K-Pop ...

King Shazz Kingshazz


Satu hari, si anak mengajak si ayah membawanya ke Putrajaya untuk melihat konsert K Pop di Hari Belia.


Anak: Ayah, jom gi Putrajaya malam ni. Saya nak tengok K Pop live n ambil gambar diorang.


Ayah: Ok. Tapi sebelum tu, kita makan malam dulu ye.


Anak: Orait.


Sebelum makan, si ayah memberitahu sesuatu yang sangat mengejutkan sang anak.


Ayah: Makanlah tomyam ni. Sedapkan bau dia. Tapi tadi, ayah campur sikit tahi kucing. Tapi, tak berubah pun rasa, bau dan warna dia.


Anak: Eeeii.. Ape ni ayah? Kotor la. Tahi kucing tu kan najis. Macam mana kita nak makan.


Ayah: Cuba la sikit, ok je rasa dia.


Anak: Ayah, kita kan orang Islam. Lagipun, tak logik akal nak makan benda yang bercampur dengan najis.


Ayah: Hmm.. Kalau kita ni manusia biasa pun bijak untuk menilai, makanan ni kotor sebab bercampur dengan najis. Allah mesti lagi bijaksana untuk menilai program malam ni baik atau buruk sebab ia da bercampur perkara maksiat. Apatah lagi melihat orang yang terkinja-kinja menari, dedah aurat sana sini, duduk pula bercampur laki perempuan, semua tu melebihi batas yang Islam dah gariskan.


Anak: Gulpp.. Hebatnya perumpamaan ayah ni. Saya dah tak selera nak makan tomyam lagi dan yang lebih penting, saya tak selera nak minat K Pop lagi


Ayah: Alhamdulillah kalau anak ayah faham. Islam tak pernah larang umatnya berhibur. Asalkan jangan melampau. Hiburan ni macam garam dalam makanan la. Kalau terkurang, tawar. Kalau terlebih, masin. Jadi, letaklah secukup yang perlu saja. Biarlah hiburan yang kita cari itu mendidik jiwa, dan lagi cantik kalau hiburan tu dapat bawa kita ingat Allah.


Anak: Asal tadi nak tengok K Pop, tapi sekarang dapat dengar tazkirah daripada ayah pulak. Betullah, Allah beri apa yang kita PERLU, bukan apa yang kita NAK. Terima kasih ayah.


Sumber : http://on.fb.me/KoFB0F


Published with Blogger-droid v2.0.4

Doa ...

~~Sekadar renungan bersama~~


Tertundanya pemberian,

setelah kamu mengulang-ulang permintaan.

Janganlah kamu berputus asa dan harap.

Allah menjamin pengabulan doa, sesuai dengan apa yang Dia pilih buat kamu..,

bukan menurut apa yang kamu pilih sendiri.

Dan pada yang Dia kehendakki, bukan pada waktu yang kamu ingini...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Dari Putrajaya ke Shah Alam

Mari ramai-ramai ke Karnival di Masjid Negeri Selangor, Shah Alam ... Hari nie n esok .... Macam-macam ada ... Jangan lupa singgah booth no.22 ... Malam esok Ustaz Azhar Idrus ceramah ...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Debat KJ - Rafizi

Penghapusan PTPTN


Published with Blogger-droid v2.0.4

Anarkis

Agak lama jugak nak menghabiskan membaca novel nih ... Ada 684 mukasurat semua nyer ... Sebuah kisah yang agak berat bagi aku ...

____

Sarjan Awai Gamung seorang penembak hendap Gerup Gerak Khas membiarkan dirinya dipenjarakan di wilayah Balkan. Tiada pengampunan atas dosa yang dilakukannya.

Di Malaysia, dia tidak punya apa2, anak dan isteri telah meninggalkannya. Bayang-bayang hitam dosa lalu masih menghantui nyer ... Sarjan Awai dikaitkan dengan kematian diplomat Britain, Sir Anthony Morse dan peguam belanya sendiri, Jagjit Kaur. Keadaan mula menekan memaksa Sarjan Awai melarikan diri.

