Ari tu aku ade cite pasal aku beli novel nih ... Popular Wangsa Walk ... Aku dah habis baca pun ... Walaupun setebal 897 muka surat , aku amek masa dua hari jer baca ... Best woo ... Kalau didramakan mesti best ... Layanzzz ...
______________________________________
Cinta pertama
tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk
hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish
Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya
terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan
hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis
yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan
adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang
mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam
rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah
sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri
langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan
atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih
bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut
Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta
abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah
Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada
baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat
tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang
datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak
disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya
pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar.
Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah
terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi
mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan
kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi
milik mereka?
Sumber :- http://www.karyaseni.my/
tak cakap pun dah abis baca....meh sini nak pinjam plk....
ReplyDeleteHahaha ... Lupa lansung ari tu ... Sibuk ngan bj sekolah bebudak nih ...
ReplyDelete