~ Sticky Post ~
~ Skroll ke bawah untuk entry baru ~
PROMO | GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAYKami selaku penaja untuk segmen GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY dengan berbesar hati ingin menjemput semua rakan blogger Malaysia agar join segmen GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY sempena meraikan ulang tahun penubuhan Grup Mama Bloggers Malaysia [ GMBM ] yang genap setahun pada 21 Oktober 2015 ini.
aku tumbuk pula mamak ni tak ada nama lain ke passwordnya ... adakah ia kebetulan atau salah satu cara nak menambah pendapatan ??? pandai dia orang nie promote suh makan kan ... kita plak yang serba salah ... Makan Dulu beb ... Bismillahirrahmannirrahhimm ...
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-9 DIUCAPKAN KEPADA PUTERA KE-2 KAMI MUHAMMAD DANIAL FATHULLAH B. SHAHDAN
Selamat Hari Lahir Abang Ngah ... Semoga sentiasa sihat n ceria selalu. Abang Ngah dah besar, kena jadi budak baik, dengar cakap ibubapa, jangan cepat marah, hormat orang tua, jangan degil .... Belajar rajin-rajin biar jadi orang pandai. Yang paling penting Jangan Lupa Solat ...
Semoga membesar dengan sihat walafiat ... Tak mo sakit kepala dah ... Semua orang risau ... Semua orang susah hati ... Ikuti kisah nyer katDanial Sakit Kepala ...
Berani budak nie pegang ular ... Abang Long pun tak mo, aku lagi ler ...
Ya Allah, Kau terangilah hati anak-anakku dalam mendalami ilmu dunia & akhirat.. Kau jadikanlah mereka anak-anak yang soleh & solehah, yang menjaga solat dan agamanya.. menjaga kebajikan kedua ibu bapanya.. menjaga kebajikan mereka yang memerlukan.. tidak sombong dan pandai menjaga diri.. Amin ...
Ekoran jerebu,
semua sekolah di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya ,
Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, serta beberapa daerah lain iaitu
Bentong, Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong ditutup lagi hari nie ... Kira nyer hari nie dah masuk hari ke empat sekolah ditutup ... Kalau ikutkan minggu nie adalah minggu peperiksaan akhir tahun ... Habis lah semua tertunda ... Bebudak pun dah bosan ... Nak main kat luar ibu nyer bising ...Dalam keadaan cuaca yang sebegini kita digalakkan minum air yang banyak serta kurangkan aktiviti luar ... Pakai topeng jika terpaksa melakukan aktiviti luar @ ke tempat kerja ...
Tak sangka rupe nyer BigBoss aku nih pandai melukis ... Haaa ... Dah nak masuk 4 series nie kate nyer nak tukar hobi ... Selama nie duk suka memancing ... Suka masuk hutan ... Suka 4 x 4 ... La nie nak tukar hobi yang santai skit ... Jom tengok hasil contengan BigBoss ...
Setelah melihat hasil contengan teman sehidup semati nih ... Ape pendapat korang ? Ada yang berminat nak beli ? Boleh bukak galeri tak nanti ? Boleh jual tak ? Laku tak ? Hahaha ...
Hari nie bermula lah episod baru dalam slot Samarinda, TV3 ... Kali drama arahan Rashid Sibir ... Kalau tengokkan kepada pengarah nyer, macam best drama nih ... Sama-samalah kita saksikan Dhia Sofea ... Aku kalau ada masa aku layan lah ...
Slot Samarinda TV3
14 Oktober 2015
(Rabu-Khamis, 10.00 malam)
SINOPSIS DHIA SOFEA
Kepulangan Dhia Sofea disambut dengan majlis hari jadinya yang diaturkan
oleh ibunya, Mak Yam. Dhia tidak sangka kejutan hadiah hari jadi yang
diberikan oleh Mak Yam bakal mengubah hidupnya. Apakah dugaan yang bakal
menghujani Dhia?
Mengisahkan Dhia Sofea (Amyra Rosli) mula mencari siapakah ibu dan bapa
kandungnya selepas mendapat tahu dia hanyalah anak angkat kepada Mak Yam
(Norlia Ghani). 23 tahun yang lepas, Dhia diserahkan oleh pasangan muda
yang tidak dikenali oleh Mak Yam. Wanita itu berkelubung dan tidak
kelihatan wajahnya. Lelaki itu pula memberi RM500 kepada Mak Yam untuk
menjaga bayi itu dan mereka berdua tidak pernah kembali selepas itu.
