- Ketupat nasi (dipotong)
- 2 sudu besar cili kisar
- 1 bawang besar (dikisar)
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 8 - 10 ekor udang
- 1 keping tauhu
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 biji telur
- Daun bawang
- Garam
- Minyak
Cara-cara:
1. Goreng tauhu sehingga garing dan angkat.
2. Goreng udang dan angkat.
3. Panaskan minyak dan tumis pes bawang.
4. Masukkan cili kisar dan teruskan tumis.
5. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap, dan garam. Kacau.
6, Masukkan telur dan setelah hampir masak, hancur-hancurkan.
7. Masukkan ketupat dan gaul sehingga rata.
8. Masukkan udang dan tauhu yang telah digoreng, dan daun bawang. Gaul.
9. Tutup api dan hidang!
mcm sedap jer..huhu..boleh buat klau ada lebihan ketupat..tpi ketupat nasi je la eh..ketupat pulut xboleh kan,,
ReplyDelete