Semua orang pernah rase marah kot ... Aku pun selalu jugak rase marah ... Marah ni banyak sebab ... Macam aku yang dok umah nie marah aku biasa nyer coz anak-anak tak dengar cakap lah ... Kalau orang lain mungkin bergantung kepada sapekah korang kan ... Cikgu ker , Doktor ker, Peniaga ker ... Kalau kita bijak, kita boleh kawal marah kita tu ... Dan kadang-kadang marah bukan hanya melibatkan orang, kita juga boleh marah pada benda, kerja atau diri sendiri ... Betul tak? :)
Menerusi Surah Al-Baqarah Ayat 41-45, Allah swt menjelaskan kaedah untuk berdepan dengan masalah yang membangkitkan rasa marah ... Apa yang perlu dilakukan ialah beristighfar pohon keampunan Nya ... Sebabnya, kemungkinan besar masalah yang kita hadapi adalah salah satu kifarah terhadap dosa-dosa kita ... Huwaaaa ... Peh tu, boleh ler ambil wudhu' dan mendirikn solat ... Biasa nyer marah tak membabitkn masa yang lama, hanya around 5 minit jer, selebih nyer adalah ego, imej, maruah dan segala bentuk penyakit hati yang membuatkan kita keras hati dan berdegil dengan pendirian kita ... Kadang-kadang kita nih bila dah terlalu marah, fikiran pun tak berapa rasional ... Semua nampak tak kena ... Semua nyer nampak salah ... OH, sakit nyer hati masa tu kan ... Sebab tu kita kena cepat bertenang ...
Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w, “Berilah saya nasihat.” Baginda bersabda, “Jangan marah” Lelaki itu terus mengulang-ulang permintaannya dan baginda tetap menjawab, “Jangan marah.” (HR. Bukhari)
Jadi, jangan serabutkan fikiran kita dengan marah-marah ... Buatlah apa sahaja yang korang rasa sesuai nak hilangkan rasa marah tu ... Kalau kita bertenang dan tak marah-marah, orang pun suka kita kan ? :) Muahaha, jangan depa pijak kepala dah ler ...
Org klu tengah marah nie dikuasai setan ... Benda buruk yang tersimpan dari lubuk hati yang paling dalam pun semua diungkapkan balik ,,. Nauzubillahiminzalik ... Marah jadi ' highway' bagi syaitan dalam urat darah kita untuk melaksanakan kerja nya ... "Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api. Apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk."
Marah nie juga bahaya untuk kesihatan kita ... Apabila marah, hormon noradrenalin beracun akan dikeluarkan ... Ini akan menyebabkan pembuluh darah menjadi sempit ... Ingat tu ... Hormon noradrenalin, bukan hormon nora danish ... Ehehehe ...
Beberapa langkah yang perlu diamalkan untuk mengurus perasaan marah ...
Kalau korang rasa nak marah sangat ... Kalau tengah berdiri, bawak-bawak ler duduk Kalau tengah duduk, bawak bawak ler baring ... Hehehe ... Jangan tido plak ... Kalau ada air boleh ler minum ... Rasa dah tenang skit ambil wudu ... Lepas tu boleh ler bincang balik ... Kalau rase tak boleh ... Ambik sedikit ruang masa ... Menenangkan diri masing-masing ... Masalah yang ada kena selesaikan jugak ... Jangan lari daripada masalah ... Kalau rase tak boleh nak handle, boleh ler mohon bantuan orang yang rapat dan boleh dipercayai ... Dan paling penting ... Solat ... Solat ... Solat ... Mohon pertolongan dan petunjuk daripada Nya ...
Wallahua'lam ...
Good tazkirah Hani..
ReplyDeleteMarah ni kekadang membuat kita rugikan..