Mak Yam membesarkan Dhia seperti anak kandungnya. Din (Syafiq Kyle),
seorang anak yatim paitu juga menumpang kasih Mak Yam. Din menyimpan
perasaan terhadap Dhia tetapi dia tidak meluahkan isi hatinya apabila
Dhia pulang ke kampung bersama teman lelakinya, JJ (Fadlan Hazim). Dhia
hanya mempunyai seutas rantai berhuruf M yang dipakai sewaktu bayi
dijadikan sebagai bukti sehinggalah dia terjumpa sekeping gambar lama di
rumah JJ ketika hadir ke parti hari jadinya. Dhia terkejut apabila JJ
memberitahunya bahawa wanita itu ialah ibunya, Lorena (Maria Farida).
Dhia meminta izin daripada Mak Yam untuk tinggal di rumah makciknya, Cik
Non (Raja Ema) di Kuala Lumpur. Dhia mencari alasan untuk mendekati
Lorena. Apabila Dhia mendapat peluang untuk bertanya Lorena tentang
loket rantai itu, Lorena tidak mengaku. Dhia mula putus asa tetapi JJ
memujuknya dan berjanji akan menolongnya. Dhia terharu dan terus mencari
bukti-bukti.
Lorena mula resah dan dia telah berjumpa dengan kawan baiknya, Dolly
(Sharifah Haslinda). Lorena juga tidak mahu kerjaya suaminya, Mahadi
(Dato’ Eizlan Yusof) tercalar. Dolly mula merancang sesuatu untuk
menghapuskan Dhia supaya rahsia tersebut tidak terbongkar. Berjayakah
Dhia menemui siapakah ibu bapa kandungnya? Apakah rahsia yang disimpan
oleh Lorena dan Dolly?
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1437 H kepada seluruh umat Islam.
Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita dapat memperbaiki amalan kita supaya menjadi yang terbaik daripada sebelumnya. Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Sesungguhnya ketika tibanya tahun baru hijrah mengingatkan kita kepada sejarah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Kota Madinah. Sejarah Hijrah Rasullullah yang menyatukan Muhajirin dan Ansar, yang sememangnya berlainan latar belakang malah agama. Tetapi dengan semangat memperjuangkan kebenaran maka dua kaum ini bersatu.
Di kesempatan ini juga, saya menyusun jari sepuluh andaikata saya ada terkata secara sengaja ataupun tidak. Malahan saya ingin memohon maaf andaikata gurau senda & kata2 saya selama ini mengguris hati & perasaan anda semua. saya berharap anda semua dapat memaafkan saya dengan setulus hati dgn penuh ikhlas.
Terima kasih juga kerana sentiasa hidup saling bermaafan, saling tegur menegur, saling berkongsi ilmu yang bermanfaat, agar tiada hasad dengki khianat, serta tidak sombong diri. Dan halalkan makan minum saya.
Selamat menyambut tahun baru maal hijrah.
Semoga kita semua sentiasa dirahmati, diberkati & diredhai Allah SWT.
Assalamualaikum dan Selamat Pagi kengkawan ... Korang suka makan ulam tak ? Ulam bagus kan untuk awet muda ... Kengkawan suka makan petai ? Aku nie makan ler petai tapi xde ler sampai sepapan habis ... Disebabkan penghuni rumah nie suka makan petai, maka gigih ler aku menggoogle petua-petua nak mengurangkan bau petai tu ... Maklum ler harummmm sangat, kang ada yang tak puas hati plak ...
PETUA KURANGKAN BAU PETAI DAN BAU LEPAS MAKAN
Cara sebelum masak @ petai mentah ...
1. Korang rendamkan petai yang telah dipotong dengan air basuhan beras selama sejam ... Kemudian bilas dengan air bersih dan bolehlah dimasak ... Kena prepare awal-awal lah sebelum masak ...
2. Korang boleh masukkan terung dalam masakan yang menggunakan petai ... Cam pelik jer petua nie ...
Dua nie jer petua yang aku jumpa untuk mengurangkan bau petai sebelum dimakan ... Kalau dah makan tu tak dapat nak kata ape dah ... Tapi korang leh cuba petua kat bawah nie plak ...
Cara menghilangkan bau mulut setelah makan petai ... Yang nie penting untuk penggemar petai ... Kalau kat rumah tu tahan ler skit kan, kalau korang makan kat luar, lepas tu nak continue keje ker, nak jumpa customer ker, nak jumpa @#£%&* ker ... Haaa boleh ler try yang nie plak ... At least kurang ler bau harummm tu ...
1. Untuk menghilangkan bau mulut setelah makan petai, kunyahlah timun mentah ... So, kalau korang makan kat gerai leh ler ambik dua-dua ulam tu sekali ... Dah habis petai, makan timun plak ...
2. Pilihan lainnya adalah kunyah beras yang belum dicuci sampai hancur di mulut ... Tak payah telan berasnya ... Aku tak pernah try petua nih, tapi kata nyer cara paling berkesan ...
