Banjir Pantai Timur 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejatera semua ... Bersiaran lansung dari Jengka, Pahang ... Kami sekeluarga tak lepas balik KL, patut nyer Ahad 28/12/2014 kena balik ... LPT dan jalan lama dua2 laluan ditutup kepada semua jenis kenderaan ... Air Sungai Pahang dah melimpah ... Nie pun dah dua tiga hari hujan ...

 So tak dapat hadir orientasi tahun satu Fatiha ... Alhamdulillah Uwan Gombak dah tolong maklum kan kat sekolah ... Alhamdulillah jugak Sesi Persekolahan 2015 ditangguhkan ... 

Air takde dah empat hari, mujur ada simpanan dalam kolah yang besar ... Berjimat cermat lah Kami ... Mujur bekalan elektrik masih ada ... Bekalan bahan mentah hampir habis, ikan ayam sayur memang takde lah ... Alhamdulillah bahan2 kering masih ada ... Telur dan sardin tu masih ada ... Awal2 aritu sempat sambar dua bungkus biskut untuk alas perut jika diperlukan nanti ...

Insyaallah, air dah surut nanti pulang lah Kami ke KL ... Jalan alternatif ada tapi terlalu jauh dengan risiko yang amat tinggi ... Lagipun tak sampai hati nak tinggalkan MIL dan Adik OKU nie sendirian dalam keadaan kritikal nie ...

Doakan Kami selamat dan dipermudahkan segala urusan ...

p/s : Gambar2 nanti lah upload, kang habis lak kuota, 

Nasihat Kepada Mangsa Banjir

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua ... Aku dapat msg nie dari group Whatsapp ... Aku rase nak kongsi dengan rakan2 semua terutama mereka2 yang terlibat ngan banjir ...

**********
[29/12 8:07 PM] 
 Nasihat Kpd Mangsa Banjir

Ini juga adalah dari pengalaman saya menjadi mangsa banjir besar di Jitra Kedah pada tahun 2005.

Bila banjir surut , anda masuk rumah dan anda dapati TV ,  peti ais , mesin basuh , table fan , peralatan letrik dapor dan lain2 perkakas letrik termasuk PC atau laptop berselerak lintang pukang macam sampah ..... jangan ingat itu semua dah jadi sampah yang perlu dikutip buang. 

Ingat lah komponen barangan letrik itu bukanlah diperbuat daripada garam atau gula yang melarut bila kena air .... ia sebenarnya diperbuat dari plastik dan logam yang tidak terjejas sikit pun bila kena air jika tiada arus letrik mengalir pada saat ia tenggelam dlm air. So berkemungkinan besar tak ada apa yang rosak pada peralatan2 itu. Cuma ia nampak kotor kerana diselaputi lumpor.

Apa harus anda buat ......

1. JANGAN SEKALI2 CUBA MENGHIDUPKAN UNTUK TEST IA MASIH OK ATAU TIDAK.

2. Kumpul semua peralatan letrik , kmdn tembak air untuk membersihkan lumpur disetiap bahagian.

3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakan komponen dlm peralatan , kmdn tembak air untuk membersihkan lumpur.

JANGAN MEMBERUS , JIKA PERLU GUNA BERUS CAT UNTUK MENYENTAL LUMPOR YG DEGIL

3. Bila dah rasa cukup bersih , jemur tengah panas 2-3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen dalamnya.

4. Jika ada hair dryer tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul2 kering.

5. Pasangkan balik back cover atau penutup.

6. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.

Percaya atau tidak sehingga hari ini saya masih menggunakan TV , peti sejuk , mesin basuh , kipas meja dan beberapa peralatan letrik yang tenggelam masa banjir tahun 2005. Kira2 90% barangan letrik yang tenggelam banjir dapat digunakan semula oleh saya dan keluarga.

YANG PENTING SABAR & TABAH MENGENDALI KERJA BAIK PULIH PERALATAN LETRIK YANG SEBENARNYA TIDAK ROSAK PUN KERANA BANJIR.

