Amaran Pesawat TUDM Terbang Rendah


Wahai warga Kuala Lumpur dan Selangor ... Meh aku nak kabor ... Nanti nanti korang jangan terkejut plak ... Kelmarin depa call aku suh beritau korang ... Depa nak terbang rendah ... Haaa, jom baca ...

>>>>>>>>>><<<<<<<<<<

Tentera Udara Diraja Malaysia meminta orang ramai di sekitar Lembah Klang supaya tidak panik apabila melihat pesawat terbang rendah pada 24, 25, 26 dan 29 Februari ini. TUDM dalam satu kenyataan berkata, beberapa pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter akan membuat terbang lintas di ruang udara Lembah Klang sempena istiadat Penganugerahan Panji-panji Skuadron oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

''Istiadat akan melibatkan penganugerahan panji-panji kepada Skuadron Nombor 16, 17, 18 dan 20 bermula 24 hingga 26 Februari untuk raptai dan istiadat sebenar pada 29 Februari di Pangkalan Udara Subang,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pesawat-pesawat TUDM yang akan terlibat dalam penerbangan rendah antaranya Pesawat Su-30MKM, Hawk, F/A-18D, MiG-29N, C130H, Beechraft, Helicopter EC725 dan Nuri.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah di sepanjang tempoh tersebut.

>>>>>>>>>><<<<<<<<<<

Korang nanti pada tarikh-tarikh tu jangan kalut plak ... Bila pesawat terbang rendah kompem bunyi bising ... Jangan korang ingat nak perang plak ... Hehehe ... Yang pasti nyer mesti anak aku sendiri yang kalut ... Putra mesti kalut nak tengok jet pejuang ... Haisshhh ... Hehehe ...

5 comments:

  1. anak2 seronok la tgk jet terbang rendah... teringat zaman bebudak dulu klu jet lalu le jerit.... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang... Dengar bunyi jer, berlari keluar...

      Delete
  2. Owh..ingat kenapalah tadi.

    ReplyDelete
  3. wow best nyer :)
    jauh la plak.
    x dpt tgk...

    ReplyDelete