3. Minum dalam tiga empat teguk susu segar sebelum dan selepas makan petai, susu segar yang dalam kotak atau dalam botol boleh saja ... Petua yang nie macam best jer ...
4. Ambil segengam beras masuk kan ke dalam mulut kita ... Dan kumur dgn beras tadi ... Insyaallah bau mulut hilang ... Petua yang nie macam lebih kurang no.2 tu jer ...
He he he ... Macam-macam petua adakan ... Kengkawan boleh ler try mana yang sesuai ... Satu pun aku tak pernah try lagi ... Biasa aku akan gosok gigi lepas makan petai ... Itupun kalau kat rumah ler ... Kalau makan kat luar aku akan makan gula-gula mint ataupun kunyah bubble gum yang mint ... Kalau korang nak gie jumpa customer ker, jumps bos ker, jumpa @#£%&* ker or nak hadiri interview ker ... Kalau boleh elakkan lah ...
Setelah diberi cuti dua hari kerana jerebu yang semakin mengganas ... Hari nie kembali ker sekolah kita walaupun jerebu masih bersisa ... Dalam kalut-kalut kita menghadapi musibah jerebu hasil kerakusan kita sendiri ... Macam-macam musibah lagi yang boleh terjadi ...
Dimaklumkan Sekolah Kebangsaan Taman Samudera, Selayang terbakar ... Bangunan sekolah tu tiga tingkat dan yang terbakar adalah tingkat tiga ... Hampir keseluruhan tingkat tersebut musnah ... Mujur tidak meragut nyawa ... Anak saudara ada ngajar kat situ ... Isshhh risau plak kan ...
Aku pun tak tau apesal orang dalam rumah nie suka main cat plak sekarang ... Daripada BigBoss sampai lah ke anak2 ...
Ari tu aku upload gambar nie kat FB, banyak dapat like dan komen-komen yang positif ... Sebenar nyer gambar tu BigBoss lukis ... Tak siap lagi tu ... Fatiha tu berlakon jer lebih ... Boleh dapat anugerah tak ?
Putra pun tidak ketinggalan nak jugak turut serta ... Bukan main lagi dia ... "Our artist in making" kate BigBoss aku ... Ehh, betul ker tu ... Huhuhu ...
Ni lah hasil terbaru ... Amacam cantik tak ? Bagi aku yang takde bakat seni lansung, lukisan ini sangat cantik ... Errkkk, agak-agak ade ker yang nak beli lukisan tu ? Huhuhu ... Agak-agak boleh bukak galeri tak nanti ?
Jerebu masih berterusan dari minggu ker minggu ... Kesihatan semakin merosot ... Meh ler kita ikut nasihat depa nie untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini daripada berlaku ...
1. Semua pihak dinasihatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja.
2. Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol, 1-800-88-2727.
3. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
4. Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
5. Penutup hidung dan mulut (mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
6. Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
7. Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
8. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
9. Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.
10. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
11. Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.
12. Orang ramai juga diminta untuk menyalakan lampu kenderaan semasa memandu apabila keadaan berjerebu dan jarak penglihatan berkurangan.
Sumber Baru sikit jer Allah tarik nikmat dah terasa betapa seksa nyer ... Bumi semakin tua ... Jangan lah kita leka ...
🌼Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah ...
Allahuakbar ...
🌼Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT ...
Allahuakbar ...
🌼Anggaplah solat itu sebagai seriusnya kau dlm bermimpi ...
Allahuakbar ...
🌼Bayangkan ketika "Azan berkumandang," Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya ...
Allahuakbar ...
🌼Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu ...
Allahuakbar ...
🌼Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya ...
Allahuakbar ...
🌼Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku."...
Allahuakbar ...
🌼Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu."...
Allahuakbar ...
🌼Bayangkan ketika kau memberi "Salam", Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih ...
Subhanallah ...
Masya Allah ...
Sungguh nikmat solat yg kita lakukan ...
Tak akan sia-sia orang yang berkongsi menyebarkannya ... Maka sebarkanlah ... Allahuma, saksikanlah...
** Ingatan dan muhasabah buat aku sendiri, saudara-saudaraku dan kengkawan semua ... Kita insan biasa yang sering terleka dengan urusan dunia yang sentiasa menghambat kita dan kita pula sentiasa mengejarnya ... Wallahua'lam ...
Tak lupa jugak buat silent readers (perasan cam ramai orang datang sini) ... Terima kasih bebanyak korang-korang ... Jom blogwalking blog-blog hebat di atas ...
Yang tak tersenarai jangan kecik hati plak ... Nie saje suke-suke ... Yang nak masuk senarai rajin-rajin berbicara ... Jangan ler sepi tanpa berita ...