Untuk membantu mangsa2 banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan letrik yang baru ... 

TOLONG C&P POSTING INI DAN FORWARD KEPADA RAKAN/KENALAN YANG JADI MANGSA BANJIR.

Mudah2an kita membantu ...
**********

Semoga maklumat INI berguna untuk kita semua ... 

SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 DITANGGUHKAN AKIBAT BANJIR

#Untuk Siaran Serta Merta

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA 
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain. 

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka. 

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.


Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

Pesawat Air Asia Dari Surabaya Ker Singapura Hilang


Dalam kalut kalut orang sibuk kisah banjir terkejut aku bila dapat berita ada kapal terbang hilang ... "Hah! Hilang lagi ..."


Pesawat AirAsia Indonesia QZ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia. 

Pesawat berkenaan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan terputus hubungan pada jam 6.17 pagi (7.17 pagi waktu Malaysia) ketika berada di ruang udara di Teluk Kumai, Kalimantan Tengah. 



Ya Allah ...
Allahuakbar ...

CPUV Nuffnang #18 | Maggi Royale


Dapat CPUV lagi pasal 22 Disember ari tu ... Terlambat plak buat entry ... Maaf yer boss, lambat plak kali nie ...

Kengkawan kalau ada jumpa iklan nie menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku & Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau, tiada paksaan ... 

 Terima kasih #nuffnang ... 
Terima kasih kengkawan ... 
Alhamdulillah ...

"is this your photo?"

Dapat daripada Whatsapp group ... Tapi saya tak pasti akan kesahihan nyer ... Tak salah kalau kita lebih berhati-hati ...

~~~~~~~~~~

Salam. Beringat2lah & berhati2lah dari terus klik sebarang link yg TIDAK diketahui kerana akibatnya mungkin bahaya. 

Jika ada mesej /sms / WA / TG atas nama kita dan ddiikuti soalan 'is this your photo? http://url.me/dML1. Tlg JANGAN KLIK & buka kerana ianya adalah virus.

 An SMS spreading a virus is currently circulating in S'pore with the message "Is this your photo?"

The SMS comes with an attached link that, when clicked on, will download and install an Android application package called Photoviewer, Hardwarezone.com reported.

Some members of the public have said that they received the SMS messages from friends' mobile phone numbers.

The virus seems to be a variant of the ransomware virus that has become widespread in the United States, said Hardwarezone.com.

Users should not click on the link and probably should delete the SMS immediately

- See more at: http://digital.asiaone.com/digital/news/sms-virus-circulating-singapore#sthash.V90HXHXT.dpuf

~~~~~~~~~~

Maaf jika maklumat ini adalah palsu ... Beritau saya eak kalau tak betul ...

Apa Yang Tak Perlu Sebenarnya Dalam Perkahwinan ?


Perkahwinan merupakan antara detik terindah dalam kehidupan seseorang, malah agama Islam juga menggalakkan umatnya untuk berkahwin. Tetapi, ramai orang zaman sekarang lebih mementingkan adat daripada tuntutan agama.

Semua orang pun mahu kahwin bukan? Tetapi, kenapa masih ramai yang belum berkahwin atau memilih untuk menangguhkan perkahwinan?

Jom  baca KISAH selanjut nyer ...

