SINDIKET PENIPU "SITA HARTA"


Saya dapat cerita nih daripada kengkawan dalam group wasap... Lepas baca kisah nih rase nak share ngan keluarga dan kengkawan semua... Hati-hati semua agar tidak terkena...

**********

Pagi ni (Khamis 15 Jun 2017) sekitar jam 10pagi, di kala tengah sibuk buat kerja, saya terima call drpd seorang perempuan yg memperkenalkan dirinya sbg "Shira" dari "IPD Ampang Jaya". Dia sebut nama isteri saya dan tanya sama ada kenal atau tidak. Dia juga bertanya tentang alamat (rumah mertua saya). Saya pun mengaku la itu isteri saya dan tanya dia kenapa. Lepas tu dia cakap dia ada waran nak sita harta. Saya pun tanya sebab apa nak kena sita harta. Dia cakap tak pasti dan suruh saya call tel no: 011-37620507 & bercakap directly dgn "Pn. Zainab". Bila saya tanya apa nama Legal Firm, dia dgn terkial2 nak bagitau nama Legal Firm. Lokasi firm tu dekat Kompleks Mahkamah Jalan Duta, dia cakap. Dipendekkan cerita, saya pun GOOGLE nama Legal Firm tersebut tapi tak jumpa. Saya terus call Mahkamah Jalan Duta (tel no:03-62094000) untuk buat pengesahan. Namun pegawai tersebut menegaskan bahawa "tak ada satu pun Legal Firm buka ofis dekat dalam mahkamah. Semuanya dekat luar. Itu scam, encik." Bila dengar jawapan tu, saya pun buat tak kisah la lagi dengan "Legal Firm" tu.

Namun, sekitar jam 12:30tghari, saya terima call drpd no hp yang lain pula. Kali ni, seorang lelaki yang call & memperkenalkan diri dia "ASP Kamal b. Kamarudin" drpd "IPK Selangor" (Shah Alam). Suara lelaki ni tegas ala2 polis dekat pulapol & kaedah dia pun sama juga macam "Shira" tadi. So, saya pun counter back dgn cara yg sama. Sebab apa nak kena sita & apa nama Legal Firm. Bila tanya lokasi Legal Firm, ASP tu naik angin & dengan kasar cakap dia tak tahu. Kali ni dia suruh call "Tn. Hj. Musa" di tel no: 03-27278679 utk info lanjut. Saya siap mintak "No Anggota" & dia bagi no: G874301 dgn penuh confident. Dipendekkan cerita, saya terus call IPK Selangor (03-5514522) utk buat semakan & pengesahan. Saya dimaklumkan "No Anggota" tersebut tak wujud & tiada pegawai polis bernama "Kamal b. Kamarudin" di IPK Selangor. Itu semua tipu, pegawai tu cakap.

So, lepas ambik anak dekat sekolah pd sebelah petang, saya terus pergi Balai Polis Gita' utk buat laporan polis sebab bimbangkan keselamatan ahli keluarga. Belum sempat saya bagitau tujuan nak buat report, polis tu terus cakap "Encik nak report pasal terima panggilan nak kena sita harta ker?" Ya Allah, rupa2nya dah ada dah yg terkena sebelum ni. Sindiket ni akan ugut kita supaya kita bayar mereka certain amount utk "settle tepi".

I share because I care & tak nak ada orang yg kena tipu oleh sindiket ni. Pls make sure buat semakan & pengesahan dahulu dgn "pihak yg berautoriti" kalau terima call mcm ni in future.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sekian, terima kasih. Wallahu'alam..

Yang benar,
AZIZ ELIAS
Khamis, 15 Jun 2017
20 Ramadan, 1438H

********************

Semoga bermanfaat buat semua...
Hati-hati di mana jua anda berada... 

2 comments:

  1. Haihh, macam-macam cara orang nak tipu kan.. Ya Allah, rasa mcam risau pulak..

    ReplyDelete