SUKAN TAHUNAN SKGS 2018
Kisah kelmarin... Sekolah bebudak nie ada sukan tahunan... Acara wajib buat semua sekolah... Dah agak2 dua minggu bebudak nie berlatih... Lari lah, lompat tinggi, lompat jauh, kawad dan macam-macam lagi lah... Asal balik sekolah jer kepenatan... So, semalam kira kemuncaknya lah...
Awal pagi Danial dan Fatiha dah bangun bersiap-siap dengan baju rumah sukan masing-masing... Memula tu depa xmo sarapan... Tak sabar lah tu, teruja... Atas nasihat Mak Bawang nih haruslah makan jugak dia orang berdua tu... Sambil tu Fatiha request nak rendam kaki dalam air sejuk berais... Katanya, Cikgu cakap bagi kuat lari... Aku ikut kan aje... Dalam pukul 7.20pagi tu gerak lah mereka ke sekolah...
Memandangkan sekolah dekat dengan rumah, aku takde lah gerak awal macam depa... Dah dengar bunyi-bunyian meriah di padang baru lah aku gerak ke padang... Lebih kurang pukul 10.00pagi jugak lah... Masa aku sampai tu dia orang tengah senamrobik beramai-ramai, lepas tu persembahan silat... Macam-macam lagi lah...
Tahun 4 Rumah Ungu 4 x 200
Danial dan Fatiha nie masuk acara olahraga 4 x 200 mewakili rumah masing-masing ... Makkk aiii jauh nyer nak lari, satu pusingan padang... Maka terpaksa lah menunggu lama kerana acara yang depa masuk berlansung agak lewat...
Bersedia ditengah padang... Cuaca yang mencabar... Panas sangat...
Fatiha pun dah get ready, muka dah cuak...
Bersedia sebagai pelari kedua...
JANNA DAH BELAJAR BAWAK KERETA
Kisah siang tadi... Bengkel BigBoss biasanyer bukak lepas Jumaat... So pagi pi sarapan kat luar sat... Mana yang tinggal lah, yang lain pie sekolah dah... Alhamdulillah, kenyang sat...
Lepas tu BigBoss ada hal... Nak hantar barang kat kawan dia kat Cheras... Kami pun ikut jugak... Lepas sarapan tu terus jer gie...
Dalam perjalanan yang banyak kereta tu, depa berdua tu tido... Syok sungguh depa, kami berdua terpaksa layan jem...
Sampai di Cheras depa dah segar bugar... BigBoss terus menjalankan tugas... Aku ngan bebudak stay jer dalam kete... Malas nak keluar kang bebudak merayap susah nak kawal...
Sambil tunggu BigBoss buat keje, maka aku memulakan sesi belajar bawak keta kat Janna... Alhamdulillah, selesai satu sesi Janna dah pandai pegang stereng... Tengok lah gambar-gambar kat atas tu... Betapa bangga nyer Janna... Tersenyum riang dan gembira dapat pegang stereng...
#jannaiman
TAZKIRAH JUMAAT #76 | YANG AKU TAKUT
Assalamualaikum kengkawan semua... Maaf lama dah tak memberi input dalam Tazkirah Jumaat... So hari nie saya nak mengajak kengkawan semua mengingat balik apa yang kita hampir lupa... Sekadar peringatan semula, semoga bermanfaat buat kita semua...
*1 0 Y A N G A K U T A K U T*
1. Yang aku takut : Hatiku kian mengeras dan sulit menerima nasihat, namun sangat pandai menasihati.
2. Yang aku takut : Aku merasa aku paling benar, sehingga merendahkan kebenaran yang lain.
3. Yang aku takut : Egoku terlalu tinggi, hingga merasa aku paling baik di antara yang lain.
4. Yang aku takut : Aku lupa cermin diri sendiri, namun sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.
5. Yang aku takut : Ilmuku akan membuatku menjadi sombong, memandang rendah dan membeza-beza dengan yang lain.
6. Yang aku takut : Lidahku makin lincah membicarakan aib saudaraku, namun lupa dengan aib sendiri yang menggunung.
7. Yang aku takut : Aku hanya hebat dalam berkata, namun buruk dalam bertindak.
8. Yang aku takut : Aku hanya pintar dalam berdakwah, namun sulit untuk mentaatinya.
9. Yang aku takut : Aku hanya cerdas dalam mengkritik, namun lemah dalam memperbetulkan diri sendiri.
10. Yang aku takut : Aku membenci dosa orang lain. Namun saat aku sendiri buat dosa, aku enggan membencinya.
*Renung-renungkan bersama*
*Maaf ... Kebanyakan entry ilmiah agama saya perolehi dari pelbagai sumber... Rasa nak simpan dan nak kongsi dengan kawan-kawan... Kebanyakkan nyer dari group wasap yang tidak diketahui penulis nya... Saya jarang menulis entry ilmiah agama kerana saya rasa saya tak layak menulis dalam bidang tu ... Saya tak mahir dalam bidang tu... Maaf ... Semoga bermanfaat buat kita semua ...
Segmen Bloglist Blog #CeritaMak
Jom kengkawan ... Sape-sape yang belom join, meh ler meramaikan dan memeriahkan suasana ... Klik banner kat atas jika berminat untuk turut serta ...
Tarikh Tamat :
30 April 2018
Hadiah :
Bloglist Mei 2018
Jangan lupa singgah jalan-jalan kat Kisah Hidup Ku & Join segmen kat Jom Bercontest ...