Lelaki Jahat Yang Mengintai Anak Gadis Kita

Assalamualaikum & Selamat Pagi kengkawan semua ... Semalam saya dapat Whatsapp dari seorang kawan ... Kawan di alam maya jer, jumpa tak pernah lagi ... Saya rase nak kongsi ngan kengkawan, selain untuk simpanan saya sendiri ... Memandangkan saya ada seorang princess kat umah rasa risau, takut & ngeri bila baca kisah nie ... Jom  baca kengkawan & ambil iktibar mana yang patut ...


~~~~~~~~~~

Lelaki-lelaki jahat yang mengintai anak gadis kita ...

Beberapa hari lepas saya didatangi seorang ibu bersama anak gadisnya yang berumur 15 tahun, anak bongsu beliau.
Daripada riak mukanya saya tahu ini bukan kes biasa-biasa tentang haid yang tidak teratur.

Namun saya sengaja bertanya, datang sebab haid tak teratur ke?

Wanita itu mungkin dalam lingkungan awal 50an. Bertudung hitam labuh. Malah anaknya juga datang dengan seragam sekolah agama dan tudung labuh hitam.

Dia kelihatan serba salah dan tidak tahu untuk memulakan kata. Entahlah doktor, entahlah doktor, saya tak tahu nak kata apa, katanya berulang-ulang kali. Wajahnya seperti mahu menangis, dadanya kelihatan sesak dan dia sangat gelisah.

Lalu saya menerjah-mengandung ke anak Puan?

Selepas itu kata-katanya keluar bagai empangan pecah-tak dapat dibendung lagi.

Bermacam-macam cerita keluar dari tingkatan satu ke tingkatan 2 dan kini di tingkatan 3. Berbagai juga kata-kata pedih ditujukan pada anaknya yang kini menundukkan kepala saja. Bodoh. Tak faham bahasa. Kurang IQ. 

Rupa-rupanya anaknya ditangkap tidak hadir ke sekolah, tetapi telah keluar bersama lelaki. Anaknya jua telah mengaku kepada guru bahawa beliau telah berzina.
Namun dia percaya anaknya tidak melakukan apa-apa. Tak sampai peringkat zina. ‘Dia tak tahu doktor. Dia tak faham. Mungkin sekadar sentuh-sentuh dia fikir sudah melakukan. Dia ni bukannya pandai.
Saya rasa dia tak buat doktor. Dia tak tahu..”

Saya minta wanita itu keluar dan saya bersemuka dengan anaknya. Ternyata anak yang ‘tidak pandai’ ini telah melakukan zina sejak di Tingkatan 1-tanpa disedari ibubapa. Dengan ramai lelaki. Berbagai bangsa. Berbagai umur.

Dia tidak kelihatan seperti anak nakal dan liar. Dia kelihatan baik dan ya, mungkin sedikit naif-atau bodoh seperti kata ibunya.

Namun di sinilah lelaki-lelaki jahat mula memasukkan jarumnya.

Saya tanyakan bagaimana permulaannya. Saya tanyakan apakah beliau menonton video lucah.

Lalu dia menceritakan kepada saya awal mula penglibatannya menjadi seorang ‘pelacur’.

Tinggal di kawasan Kampung Pandan yang terdiri dari majoriti Melayu, lelaki jahat pertama yang membawanya mengenali dunia seks dalam keadaan akal dan jiwanya belum bersedia dan belum disediakan adalah seorang lelaki Indonesia. Bermula dengan mengajak menonton video lucah. Pastinya didahulukan dengan kata-kata manis dan pujian. Hingga akhirnya mahu melakukannya dan sehingga merasa ketagihan.

Kemudian disambut oleh lelaki-lelaki jahat yang lain sambung menyambung sehingga yang terakhir ini. 

Ada yang mengambil kesempatan merakam dirinya dan kemudian mengugut untuk menyebarkan videonya. Sehingga anak baik yang tidak tahu apa-apa ini terpaksa mencuri sejumlah wang ibubapanya untuk diberikan kepada lelaki tersebut.

Lelaki terakhir ini, sebelum perbuatannya diketahui adalah seorang lelaki berumur 30 tahun yang sudahpun ada 2 isteri.

Kata anak malang ini, --walaupun saya sudah tidak suka melakukannya, tetapi lelaki itu selalu merayunya sehingga dia merasa kasihan, lalu menurut kemahuan lelaki tersebut-----dapat saya bayangkan bagaimana lelaki jahat ini menggunakan kelebihan akalnya memanipulasi anak ini untuk memuaskan nafsu binatangnya.

Setelah saya kisahkan pada ibunya, longlai tubuhnya dan tersepuk dia di kerusi. Tidak disangkanya langsung anak bongsu manjanya telah jauh melangkah dalam keadaan dia sentiasa dalam ‘denial’- pura-pura tidak nampak atau tidak mahu percaya.

