Sumber : Google
Seorang lelaki soleh pulang ke rumah dengan membawa sebiji tembikai (ada orang panggil timun Cina ) ... Dia membeli buah itu dari sebuah pasar ... Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya: “tawar” ... Lalu isterinya terus-terusan merungut ... Melihat isterinya yg merungut itu, suami berkata: “Saya membeli tembikai itu dari pasar” Isteri: “Saya tau” Suami: “Pada pendapat awak, semasa saya membeli tembikai tadi, saya nak yang manis atau yang tawar?” Isteri: ”Tentulah yang manis” Suami:” Ketika penjual sedang menjual tadi, agaknya mereka nak menjual yang manis atau yang tawar?” Isteri: “Tentulah mereka ingin menjual yg manis” Suami terus lagi bertanya: ”Ketika peraih (aka org tengah) ingin menjual kepada penjual di pasar, mereka agaknya ingin menjual yang manis atau yang tawar?” Isteri: “Mesti yang manis” Si suami diam sejenak ...
Kemudian dia menyambung ”Ketika pekebun menanam tembikainya, adakah dia mahu tembikai yang tumbuh nanti manis atau tawar?” Isteri: ” Tentu yang manis, pastinya.” Suami:” Ketika awak membelah buah ini tadi, awak inginkan yang manis atau yang tawar?” Isteri: “Mesti saya ingin yang manis. Kenapa dengan semua soalan ini?” soal isteri. Orang soleh itu tersenyum pada isterinya.
Lalu dia berkata: “Ketika semua orang inginkan buah yang manis, sebaliknya lain pula yang berlaku ... Buah tembikai itu tawar rasanya!” Isteri orang soleh itu terdiam.
Marahkan siapa?
‘Jadi ketika awak marah tentang rasa tembikai yang tawar, awak sebenarnya marahkan siapa ?Bukankah semua orang inginkan buah yang manis ... Tetapi kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya, Jadi awak marahkan siapa? Marahkan saya yg membeli, atau penjual yang menjual atau awak yang membelah atau pekebun yg menanam? Atau Allah yang menentukan rasa tawar?”
Janganlah kita mengecam, mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap ... Kalau kita tak suka, kita tinggalkan sahaja atau makan sedikit sahaja ...
Pengajarannya :
Kita perlu faham bahawa rezeki kita dapat yang manis atau tawar, sedap atau tidak, semuanya ditentukan Allah ... Jika kita mengecamnya, ramai orang di sekeliling akan terasa hati ... Mungkin emak atau isteri yang memasak terasa hati atau mungkin ayah yang membeli terasa hati ... Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedar, kita seolah-olah “mengecam” Allah yg mengurniakan rezeki itu kepada kita ... Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita akan bersyukur dengan yang banyak ...
Beberapa ayat petikan dalam al-quran semoga dapat memberi panduan kepada kita semua insyaAllah.
Allah swt berfirman ...
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(An-Nahl: 18) ...
Cuba bayangkan berapa banyak nikmat Allah yang Allah bagi kepada kita. tak terhitung nilainya kan ... Contoh nikmat yang paling dekat dengan kita ialah nikmat sihat ... Cuba kalau Allah bagi kita sakit gigi ... macam mana rasa? SubhanAllah tak tahan rasanya ... Allah uji dengan satu nikmat jangan cepat mengeluh ye, fikirkan nikmat lain yang Allah bagi tidak terhitung banyaknya ...
Allah swt berfirman lagi ...
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, ” Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat”(Ibrahim:7) ...
Allah kata, siapa yang bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi, Allah akan tambahkan lagi nikmat kepada kita ... Dan kalau kita ingkar dengan nikmat yang Allah bagi akan pasti menanggung azab Allah yang sangat berat ... Contoh di sini ialah kisah tembikai tadi, Isteri lelaki soleh tidak bersyukur dengan buah tembikai yang dibeli oleh suaminya kerana tawar, tetapi isterinya tidak sedar dia sedang mengingkari nikmat yang Allah berikan ...
Allah swt berfirman lagi …
Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya, dia berkata, “Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku”. Sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.
( Az-Zumar:49)
Allah.. benda yang kadang terlepas pandang. Itu lah pentingnya kita selalu baca buku, blog, website. Semuanya pasti ada ilmu yang kita belum dapat sebelumnya. Terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteAlhamdulillah ... Semoga bermanfaat ...
DeleteBetul....kerana kita hanya terdaya usaha....walau apa pun semua dengan kehendak dan izin Allah juga....itu hakikat yang susah untuk orang terima....Allah...Allah...Allah...
ReplyDeleteBetul tu ... Ramai yang tak sedar ...
DeleteCerita yang amat bermanfaat..thnks for sharing
ReplyDelete