Sebagaian wanita mengeluh kerana mereka perlu hidup sebagai seorang
wanita, seperti yang kita lihat dialog di bawah. Mereka seolah-olah
mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap mereka.
"Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah
saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak."
"Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami
kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita
takpe pulak."
"Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian
harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki
dapat. Kami mahu keadilan!"
"Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak
melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita,
masa nak beranak kita tanggung sendiri!"
"Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam
cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?"
"Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?"
"Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid
dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak
solat dan puasa?"
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum
wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina, mengekploitasi
fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.
Kaum lelaki pula cakap, "Ah, mujur aku ni lelaki!"
Tunggu..!
Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah.
"Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal
harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman
dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah
ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa
melihat perhiasan itu?
Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa
akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah
bawah pusat ke lutut tapi awak?
Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak
tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke
lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika
tengok awak hanya pakai seluar pendek!"
"Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu
wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya,
walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya
pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah
yang menanggung dosa yang kalian lakukan!"
"Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada
lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak
lakukan apa saja yang dia mahu.
Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada
lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan
anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak
secebis, tak merasa lah jawabnya!"
"Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali
awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat!
Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu,
percayalah... itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti
awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah
beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!"
"Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta
bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri
saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu
maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki!
Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak
lelaki awak!"
"Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga?
Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang
awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara.
Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan
dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!"
"Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak,
seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawab
kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala
orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!"
Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita,
maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala
hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia
dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
No comments:
Post a Comment