Pecah lagi empangan rasanya buat kali kedua. Menceritakan bagaimana sibuknya dia dan semua terletak atas bahunya. Anak yang ramai, ada yang punya masalah jiwa sedang dalam rawatan, anak dan menantu yang silih berganti bersalin dan beliau yang menjaga.

Tentang malunya sedangkan dia adalah ketua wanita di dalam sebuah NGO Islam. Suaminya pengerusi surau. Bagaimana dia merasakan tuntutan dakwah untuk menyampaikan kepada masyarakat. 

Dalam kesibukannya, dia tidak sedar anaknya sedang mengalami perubahan hormon. Dada anaknya sudah memutik dan ada rasa yang tidak difahami dalam dirinya. Namun, dia tidak perasan itu semua. Baginya anak bongsunya ini masih ‘baby’.

Namun ada mata-mata liar yang perasan. Yang boleh menghidu naluri semulajadi remaja ini. Yang akalnya sudah masak dan matang.

Kita melihat anak kita sebagai baby, namun ada mata lelaki jahat yang melihatnya seperti kucing melihat hidangan menggiurkan di depan mata …… yang melihat sampai ke dalam-dalamnya….baginya ini ada daging baru yang enak…

Lalu lelaki jahat ini akan memulakan jarumnya. Kenal-kenal dulu. Puji-puji. Minta nombor handphone. Memasang ayat-ayat….

Dan anak yang hidup dalam keluarga besar yang sentiasa sibuk ini, serta sudah dianggap tidak pandai ini, yang barangkali tidak pernah menerima pujian dari kedua ibubapanya, sangat mudah termakan pujuk rayu…dan selebihnya adalah sejarah…
Anak ini tidak jahat. Dia tidak liar. Dia lahir dari keluarga baik-baik , keluarga pendakwah.

Namun kerana adanya lelaki-lelaki jahat yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak ini, dia menjadi mangsa.

Beberapa ingatan yang melintas di kepala sebagai peringatan buat ibubapa.

1. bila anak meningkat remaja - perhati-perhatikan dia. Dia ada keperluan/needs. Jadilah temannya. Bersembang dengannya. 

2. Jangan mengutuk anak sendiri. Berilah pujian. Terutama bapa dan abang. Puaskan dia dengan pujian dari lelaki dari keluarganya, supaya dia tak layu lentok dengan pujian lelaki jahat. Ingat wahai bapa, kalau berat sangat mulut dan memuji, tangan berat sangat nak membelai, ada orang lain yang akan mengisi kekosongan itu nanti.

3. Keterlaluan dalam kesibukan - walaupun untuk tujuan dakwah. Wahai ibu, tempatmu di rumah. Perhatikan dulu anak daramu sebelum kamu ingin berdakwah.

4. Pendidikan - berikan sedikit pendidikan seksual bila tiba masanya. Biarkan dia mendengar dari mulut kita bukan dari mulut gatal lelaki jahat. Terkadang kerana ‘soleh’nya kita, nak menyebut seks pun kita tak tersebut. Bahkan dalam program reproduksi pun ada yang tak senang bila diajar tentang alat reproduktif kepada kanak-kanak - tak sesuai katanya.

5. Anak-anak perlu diberi pendidikan dan tanggungjawab. Jangan jadikan dia ‘pets’. Yang kita manjakan dan belai-belai selalu tanpa kita beri didikan. Jangan sesekali menyangka anak kita tak akan melakukannya…….ia akan memberikan kita rasa selamat yang palsu.

6. Bila anak kita telah jadi anak dara, seolah-olah ada bauan atau haruman yang tersebar keluar dari rumah kita - lalu menarik banyak ‘bugs’. Fahamkan dia tentang nilai dirinya. Banyak anak gadis hari ini, termasuk anak gadis kita juga, kadang tergedik-gedik dihadapan kamera. 

Fahamilah wahai ibu, wanita itu seluruhnya adalah aurat. Sangat menarik perhatian. Sangat menggoda. Beritahulah pada anak kita. 

Tanamkan sifat malu pada dirinya.
Perbetulkan pakaiannya.
Jagalah dia.

Sedikit nukilan dan ibrah untuk dikongsi bersama.

Yang ada anak lelaki tolonglah ajarkan supaya menghormati perempuan, belas dan kasih padanya dan sentiasa melindunginya.

Ya Allah lindungilah anak-anak gadis kami!

Dr Ariza Mohamed
Pakar O&G Hospital Pakar Ampang Puteri
AJK Wanita Ikram WP

