NASI GORENG KAMPUNG

Hi kengkawan buat ape petang2 nie? Tak lama lagi dah nak masuk bulan puasa... Maka ramai ler yang akan selongkar segala macam resepi... Meh saya kongsi resepi nasi goreng paling senang... Memang ler cepat siap... Janji bahan dah ada... Yang bujang pun boleh cuba jugak...


Bahan-bahan:

- 2 sudu besar ikan bilis
- 6 biji cili padi
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- Dada ayam
- ½ ikat kangkung
- 1 sudu garam
- Nasi
- 3 sudu besar ikan bilis goreng

Cara-cara:

1. Blend ikan bilis, cili padi, bawang putih dan bawang besar.
2. Tumis hingga wangi.
3. Masukkan dada ayam dan kacau hingga masak.
4. Masukkan kangkung dan kacau hingga masak.
5. Masukkan garam dan kacau.
6. Masukkan nasi dan gaul hingga rata.
7. Masukkan ikan bilis goreng dan gaul.
8. Siap untuk dihidang.

Inilah Cara Paling Senang Untuk Masak Nasi Goreng Kampung Yang Tersangat Sedap... 10 minit dah siap!


4 comments:

  1. Terima kasih share resepi ni nasi goreng kampung.. boleh cuba nanti.. ena lagi suka kalau tabur ikan bilis goreng bnyk2.. nyummyyy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak biasa goreng ikan bilis tu banyak2 lepas tu simpan dalam bekas kedap... Lagi cepat... Senang nak guna di masa kecemasan... Tapi biasa tak dapat simpan lama mana pun, bebudak nih suka makan, macam keropok plak depa buat...

      Delete
  2. Sha suka nasi goreng kampung.. pedas sikit pastu dengan telur mata kerbau.. Pergh!!

    ReplyDelete