Alhamdulillah... Semalam telah berjaya menyelesaikan misi makan-makan group SMBK... Misi utama adalah meraikan kepulangan sepupu Farrah Azwanee Amin yang dah setahun belajar di perantauan ... Juga meraikan pokcik Norzam Ujud yang kembali bertugas di Semenanjung Malaysia setelah bertahun-tahun bertugas di Sabah/Sarawak ...
Kami memilih untuk menjamu selera di Hot Pot King, Steamboat & Grill ... Sebenarnya ada 3 cawangan iaitu di Seksyen 16, Shah Alam, Prima Sri Gombak, Batu Caves dan yang terbaru kat Jalan Kuching ... Hasil undian ahli group kami memilih Cawangan Batu Caves... Kalau korang nak menikmati steamboat dan grill tanpa had (unlimited) dengan kadar bayaran yang berpatutan boleh ler ke HOT POT KING ... Banyak hidangan disediakan secara buffet ... Seafoods/veges/meatballzzz/marinated ayam ikan lembu kambing/fruit/ice cream/drinks/noddles/sauces ... Macam-macam ado... Makan sampai lebam... Bontuih kata orang nogori...
Rata-rata ahli group berpuas hati ... Proses memenuhkan perut masing-masing memakan masa hampir 2jam... Cuma yang aku ralat skit masa kami sampai tu tak de pun meja yang telah disediakan untuk kami ... Sedangkan kakak aku dah buat booking hari sebelum nyer ... Kira buang masa jer lah dan membazir duit telefon kot... Dah ler kami ramai dalam 25 orang... Mana plak kami nak tuju... Bertebaran dalam kedai... Sebaik Tuan Kedai cepat mengambil tindakan... Tu jer lah yang tak puas hati... Tapi aku relax jer, bersangka baik sebab masa tu hujan tengah lebat...
Harga : Dewasa : RM28. 90 Kanak2 (5-11 tahun) : RM14.45 Kanak2 (4 tahun ke bawah) : Free So, kalau berminat, jom ler ...
HOT POT KING, STEAMBOAT & GRILL
☎️For reservation: 012-5583440 | 0125696325 🍴 No 1: Alam Aveneu 2, Shah Alam No 2 : Prima Sri Gombak, Batu Caves No 3 : Boulevard Business Park, Jalan Kuching Facebook Instagram
Saya dapat video nie daripada group wasup ... Comel sangat ... Isi pun mantap ... Saya kongsikan kat sini agar semua mendapat manfaat ...
Kami mengalu-alukan ibu-bapa dan guru-guru untuk berkongsi video ini dengan anak-anak serta murid-murid agar mereka tahu batasan tubuh badan mereka yang boleh dan tidak boleh disentuh oleh orang lain. Video ini juga menerangkan langkah-langkah yang patut diambil oleh anak-anak sekiranya hak mereka dicabuli. Video yang diilhamkan oleh team MAP ini sangat menarik dan mudah untuk difahami oleh kanak-kanak seawal umur 4 tahun.
Kami juga menggesa kepada para ibu khususnya untuk tidak mengambil ringan sekiranya anak anda ada mengadu atau bercerita tentang perkara yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap mereka. Jangan biarkan sehingga terlambat! Selamatkan anak-anak kita. Mereka merupakan tanggungjawab dan amanah buat kita.
Alhamdulillah ... Akhir nyer berjaya jugak aku mendapatkan minyak yang tengah top sekarang nie ... Tentulah aku excited nak guna ... Dalam family aku nie ada dua orang yang pernah kena semput ... BigBoss aku dan anak aku yang nombor dua ... Tapi anak aku dah lama sangat tak kena ... Sekarang nie BigBoss ler yang selalu guna ... BigBoss memang pengguna inhaller ... Selang beberapa hari mesti kena serangan ... So, minyak nie memang habis guna untuk BigBoss jer ... Nampak nyer BigBoss dah berkenan ... Dengan menggunakan beberapa kali dapat melambatkan serangan semput ... Minyak nyer plak tak meninggalkan rasa melekit ... Bau pun nyaman jer ... Aku pun suka ... Memang aku galakkan kengkawan yang ada ahli keluarga yang ada penyakit asma@semput@lelah menyimpan minyak nie kat rumah ... Bawak ke mana pergi ... Boleh guna semasa kecemasan ... Untuk selsema dan batuk pun ok jugak ...
Jom kenali lebih dekat MHAM nie ...
Minyak Herba Asma Mujarab ialah minyak herba yang mampu mengatasi
masalah Asma,lelah atau semput,berkahak,batuk dan lain-lain berkenaan.
Herba ini 100% selamat tanpa kesan sampingan
KELEBIHAN MINYAK HERBA ASMA MUJARAB
Mencairkan kahak yang terperangkap yang menyebabkab lelah.
Mengeluarkan kahak yang mengganggu sistem pernafasan.