~~~~~~~~~~

Haaa ... Bila saya baca kisah kat atas nie ... Tiba-tiba datang rasa ngeri, takut & macam-macam lagi ... Ya Allah ... Besar sungguh tanggungjawab yang aku kena pikul ... Aku harap aku mampu ... Semoga kisah kat atas nie memberikan sedikit pengajaran, or mungkin jugak peringatan buat kita semua ... Nauzubillah mintak dijauhkan kisah2 duka dari keluarga aku dan sahabat2 aku ... Ya Allah, Lindungilah anak2 kami ...

Ulangtahun Perkahwinan ...


Alhamdulillah....

Aku bersyukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi kerana dengan izin Nya memberi kebahagiaan kepada kami sekeluarga ... walau dalam serba kesederhanaan ... 

Aku juga bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yg sempurna (comel, cantik, bijak, hensem, sihat n ceria ... ooppsss lupa lak nakal ...) 

"Ya Allah, aku berjanji kepadaMu, anak-anak ini akan ku didiknya menjadi seorang insan yang beriman dan bertakwa kepadaMu ya Allah. Insyaallah. Itu janjiku padaMu!!"

~~~~~~~~~~~

Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.
Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, dalam pernikahan atau perkahwinan,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T,
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru, kamu akan tersentak daripada alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,
Pun bukanlah Saidina Ali R.A.
Kamu suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.
Aku wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Amin...

~~~~~~~~~~

Alhamdulillah ... Genap 12 tahun ...
Syukur tak terhingga ... Mudah-mudahan Allah panjangkan usia perhubungan ini  dengan iman dan ehsan ... Sangat bersyukur pada Allah atas segala apa yang dialami ...dan sentiasa hargai peluang hidup dan masa yang Allah kurniakan dalam dunia yang sementara ini.

Semoga kebahagiaan ini akan terus kami kecapi ... Semoga kami sekeluarga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik  ... Moga perkahwinan ini akan terus dirahmati dan diberkati oleh Mu Ya Allah ...
Amiinn ...

Abang Long

Abang Ngah

Princess @ Adik @ Kakak 


 Putra



Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak

Lanjutan daripada kisah ari tu kesian tengok anak-anak yang mengharapkan sesuatu ... BigBoss pun agak kepenatan setelah memandu jauh ... Kami pun bercadang rehat semalam di Lenggong ... Cari punye cari punye cari Resort Tasik Raban menjadi pilihan ... 
Jom  tengok sekitar tasik & chalet ...
Zooommmm ...
 


RTR nie aku rasa dibawah selenggaraan Majlis Daerah Lenggong ... Permandangan sekitar tasik memang best ... Cantik, nyaman & tenang jer ... Sape yang minat boleh memancing kot kat sini ... Untuk bebudak adalah mini playground kat sini ... Untuk santai santai boleh ler ... Cuma mungkin boleh diperbanyakkan lagi aktiviti untuk menarik lebih ramai pengunjung ... Sekurang-kurang nyer boleh buat swimming pool kot ... Boleh jugak buat aktiviti yang bersesuaian kat tasik ... Oh, lupa plak, aku rasa ada basikal disediakan, kena bayar ker tak tu aku tak pasti ... Banyak komplen kan aku nih ... Banyak songeh ... 
Jom  tengok chalet nyer plak ...
Bilik utama, satu katil bear ...

