KERANA WANITA BERHAK BAHAGIA


Wanita...
Makhluk unik pelbagai cerita
Nampak lemah realitinya gagah
Biar seringkali air mata melimpah


Wanita...
Saat sendiri penuh getir
Menangkis tohmah dan fitnah penyoal takdir
Sebagai isteri jenuh berkorban
Konon kerana kasih, akur walau dipergunakan
Tatkala kembali sendiri, bimbang mengaku status diri
Takut kehilangan rakan hatta sahabat baik sendiri
Risau dikata bakal perampas suami


Allahu...
Sungguh janji-Nya wanita adalah fitnah
Tapi jangan lupa,
Janji-Nya juga Muslimah perhiasan dunia
Dengan syarat wanita akur dan percaya
Segala takdir-Nya bukan sia-sia
Kehendak Dia penuh rahsia


Yang penting,
Setiap wanita, walau apa juga statusnya
Walau apa juga tahap pendidikannya
Tak kira bentuk penampilan dan rupa
SEMUANYA BERHAK BAHAGIA
Anda sendiri tentukan bahagia anda dengan bantuan-Nya....


4 comments:

  1. Assalammualaikum, saya nak tanya lah, jika nak berhubung dengan ustazah melalui nombor whatsapp yang tertera tu, untuk khidmat nasihat or kaunseling, ada di kenakan apa-apa bayaran ke? Macam mana? Sebab blog lagi 1 tu saya baca kene bayar daftar sebanyak RM100, saya tak faham kat situ je, harap ada yang sudi tolong jelaskan, terima kasih.

    ReplyDelete