Kotaraya Kuala Lumpur menjadi medan pertempuran apabila sekumpulan askar upahan misteri menjalankan operasi memburunya. Misi : Sarjan Awai mesti mati !!!

Apabila nyawa keluarganya terancam, dia berhenti berlari.Daripada seorang yang diburu, Sarjan Awai pula menjadi pemburu. Kemusnahan mengikut setiap langkahnya. Tiada undang-undang dapat menghalangnya. Dia menjadi ANARKIS !!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

The Amazing Spider-man

Cam best jer ...

Harus tengok nih ...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Bubuh Anak Dalam Mesin Basuh ...

Gilerr aahh ...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Danial wat homework ...

Rajin nyer wat kerja sekolah ...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Yatt Hamzah ...

Comel kan ... Alhamdulillah ... Semoga mampu memberi inspirasi kepada yang lain-lain ...

"Tergambar di fikiran bahawa terlalu banyak dosa yang telah Yatt lakukan. Saat itu juga dapat Yatt rasakan inilah kedamaian yang tidak pernah Yatt rasai selama ini ..."

"Yatt rasa sangat bersyukur kerana diberikan hidayah dalam usia yang masih muda dan diharapkan Yatt sempat untuk melakukan perubahan demi perubahan dalam kehidupan seharian ..."

Nak baca kisah selanjut nyer n nak tengok gambar2 Yatt n anak yang dua2 comel, dapatkan majalah Mingguan Wanita, Bil.1485


Published with Blogger-droid v2.0.4

Selamat Hari Guru 2012 ...

Assalamualaikum dan Selamat Pagi ...

Selamat Hari Guru diucapkan buat semua guru-guru, para pendidik, ustaz2 dan ustazah2 di Malaysia dan di mana jua anda berada ...

Terima Kasih di atas segala tunjuk ajar ...

Semoga diberkati Allah sentiasa ...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Luqman bagi ...

Sempena Hari Ibu ari tu, Luqman bg nih ...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Selamat Hari Ibu ...

Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu ... Semoga kita sama-sama menjadi ibu yang sentiasa menjadi kebanggaan keluarga ... Sentiasa dirahmati ALLAH dan dilimpahi hidayahNya ... Insyaallah ...


I love my mom no matter what we go through & no matter how much we argue because I know, in the end, she’ll always be there for me.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sehari selepas kejadian ...

Pokok tumbang telah dialihkan ketepi ... Cuma masih belum dibersihkan ... Rase nyer pihak sekolah n Majlis Perbandaran perlu mengambil satu tindakan segera, bagi mengelak kejadian berulang n nyawa terkorban ... Pada pemerhatian aku ler pokok2 di sekitar sekolah nih sudah agak berusia n berisiko untuk tumbang ... Perlu dicantas @ ditebang terus ...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Pokok tumbang ...

Gombak Setia sekali lagi dilanda ribut ... Kejadian berlaku Rabu lepas ... Waktu hujan lebat ... Guruh, kilat dan petir berganti-ganti ... Masa tu dah 6.35 petang, aku kena gie amek Luqman ... Walaupun takut, gagahkan diri juga, berbekalkan sekaki payung, aku redah jer hujan ribut tu ... Pakai payung tak dpt menyelamatkan ape2 ... Habis basah head to toe ... Sampai sekolah "mana lak si Luqman nih ... ???" ... Rupenyer, dia berlindung balik dinding, ketakutan ... Sian dia ... Aku ngan Luqman berlindung sementara menunggu hujan reda, ... dah menggigil dah dua2, sejuk ... tiba2 dtg angin yg sgt kuat (bg aku ler), rasa nak terbang jer, dlm hati Tuhan jer yg tahu ... Keadaan agak berbahaya, kut2 ada kaca pecah melayang ditiup angin, aku bwk Luqman berlindung balik tangga bangunan ... Kejadian ribut tu kejap jer, bila angin dah agak reda "Luqman, jomm ... " Sekerat jalan jumpa abah ... "Aitt, apesal ... ?" ... "Pokok depan rumah tu tumbang beberapa minit lepas Hani kuar " kate Abah ... Ya Allah, sebaik ... Syukur Alhamdulillah ... Pokok tu tumbang dan menghalang laluan, menimpa sebuah kereta yg parkir kat situ(amek anak kut) ... Sebaik masa kejadian takde org kat dalam ... Kereta tak teruk sangat, coz ada pagar sekolah n wayar letrik ...  Syukur Alhamdulillah tak de nyawa yang terkorban ...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sape Kuat ...