Bilik kedua, dua katil bujang ...

Ruang tamu, ada peti ais dan televisyen ...

Pemandangan dari dalam chalet ...
Memang sangat cantik ...

Kalau kengkawan berminat boleh ler tengok brochure kat atas tu ...
Kami tido semalam jer kat sini ... 
Ada lagi sambungan nyer nanti ...

CPUV Nuffnang #17 | Worldfoods Campaign


Dalam pada kemalasan melanda ari tu dapat jugak lagi CPUV daripada nuffnang ... Kali nie dapat Worldfoods Campaign ... Aku pun tak tau kempen ape lah itu ... Walaupun telah aku Google, masih tak paham jugak ... Lantak lah di situ ...


Kengkawan kalau ada jumpa iklan nie menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku &a Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau, tiada paksaan ... 

 Terima kasih #nuffnang ... 
Terima kasih kengkawan ... 
Alhamdulillah ...

Kami Ke Lenggong, Perak

Minggu lepas BigBoss ade jemputan kawen di Lenggong ... Sahabat lama dia masa bujang dulu ... Memang dah plan nak gie ... Cuma tak plan nak tido sana or balik terus ... Bebudak nie pun tak bersemangat lansung coz kenduri kan, bukan nyer gie jalan-jalan ... Kira cam kena paksa rela ikut lah nie ... So masa nak gie tu aku kemas ler beberapa set pakaian, kot kot emergency kes kan ... Bebudak nie dah cam pelik jer ... 

Nak sampai Lenggong tu punye lah lama sampai Princess pun bising dah "Lama nyer nak gie kenduri kawan Abah nie" ... Akhir nyer selamat sampai ... Memang tak ingat ape, makan jer terus sebab masing2 dah kelaparan ... Gambar memang tak sempat nyer lah ... Lepas kenyang isi perut baru  teringat nak bergambar ngan pengantin ... Rupe pun dah sememeh dah ... 

Pasangan pengantin & Kami ...

Lepak2 jap, BigBoss jumpe kengkawan lame ... Sebelum balik sempat lagi BigBoss ngan bebudak nie menikmati hidangan sup daging + tulang rusa ... Aku dah tak larat ...

Peh tu gerak balik ler kami ... Masuk jer kete, lom sempat gerak lagi Abang Ngah dah tanya "Kita nak gie mana plak nie ?" Kami serentak jawab "Balik laaa" sambil sengih ... Abang Ngah pun cam frust jer ... 

Ikuti kisah selanjut nyer next entry ...

Eeee Ular ...

Kejadian berlaku dua minggu lepas ...
Tiba2 BigBoss ajak gie Downtown Cheras ...
Tempat kami berniaga dulu ...
Tempat yang penuh suka dan duka ...
Sekarang dah tak niaga situ ...
BigBoss dah tak larat nak berjaga sampai malam, eh sampai ker pagi ... Tapak masih ada, sesape yang berminat boleh PM FB saya ... Hani Rahman ... Kanopi pun ada ...

Anak2 aku melompat memasing bila dengar Abah nyer ajak berjalan ... Putra pun sama ... "Jommm" kate nyer ... Hehehe ... Kita orang jenjalan jer, cuci mata ... Bukan beli ape2 pun ... Sesaje jumpe kengkawan lame ...

Jom  skodeng ...

Danial nak pegang ular ...
Berani budak nie ...

Siap cium ular lagi ... Cuma aku tak sempat snap gambar jer ... Aku takde ler, nak usap pun takut ... Nak amek kan gambar tu pun dah seram sejuk ... Abang Ngah ... Abang Ngah ...

Ayam Goreng RM1 ... Ramai peminat nyer ... Tengok ler kat belakang tu, beratur panjang orang nak membeli ...

Aku ngan Abang Long layan steamboat ... Sedap ... Tak cukup plak rase nyer ... BigBoss jom gie lagi nanti eak ...