Tebuk lubang pada minyak supaya senang digunakan dan jimat
dengan saiz tebukan yang sederhana.
Goncangkan sebelum guna.
Sapukan dari leher ke dada dan tengkuk ke belakang. Juga boleh
sapu pada tapak kaki.
Sapukan sekerap yang boleh terutamanya selepas mandi. Jika kurang
perubahan sapukan dengan lebih kerap,insyaallah dengan hanya
satu botol anda mampu merasai perubahannya.
Buat permulaan,jika asma teruk,sapu sekerap yang mungkin
dengan konsisten.
JANGAN TERPEDAYA
Hmmm ... Laaa nie banyak orang nak kaya cepat ... MAHM tengah top, maka harus lah ada yang nak ambil kesempatan ... So kengkawan yang mencari MAHM perlu lebih berhati-hati ... Pastikan korang beli yang original ... Meh nak cite skit ...
Mereka penjual Minyak Asmak ini telah menipu ramai pelanggan dengan mengatakan Minyak Herba Asma Mujarab ini telah menukar label. Padahal kami tidak pernah menukar label baru seperti ini sama sekali. Jangan mudah tertipu dengan tektik jahat mereka untuk mencari duit secara haram disisi agama islam.
Pembuat produk Minyak Herba Asma palsu juga berani menggunakan Meditag KKM palsu semata-mata untuk mengaburi mata pelanggan.
Juga salah satu produk tiruan yang cuba mengambil kesempatan di atas minyak herba asma yang asli. Kami tidak pernah keluarkan versi “PATI HERBA ASMA”. Sila berhati-hati.
Pada peringkat awal, 200 ribu hologram berjaya ditampal di botol Minyak Herba Asma Mujarab yang original dari PAK CIK ini. Dan telah habis dipasarkan dalam masa satu bulan.
Tapi anda masih perlu berhati-hati, kerana tidak mutashil mereka yang tidak bertanggungjawab ini akan membuat hologram seakan-akan sama seperti ini juga. Dari peringkat ke peringkat mereka cuba meniru Produk Minyak Herba Asma Mujarab.
DAPATKAN YANG ORIGINAL@ASLI
Minyak Herba Asma Mujarab ini TIDAK PERNAH TUKAR LABEL lain dan diproses melalui Kilang bertaraf GMP. Kerana ramuan rahsianya adalah warisan turun temurun daripada seorang Pak Cik tua di sebuah kampung. Ia diproses secara “HOMEMADE” sejak 40 tahun lagi.
Minyak Herba Asma Mujarab ini didaftarkan di bawah syarikat Enterprise (SSM) yang sudah lima tahun beroprasi di online dan offline. Pihak Minyak Herba Asma Mujarab Original ini tidak pernah sama sekali di daftar di bawah syarikat Minyak Herba Asma Mujarab SDN. BHD.
Anda boleh Scan QR Code ini dengan menggunakan Smartphone dan setiap produk yang di scan akan mempunyai nombor siri berbeza di dalam sistem website kami.
Hologram beserta sistem QR Code ini sudah dilekatkan dan sudah dipasarkan dari peringkat ke peringkat. Pastikan yang Original baru beli.
TESTIMONI
Testimoni aku dah ada kat atas tu ... Jom skodeng plak testimoni pengguna yang lain ... Semoga bermanfaat ...
Haaaa ... Dah penat baca ? Rugi kalau korang tak dapat kan Minyak Herba Asma Mujarab nie ... Sebotol hanya RM39 ... Harga mampu milik untuk semua ...
Untuk maklumat lebih lanjut sila layari laman tertera di bawah ...
Mendapat cerita Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru terbakar ... Kebakaran bermula dari wad kecemasan ... Melarat ke wad bersalin ... Ya Allah kesian nyer dia orang ... Mesti kalut pekerja dan pesakit ... Orang tua, kanak-kanak@bayi, orang bersalin ...
Kabar mendukacitakan diterima ... Ada kematian ... Sekarang nie dah ada 6 kematian, 4 perempuan & 2 lelaki ... Kita sama-sama doakan yang terbaik ... Semoga dipermudahkan urusan dia orang kat sana ... Maklumat lengkap dan sahih kita tunggu berita ...
Alhamdulillah ... Dapat kempen lagi ... Kali daripada Dreamland Chiro Solutions ... Ape ker mende nya pun ntah ... Gigih ler aku skodeng sana sini ... Last-last jumpa jugak ...
Kalau dah Dreamland tu, kompem ler pasal tilam kan ... Tilam kat Dreamland nie terbahagi kepada tiga jenis ...
Perrggghhh ... Kalau aku dapat tilam nie kan, mesti nyenyak tido malam tanpa gangguan ...
So chiro solutions nie termasuk bawah kategori tilam care ... Yang mana mementingkan tidor yang sihat untuk seisi keluarga ... Sambil-sambil mendapat tidor yang berkualiti sambil-sambil meluruskan tulang belakang ... Maklum ler siangkan dah penat bekerja ...
