Danial Waka Waka ...


Ahad lepas adalah Hari Persembahan & Sukan, Tadika Sempurna ... Seperti biasa tak nyabor2 nak gie, bangun pun senang ... Abang Long & 
Adik pun ikut ... Best ... Seronok ... Menghiburkan ...

** Sebenar nyer aku nak masukkan video Danial menari ... Tapi tak boleh ler, ntah ler pesal nyer ...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sawan Akibat Demam Panas


'Tiba-tiba badan dia kejang, mata memandang ke atas manakala tangan dan kaki mula menggeletar. Saya juga dapati bibirnya mula biru. Apabila dipanggil, dia tidak sedar. Saya ingat anak saya akan mati'. Ini biasanya cerita diperoleh daripada ibu bapa yang pernah melihat anak mereka diserang sawan atau kejang.
Sawan berlaku dalam beberapa keadaan. Paling kerap ditemui ialah sawan demam apabila kanak-kanak berumur antara 6 bulan hingga 5 tahun mengalami kejang ketika demam panas.
Ciri-ciri Sawan Demam
* Berlaku pada kanak-kanak berumur antara 6 bulan hingga 5 tahun
* Berlaku ketika demam panas
* Biasanya membabitkan kedua-dua kaki dan tangan
* Sawan tidak melebihi 15 minit
* Tiada kesan sampingan seperti lemah sebahagian badan (kecuali kes sawan demam kompleks)

Tindakan
Pastikan anak berada di kawasan selamat, jauh daripada perabot. Ini bagi mengelakkan kecederaan jika tangan atau kaki terkena perabot.
Palingkan mukanya ke kiri atau kanan supaya saluran pernafasan tidak tersumbat akibat lidah yang jatuh ke belakang atau air liur.
Jika anak sedang makan, keluarkan makanan daripada mulut.
Jangan masukkan sudu, jari atau apa-apa benda ke mulutnya. Ini tidak membantu mengelaknya tergigit lidah, sebaliknya boleh menyebabkan kecederaan dalam mulut.
Jika demam, basahkan badan anak dengan air paip untuk menurunkan suhu. Elak menggunakan ais kerana ini menyebabkan suhu naik semula selepas kesan ais hilang.
Bawa ke hospital atau klinik terdekat jika :
* Kali pertama anak mengalami sawan
* Sawan tidak membabitkan kedua-dua tangan dan kaki
* Sawan berterusan lebih 15 minit
* Anak tidak sedar sepenuhnya selepas sawan berhenti
* Anggota badan anak kelihatan lemah selepas sawan
* Jika ubun masih terbuka, ia menjadi keras atau bengkak
* Sawan berlaku tanpa demam
* Sawan berlaku selepas jatuh atau terhantuk
* Anak tidak suka melihat cahaya atau menangis tanpa henti
* Anak mempunyai kelewatan perkembangan serta tanda pada kulit

Rawatan
Biasanya doktor akan memberi oksigen serta ubat untuk menghentikan sawan. Doktor juga memberi ubat demam dan membasahkan badan anak untuk mengurangkan demam.
Rawatan sawan demam tidak membabitkan pengambilan ubat berpanjangan,
sebaliknya ibu bapa dinasihati memberi ubat demam setiap 6 jam dan membasahkan badan supaya suhu badan tidak naik terlalu tinggi.

Dalam kes tertentu, ibu bapa juga mungkin diberi ubat untuk memberhentikan sawan jika ia masih berlaku.
Oleh kerana masalah sawan demam biasanya faktor keturunan, kemungkinan mendapat anak yang mengalami sawan demam bertambah jika ibu bapa atau adik beradik pernah mengalami masalah sama.
Sumber : Sihat Selalu
Published with Blogger-droid v2.0.9

Mak Datin Rock ...


Peace ...
Hehehe ...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Soalan Peksa Lukisan Darjah 3 ...


Nie lah soalan peksa akhir tahun Luqman ... Dia selalu tanya aku nak buat yang mana satu ... Hehehe, macam ler ibu nih hebat sangat lukisan nyer ... Ada jugak istilah yang tak berapa nak faham cth nyer "kelarai" n "teknik resis" ... Tak tahu lah bebudak nih faham ker tak ... Haisshh ... Antara subjek yang aku x suka ...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Kenduri Kulit Lembu


Ahad lepas, 7/10 Kami sekeluarga balik ke Jengka17, sambil melawat Mak Mertua, kebetulan ada jemputan kenduri kahwin di Jengka15, adik kepada wife adik ipar aku ...
Sambil lepak2 menunggu waktu kenduri, berborak ler Kami semua ... "Kak Teh, pernah makan lauk kulit lembu ?" tanya adik ipar aku ... Aku dengan selamba jawab "Mana ada orang makan kulit lembu, orang buat kompang jer ..." sambil gelak2 ... "Try ah nanti, sedap ..." Aku pun agak teruja nak ker kenduri tu, nak jugak tengok n rasa cam ner ... Dia orang buat masak lemak putih cili api ... Bagi aku sedap jugak lah ... Lebih kurang cam perut tu ... kenyal2 gitu ...
Dengar2 cite, susah jugak nak buat masak lemak kulit lembu nih ... Kulit lembu tu perlu dibakar dan direndam semalaman bagi memudahkan proses membuang@mengikis bulu2 lembu tu ... Kalau nak terus masak leh ler gunting kecik2 sebelum direbus sampai empuk supaya lembut sebelum dimasak ... Kalau nak masak lain kali, kulit lembu tu kena lah jemur sampai kering lepas dah kikis bulu2 tu, tak perlu rebus ... Emmm, susah jugak ...
Hahaha, nie ler first time aku makan lauk kulit lembu ... Rase nyer ok, sedap, boleh diterima oleh tekak aku ...
Published with Blogger-droid v2.0.9