Besi itu kuat, tetapi api mampu

mencairkannya.

Api itu kuat, tetapi air mampu memadamnya.

Air itu kuat, tetapi awan mampu menyejatnya.

Awan itu kuat, tetapi angin mampu membawanya.

Angin itu kuat, tetapi bukit mampu

menghalangnya.

Bukit itu kuat, tetapi manusia mampu

menghancurkannya.

Manusia itu kuat, tetapi nafsu mampu

menundukkannya...

Nafsu itu kuat, tetapi iman mampu mengatasinya...~


Published with Blogger-droid v2.0.4

No Matter

No matter how big your house is,

how flashy you car is

or how expensive your clothes are

our GRAVES are still going to be the same size!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Lapo ... Lapo ...

Lapo nyer ...

Jemput makan semua ...

Bismillahirrahmanirrahhimm ...

Yee Mee Ketam Kuah Banjir ...

Downtown Cheras ...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Nafkah Untuk Isteri ...

Jika isteri bekerja wajar terima peruntukan nafkah, apatah lagi bagi isteri yang tak bekerja. Malah jika isteri anda suri rumah sepenuh masa pun, realitinya isteri anda wajar dibayar dengan jumlah tertentu kerana melakukan kerja-kerja rumah: memasak, mengemas, mendidik anak-anak hatta Islam menetapkan bahawa isteri wajar dibayar bagi setiap titisan susu yang masuk ke mulut anak anda. Sebegitu sekali tanggung jawab suami sebagai penyumbang nafkah keluarga. Berapa ramai yang benar-benar mempraktikkannya? - petikan topik Duit Isteri Bukan Milik Suami, Resipi Hidup Mingguan Wanita tarikh 18 Mei nanti, insyaAllah!

Tujuan saya kongsikan isu nafkah perlu buat seorang isteri dan anak2 bukan untuk wujudkan pertelingkahan antara suami isteri, bukan juga untuk cetuskan perkelahian atau perbalahan tetapi bertujuan agar setiap isteri maklum dan mafhum mengenai haknya seperti yg ditetapkan oleh syariat. Kalau sebagai isteri anda redha suami tak berikan nafkah, antara anda dan suami memang tak ada 'hutang' tapi jangan lupa, suami masih punya hutang dgn Allah. Akad nikah yg Islam tetapkan mudah tapi di sebalik mudahnya setiap ayat yg kerap juga perlu diulang dua tiga kali tersebut, tersirat seribu pengertian yg menjadi tanggungjawab dan amanah yg telah anda janjikan dengan Allah SWT untuk tunaikan. Bila anda sengaja engkar, bererti anda mungkir janji dengan Allah SWT. Saya berkongsi dengan harapan saya dan anda serta pasangan anda juga setiap insan di sekeliling kita diredhai oleh-Nya, bukan semata2 redha sendiri atau ketenangan emosi sendiri. Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: “Tidaklah para hamba berada di waktu pagi melainkan ada dua malaikat yang turun. Salah satu dari mereka berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang menafkahkan hartanya balasan yang lebih baik. Sedangkan malaikat yang lain berdoa: Ya Allah! Berikanlah kebinasaan kepada orang yang menahan hartanya (tidak mahu menafkahkannya).” - hadis riwayat al-Bukhari. Anda pilihlah; nak suami diredhai Ilahi atau dilaknat? (",)

- Suzana Ghazali

Published with Blogger-droid v2.0.4

Bob Kuman Disahkan Meninggal Dunia ...

Kali nih betul n sahih....

Bob Kuman dah meninggal dunia ...

Al-Fatihah ...

Salam Takziah ...

Semoga aman di sana ...


Sumber : http://www.ohbulan.com/bob-kuman-disahkan-meninggal-dunia/


Published with Blogger-droid v2.0.4