Ada 3 jenis ...
Nak tau lebih lanjut klik ler banner #dreamland kat atas tu ...
Alangkah best nyer kalau #dreamland sponsor tilam untuk family aku ... Baru boleh nak wat review betul-betul ... #dreamland ooo #dreamland dengar tak nie ... Hahaha ...
Kengkawan kalau ada jumpa iklan Dreamland menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... Sob ... Sob ... Sob ...
Ketika kita dihulurkan cinta oleh Allah swt berupa cinta kasih sayang berbentuk ujian, samada sakit, kekurangan harta, susah dan lain-lain, kita mula merasa resah, hati kita cepat gelisah, cepat melatah dengan emosi kita yang tak menentu, ditambah dengan syaitan yang cuba merasuk dan mempengaruhi jiwa kita ... Tanpa sedar, kita mula mengeluh, merungut, menyesal dan lain-lain ...
Sebenarnya apa yang kita zahirkan ? Kita sedang menolak cinta dari Sang kekasih, kita sedang menepis hadiah yang Allah hulurkan kepada kita ... Kita mungkin terlupa ... Padahal kita pernah diuji dengan kepayahan suatu ketika dahulu, kita merayu dan mengadu, akhirnya Allah melepaskan kita dari kesusahan tersebut ... Maka yakinilah bahawa kali ini juga begitu, keresahan itu tidak lama, bukankah matahari akan bersinar terang selepas malam pergi, bukankah pelangi akan datang selepas hujan panas ...
Ketika gusar mencengkam ke jiwa,kita mula mencari manusia, kita berbicara mendesak hati agar segera mencari manusia untuk mendengar resah dijiwa kita, kita mencari perhatian manusia ... Sedang Allah, yang tulus menghadiahkan cinta sedang setia menunggu kita, untuk datang mengadu padaNya ... Bukankah Allah Ya Maha Mendengar, Maha Melihat ... Allah juga Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ...
Ketika si ibu, melihat si anak kecil yang masih mentah leka bermain diterik mentari ... Si ibu memanggil anak kembali ... Kasihnya seorang ibu kepada anak, risau kalau si anak demam dan sebagainya ... Begitulah dengan Allah, malah sifat Allah Maha Penyayang melebihi kasih seorang ibu pada anaknya, sesekali kita terleka dengan dunia ... Allah memanggil kita kembali ... Maka sahutlah panggilan kasih dan cinta dari Allah ... Dia masih setia menunggu kita ketika kita curang mencintaiNya ...
SEBUT PADA DIRI :
HARI INI SAYA MEMILIH UNTUK BERSYUKUR KERANA ALLAH BERIKAN SAYA NIKMAT IMAN DAN ISLAM, ALLAH BERIKAN SAYA KESIHATAN, ALLAH BERIKAN SAYA MAKANAN, MINUMAN, ALLAH BERIKAN SAYA NAFAS, ALLAH BERIKAN SAYA KEDUA IBU BAPA DAN KELUARGA, ALLAH BERIKAN SAYA SAHABAT2 YANG BAIK, ALLAH BERIKAN SAYA PAKAIAN, ALLAH BERIKAN SAYA KEDAMAIAN, ALLAH BERIKAN SAYA KAKI, TANGAN. ALLAH BERIKAN SAYA MATA, TELINGA DAN LAIN-LAIN LAGI ... CAKAP PADA HATI, HARI INI SAYA MEMILIH UNTUK MENCARI REDHA ALLAH, BUKAN PENGHARGAAN MANUSIA ...
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-10 DIUCAPKAN KEPADA PUTERA KE-2 KAMI MUHAMMAD DANIAL FATHULLAH B. SHAHDAN
Selamat Hari Lahir Abang Ngah ... Semoga sentiasa sihat n ceria selalu. Abang Ngah dah besar, kena jadi budak baik, dengar cakap ibubapa, jangan cepat marah, hormat orang tua, jangan degil .... Belajar rajin-rajin biar jadi orang pandai. Yang paling penting Jangan Lupa Solat ...
Berbasikal di Taman Tasik Titiwangsa ... Masih lagi manja ... Tapi dah ada sedikit keberanian ...
Sangat2 suka membaca ... Banyak juga dah koleksi novel nyer ... Tak ralat kalau beli buku kat dia ... Boleh ulang baca balik ...
Suka jugak aktiviti lasak macam nie ... Tapi rasa takut &_><%_ tu masih ada ...
Ya Allah, Kau terangilah hati anak-anakku dalam mendalami ilmu dunia & akhirat.. Kau jadikanlah mereka anak-anak yang soleh & solehah, yang menjaga solat dan agamanya.. menjaga kebajikan kedua ibu bapanya.. menjaga kebajikan mereka yang memerlukan.. tidak sombong dan pandai menjaga diri.. Amin ...