TAZKIRAH JUMAAT #33 | Kisah Hassan Al Basri Dan Anak-anak



Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau men inggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,.. Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. 

Cuma ada 2 perkara ayah nak pesan;

1. Bila kamu berniaga , jangan kutip hutang. 
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari. 

 Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju. 

 Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,  Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ? Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah. Si ibu : Apa ayah mu pesan ? Jawab si adik : Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran. Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah. 


 Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya. Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ? Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah. Si ibu : Apa ayah mu pesan ? Jawab si abang: Ayah pesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi , semua saya jual tunai. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai. Kedua , ayah pesan. Jangan kena matahari. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari. 

 ðŸ’ž Moral of the story ```````````````````````````````````

Perbezaan mentafsir sesuatu perkara boleh menjadikan arah hidup seseorang itu berbeza dengan yang lain. Jadi, belajarlah dengan ramai guru, banyakkan membaca untuk tambah ilmu, minta Allah SWT beri petunjuk dan mohon agar Allah SWT bimbing kehidupan kita. Semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah kpd kita semua "Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan pada agamanya dengan sebenar benar kefahaman". 

 Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin Pesona D'Zahrah IKIMfm.

2 comments:

  1. Hutang?? Hmm... Terlalu banyak hutang diri ni dengan orang lain. Hutang dosa :'(

    ReplyDelete
  2. ini adalah bacaan terbaik aida hari ni.
    dari pagi blogwalking and this one sgt menyentuh hati!

    ReplyDelete