Untuk daftar SUSTAGEN SUPERMOM MONTHLY GIVEAWAY
Yang nie plak untuk ulat2 buku... Banyak buku2 menarik + murah kat sini... Sila skodeng...
CPUV MARCH 2018
CPUV NUFFNANG #139 | PERODUA
Kisah bulan lepas jugak ... Seperti bulan bulan sebelumnya #nuffnang meneruskan sifat kedekut nyer... Satu jer kempen dapat bulan lepas... Aku saje jer tunggu habis bulan tiga nak buat post cpuv nih... Manalah tau kot-kot dapat lagi kempen lain... Sekali tak de... Hmmm... Kalau dulu berderet-deret dapat...
Kengkawan kalau ada terserempak iklan menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik... Untuk mereka yang berminat jer tau... Tiada paksaan, tak mo pun xpe lah... Sob... Sob... Sob...
Terima kasih #nuffnang
#perodua
#kisahhidupku #jombercontest
Terima kasih kengkawan ...
Alhamdulillah ... Jangan lupa singgah jalan-jalan kat Kisah Hidup Ku & Join segmen kat Jom Bercontest ...
Untuk daftar SUSTAGEN SUPERMOM MONTHLY GIVEAWAY
Yang nie plak untuk ulat2 buku... Banyak buku2 menarik + murah kat sini... Sila skodeng...
9 MEI 2018 CUTI UMUM
Semalam kecoh satu Malaysia berkenaan penetapan tarikh pilihanraya akan datang pada 9 Mei 2018 bersamaan dengan hari Rabu... Ramai yang agak kurang senang kerana bukan pada hujung minggu... Mereka yang jauh diperantauan perlu pulang ke kampung halaman untuk menunaikan tanggungjawab... Agak terkejar-kejar di situ...
Akhirnya hari nie telah diisytihar bahawa hari mengundi 9 Mei 2018 adalah Hari Kelepasan Am Tambahan seluruh negara... Cuti umum... Alhamdulillah... Ada sedikit kelonggaran di situ... Walaupun ia tidak memberi apa-apa kesan pun pada aku...
Happy Anniversary Mak & Abah
Alhamdulillah... Semalam genap 46 tahun usia perkahwinan MakAbah... Kami adik-beradik berkesempatan meraikan mereka berdua... Aku ngan Along jer yang ada... Yang lain memasing ada hal... Yang meramaikan adalah anak-anak kami...
Alhamdulillah... Selamat Ulangtahun Perkahwinan... Dah 46 tahun ... Semoga sentiasa dibawah rahmat Ilahi
Bersama sebahagian daripada cucu...
Semoga MakAbah dikurniakan kesihatan yang baik...
Laksa
Baked Pasta... Laku keras...
Alhamdulillah...
#happyanniversary
#bersamaselamanya
@ Jalan Madrasah, Gombak Setia, Kuala Lumpur
Kisah Anak Jiran
Ok... Hari nie aku nak cite pasal anak jiran aku... Budak nie selalu ler datang kawasan rumah aku... Selalu lah main ngan anak-anak aku... Aku tak de lah kisah sangat... Aku lagi suka coz anak aku tak yah gie tpat lain bila nak main ngan kawan-kawan...
Budak nih sekolah depan rumah aku nih... So tadi dia sekolah petang habis pukul 6.30petang... Balik sendiri lah sebab dekat sangat kan... Petang tadi dia balik sekolah, rumah dia takde orang, berkunci lah... So, dia tak leh masuk rumah... Budak nie datang lah main kat rumah aku kejap... Sambil nak tunggu MakAyah dia balik...
Aku yang tak mesra alam sangat nih takde plak contact number MakAyah dia... Nak dijadikan cerita sampai sekarang MakAyah dia tak balik-balik lagi... Aku pun tak pasti sebab apa... Saat ketika aku menulis nih tak nampak bayang sapa pun...
Korang rase???
PARLIMEN BUBAR 7 APRIL 2018
Akhirnya tadi PM Najib Razak telah mengumumkan tarikh pembubaran... Masing-masing memang tertunggu-tunggu sejak bulan lepas lagi... Menunggu pengumuman pembubaran parlimen macam menunggu pengumuman raya plak... Hahaha...
Aku memang agak excited sebab pada sesi lepas aku tak mengundi... Hah kenapa aku tak mengundi plak? Hanya orang tertentu jer yang tahu... Masa tu aku tengah berjuang... Antara hidup dan mati kata orang... So, tadi memang menunggu pengumuman sejak pukul 11.45pagi lagi...
Akhirnya Najib Razak telah mengumumkan Pembubaran Parlimen mulai esok, Sabtu, 7 April 2018 ... Maka akan bermulalah kempen sana-sini, penamaan calon dan lobi-melobi... Harap-harap BERSIH kali ini...
GC2018 | KILAUAN EMAS PERTAMA
Sumber : @bharianmy @TeamMsia
Pingat Emas pertama untuk Malaysia berjaya diperolehi oleh atlet angkat berat kita, Azroy Hazal Wafie! Dia berjaya mencatat jumlah angkatan 261kg bagi acara 56kg lelaki.
Cayalah! Satu semangat utk kontinjen negara kita! Syabas, Azroy! Anda hebat... Diharap ini akan memberikan semangat yang lebih kepada peserta-peserta negara yang lain...
Azroy juga berjaya memecahkan rekod kejohanan mengatasi rekod yang dilakukan oleh atlet angkat berat negara, Amirul Hamizan Ibrahim dengan jumlah angkatan 260kg di Sukan Komanwel Manchester, 2002.
#KamiTeamMalaysia
#GC2018