Seniwati Umi Kalthum Meninggal Dunia ...

Hari ini tanggal 15 Ramadan bersamaan 24 Julai 2013, perginya seorang lagi seniwati jelita era filem hitam putih iaitu Datin Hajjah Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bte Bahudin pada usia 81 tahun di kediamannya di Taman Melawati pada kira kira jam 4 pagi ini.

Semasa hayatnya Umi Kalthum telah berlakon lebih 20 buah filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Raden Mas, Laila Majnun, Menanti Hari Esok dan Syukur 21.

Wataknya jahatnya sebagai Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah yang digandingkan dengan Latifah Omar benar-benar meninggalkan kesan kepada penonton.

Beliau juga pernah dipilih sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di Asia pada zaman kegemilangannya oleh sebuah majalah di Australia.

- mStar

Sama-samalah kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allayarhamah. Semogaa Allayarhamah ditempatkan bersama golongan orang yang beriman.

4 comments:

  1. al-fatihah..memang sampai arwah tua pun wajahnya cantik,kan.suka tengok lakonannya sebagai bawang putih ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semogaa Allayarhamah ditempatkan bersama golongan orang yang beriman.

      Delete
  2. Ha ah..betul tu...arwah mmg cantik...
    Alfatihah...
    Semoga ditempatkan dikalangan orang yg beriman...

    ReplyDelete