Nafkah Untuk Isteri ...

Jika isteri bekerja wajar terima peruntukan nafkah, apatah lagi bagi isteri yang tak bekerja. Malah jika isteri anda suri rumah sepenuh masa pun, realitinya isteri anda wajar dibayar dengan jumlah tertentu kerana melakukan kerja-kerja rumah: memasak, mengemas, mendidik anak-anak hatta Islam menetapkan bahawa isteri wajar dibayar bagi setiap titisan susu yang masuk ke mulut anak anda. Sebegitu sekali tanggung jawab suami sebagai penyumbang nafkah keluarga. Berapa ramai yang benar-benar mempraktikkannya? - petikan topik Duit Isteri Bukan Milik Suami, Resipi Hidup Mingguan Wanita tarikh 18 Mei nanti, insyaAllah!

Tujuan saya kongsikan isu nafkah perlu buat seorang isteri dan anak2 bukan untuk wujudkan pertelingkahan antara suami isteri, bukan juga untuk cetuskan perkelahian atau perbalahan tetapi bertujuan agar setiap isteri maklum dan mafhum mengenai haknya seperti yg ditetapkan oleh syariat. Kalau sebagai isteri anda redha suami tak berikan nafkah, antara anda dan suami memang tak ada 'hutang' tapi jangan lupa, suami masih punya hutang dgn Allah. Akad nikah yg Islam tetapkan mudah tapi di sebalik mudahnya setiap ayat yg kerap juga perlu diulang dua tiga kali tersebut, tersirat seribu pengertian yg menjadi tanggungjawab dan amanah yg telah anda janjikan dengan Allah SWT untuk tunaikan. Bila anda sengaja engkar, bererti anda mungkir janji dengan Allah SWT. Saya berkongsi dengan harapan saya dan anda serta pasangan anda juga setiap insan di sekeliling kita diredhai oleh-Nya, bukan semata2 redha sendiri atau ketenangan emosi sendiri. Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: “Tidaklah para hamba berada di waktu pagi melainkan ada dua malaikat yang turun. Salah satu dari mereka berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang menafkahkan hartanya balasan yang lebih baik. Sedangkan malaikat yang lain berdoa: Ya Allah! Berikanlah kebinasaan kepada orang yang menahan hartanya (tidak mahu menafkahkannya).” - hadis riwayat al-Bukhari. Anda pilihlah; nak suami diredhai Ilahi atau dilaknat? (",)

- Suzana Ghazali

Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

  1. Saya TakTau nak komen camne Tapi saya rasa suami saya ada serba sedikit sabotaj hak-hak saya sebagai isteri, antara nye, tidak izinkan memandu dan tidak izinkan bekerja, selain itu, dia jenis terlebih mengongkong. Membuat kan saya sering mendapat stress dan pertelingkahan seprrti bertekak suara sering berlaku, saya harap saya boleh dapat srba sedikit kaunseling dari ustazah. Terma kasih.

    ReplyDelete