap, anjal dan berseri.
Info selanjutnya : http://www.safi.com.my
#safiexpertsolution
#safimalaysia
suka bau yg no 2 tu... bagus pakaisafi expert ni.. kesan akan lebih jelas kalau pakai dalam 2minggu..
ReplyDeleteWah...bertambah cantiklah awak dgn wajah glowing gitu...kak pun nk cubalah..love sgt kat so SAFI no..
ReplyDeleteProduk yang diyakini
ReplyDeletePastikan suci ya
ReplyDeleteIngat zaman sekolah dulu guna Safi warna warna biru.
ReplyDeleteMyra | The Grey Lines Between
Packaging Safi expert solution ini lebih exclusive and menarik..
ReplyDeleteLZ pengguna Safi juga dan alhamdulillah puas hati..
SAYA ADA MASALAH JERAGAT SO SET SAFI MANA YG LEBIH SESUAI?
ReplyDelete