Dapat maklumat daripada seorang member yang merupakan Pegawai Kastam ... Boleh dijadikan panduan agar tidak tertipu ...
Tips GST
1. Sebelum membeli barang, tanya dahulu harga yang dikenakan termasuk GST atau tidak.
2. Jika ada GST, tanya adakah resit rasmi akan diberikan untuk pembelian tersebut? Resit rasmi haruslah memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat (akta ssm) dan juga no pendaftaran GST 12 digit. Jika gst dikenakan, dan tiada resit dikeluarkan, JANGAN BERURUSNIAGA.
3. Setelah berurusniaga, semak nama dan no pendaftaran syarikat tadi di website kastam untuk memastikan syarikat tersebut betul berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan.
4. Jika syarikat tersebut tidak berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan, buat aduan ke kastam dan bawa resit tadi.
Peniaga boleh dikenakan denda RM200k jika tidak berdaftar GST tetapi kenakan GST pada pelanggan. Elakkan dari tertipu. Tiada resit, Jangan beli.
Sebarkan ✌👌
Perkongsian yang bagus. Banyak peniaga dan syarikat sekarang menipu pelanggan dengan meninggikan harga barang atau meletakkan caj yang tidak sepatutnya dengan alasan GST.
ReplyDeleteBlh dijadikan panduan ...
Deleteini pun tengah nak attend meeting GST lagi ni... hu hu hu... thanks for sharing...
ReplyDeleteMeeting ler kome ... Dpt mkn free ...
Deleteha, betul tu, perlu ada resit gst untuk semua urusan yang melibatkan gst.
ReplyDeleteMasalah bg kedai2 kecik ...
DeleteYe..dulu tanya 'ni berapa harga' sekarang kena tanya 'ni ada gst tak' ..hehehehhe..
ReplyDelete"Boss, ada GST ker ??"
Deletekalau pasaraya ok lagi kalu kedai runcit mamak? ;-)
ReplyDeleteTu lah kan ...
DeleteSampai skunk Cikna xpaham ape itu "'GST"..... Dulu bkn ke makanan xkena GST, poning acik...'
ReplyDeleteKita pun tak paham ... Yang pasti harga barang dah pun naik ...
DeleteYerr ... Saya pun masih tertanya2 ... Kedai runcit kecik2 biasa nyer mana ada resit ...
ReplyDeletepening kepala ;(
ReplyDeletenak pi kursus pon kena GST untuk hidupkan NIOSH
semuanya GST topup pon kena .. mana nak lari nieeee
Tak perlu lari ... Redha kate nyer ...
DeleteHe he he ...
Argghhh ...
kedai mamak byk yg daftar gst.
ReplyDeleteso akan ada invois tax @ resit.
OK ... Noted ...
DeleteMasalah bagi kedai2 kecil, cam ner eak ?