Singgah kat kedai kawan aku jual shawl ... Tengok lah tu, orang sentiasa ramai kat sini ... 

** Sesiapa yang berminat nak tapak di Downtown Cheras @ kanopi boleh PM saya di FB Hani Rahman ...

Piala AFF Suzuki 2014


Ngeeee ... Tak sabar rase nyer nak tunggu malam nih ... Dah prepare awal2 dah, laksanakan tugas hakiki peh tu leh ler tengok bola ... Sudah tentu harapan setinggi gunung diletakkan ker atas pemain2 bola Malaysia, skuad Harimau Malaya ...
PERLAWANAN AKHIR

17 Disember 2014
8.00pm 
Thailand 2 vs 0 Malaysia
Stadium Rajamangala
Bangkok, Thailand

20 Disember 2014
8.00pm 
Malaysia 3 vs 2 Thailand
Stadium Bukit Jalil
Kuala Lumpur, Malaysia


Aku tengok kat umah jer anak beranak ... Tak dapat lah nak ke Thailand ... Amat berharap takde dah kejadian yang tak diingini berlaku ... Harap2 pemain dan penonton dapat menjaga kelakuan masing2 ... 

#AFFSUZUKICUP2014

CPUV Nuffnang #16 | Musee Platinum Tokyo

Allahuakbar ...
Malas sungguh aku nak mengupdate entry blog ... Banyak nak cite, tapi meh cite yang nie dulu lah ...

Alhamdulillah, balik dari berjalan-jalan, tengok ada CPUV masuk, Musee Platinum Tokyo ... Ape mende tu kengkawan ? Rase nyer dulu pun dah pernah dapat ...
Ngeh ... Ngeh ... Ngeh ...
Setelah membuat sedikit research ...
Ini ler yang aku dapat ...
Musee Platinum Tokyo nie rupe-rupe nyer adalah 


 Ada beberapa outlet dah bukak kat Malaysia ... Jom  tengok, sesape yang berminat dan berduit boleh ler terjah ...


Kengkawan kalau ada jumpa iklan nie menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... 

 Terima kasih #nuffnang ... 
Terima kasih kengkawan ... 
Alhamdulillah ...

Arjuna Beta - Fynn Jamal

Anak aku Danial nyanyi lagu nie tadi, aku pun gigih ler cari lirik nyer ... Jom  nyanyi Abang Ngah ...


Takkanku biarkan walau ribut
Menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur

Nyamanlah Arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anakanda
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhan mu ada
Takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda

Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah Arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang Darul Makmur

#throwback
Aku hutang entry nie lama dah ... Aku dah lupe nak buat entry ... Terlepas pandang ... Kejadian berlaku pada bulan Oktober yang lepas ... Kebetulan kita orang balik kampung, so on the way nak balik Gombak, kita orang singgah ler ker Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang Darul Makmur (PKGK) ... 

Korang tau tak pasal tempat nie ??? 
PKGK nie merupakan satu pusat yang unik di Malaysia di mana peranan utamanya adalah untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya telah diterokai oleh pembangunan. Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pusat ini telah berjaya memindahkan lebih daripada 700 ekor gajah liar. Proses pemindahan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan spesies ini serta kerosakan harta benda dan kawasan pertanian. 
~Sumber~

Jom tengok gambar plak ... Gambar bebudak nie ngan gajah ...

Gajah mandi sungai ... 
Syok weii, rase nak terjun sungai mandi sekali ... He he he ... 

Bagi makan gajah plak ...

BigBoss plak bagi makan tebu ...
Tebu tu boleh beli ...

Abang Ngah bagi gajah makan ... Kenyang gajah2 tu, ramai yang bagi makan ... Burppp ...

Ini lah gajah yang hensem ... 

Ramai jugak orang datang masa nih ... Maklum ler cuti ... Pelancong asing pun ramai ... Kengkawan ada yang berminat nak pergi ? Meh tengok sini dulu ... Korang boleh ler dapat kan maklumat dulu sebelum datang ... Aku ari tu main redah jer ...

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan 
Kuala Gandah
Jabatan PERHILITAN
Kuala Gandah, 28500 Lanchang
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Tel: 013-9790272  Kaunter: 013-9088207
Faks: 09-279 0398
E-mel/ E-mail : necc@wildlife.gov.my

Untuk panduan korang ... Kalau korang nak turut serta dalam aktiviti-aktiviti kat bawah tu, boleh ler datang pada waktu yang telah ditetapkan ...




Nak maklumat yang lebih detail boleh klik


Gangguan Bekalan Air Di Gombak, Kuala Lumpur Dan Petaling 17 Dis 2014

Gangguan Bekalan Air Di Gombak, Kuala Lumpur Dan Petaling 17 Dis 2014
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Sebanyak 82 kawasan di Gombak, Kuala Lumpur dan Petaling akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 17 Dis (Rabu) mulai 9 pagi hingga 12 tengah malam.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan memaklumkan gangguan itu berikutan kerja pengalihan paip di kawasan berkenaan. Kawasan yang terjejas adalah seperti berikut:

Gombak:

- Taman Melati Setapak
- Taman Bunga Raya
- Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR)
- Plaza Idaman
- Gombak Setia
- Jalan Madrasah
- Flat Langkawi
- Flat Tioman
- Flat DBKL Taman Melati
- Taman Cemerlang
- Taman Desa Melawati
- Taman Setapak Indah
- Jalan Tumbuhan
- Platinum Victory Taman Melati
- Taman Melati Utama
- Kampung Setia Jaya
- Kampung Wira Jaya Setapak
- Hospital Colombia
- Batu 1 hingga 5
- Kampung Puah Hilir
- Kampung Puah Seberang
- Kampung Puah
- Kampung Sungai Mulia
- Kampung Bandar Dalam
- Kampung Sungai Merali
- Kampung Lee Kong Chian
- Taman Desa Gombak
- Kampung Padang Balang
- Kampung Changkat
- Air Panas Baru
- Langgak Bukit
- Prima Setapak
- Kampung Semarak
- Kawasan Perindustrian Ringan Setapak
- PPRT Air Panas
- PPRT Sungai Bonus
- Jalan Pahang
- Taman Danau Kota
- Platinum Victory (PV20)
- Taman Melawati
- Zoo Negara
- Prima Melawati
- Prima Court
- Tiara Kemensah
- Bukit Melawati
- Twin Palm Kemensah
- Kampung Klang Gate Baru
- Jalan Air Madu
- Residen Kemensah
- Taman Melati Indah
- Kemensah Heights
- Kem Wardiburn
- Saujana Melawati
- Tropika Kemensah
- Ukay Prima
- Amber Hill
- Nadayu Melawati
- Sunway Melawati
- Bukit Mas Melawati
- Desa Setapak
- Setapak Jaya
- Taman Sri Rampai
- Kampung Kemensah
- Jalan Usahawan
- Jalan Wangsa Perkasa
- Taman Permata

Petaling:

- Kawasan Tasik Prima 1 hingga 4
- Puchong Utama 7
- Prima Biz Hub
- Lake Belva
- Pangsapuri Seri Pelangi
Kuala Lumpur:
- Hospital Pantai, Cheras
- Masjid Pandan Indah
- Seluruh kawasan Taman Cheras Utama
- Seluruh kawasan Pandan Perdana
- Seluruh kawasan Pandan Komersial
- Seluruh kawasan Pandan Indah
- Seluruh kawasan Cheras Indah
- Seluruh Jalan Pandan Utama
- Seluruh kawasan Taman Maju Jaya
- Seluruh kawasan Pandan Mewah

Syabas meminta pengguna menyimpan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan dan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL dan dihantar ke 39222 untuk pertanyaan lanjut.

Maklumat lanjut tentang gangguan bekalan air sementara ini juga boleh didapati di laman web Syabas di www.syabas.com.my @ www.twitter.com/puspel dan Facebook dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'.