Rotavirus ...

Dua tiga hari lepas ada dengar berita pasal kematian dua bayi kat Perak ... Lebih dua ribu penduduk di daerah Hilir Perak dan Batang Padang dipercayai akibat dijangkiti sejenis virus dikenali ‘Rotavirus’ yang menyebabkan kes ‘Acute Gastroenteritis’ (AGE). Aku pernah ler dengar pasal penyakit nih ... Cuak jugak coz Danial baru jer baik demam nyer ... Di kesempatan yang ada aku pun meng"google" ler ... Kat sini aku nak kongsi ngan kawan2 ... Semoga kita semua lebih berhati-hati ... Nauzubillah ... Minta dijauhkan ler ...
**********************************
Apa itu jangkitan Rotavirus. Rotavirus biasanya berpunca daripada gejala cirit birit dan muntah yang amat teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak. Virus ini menular di mana sahaja tanpa mengira tempat manakala bayi adalah sasaran utama Rotavirus ini, malah setiap hari kematian yang disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan di seluruh dunia. 

Apa Itu Rotavirus?

Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah dijangkiti melalui sentuhan biasa dan boleh kekal beberapa jam di atas kulit manusia serta mampu bertahan dalam jangka masa yang lama di atas permukaan yang keras malah virus ini boleh kekal hidup dalam jangka masa yang agak lama di dalam najis individu yang telah dijangkiti.  Ia juga adalah sejenis virus yang menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman manusia.
Simptom Dan Tanda Jangkitan Rotavirus
  1. Cirit birit berlarutan
  2. Muntah berterusan
  3. Sakit perut
  4. Demam dan selsema
  5. Bau najis terlalu busuk

Komplikasi Rotavirus

Dehidrasi atau kekurangan air yang mencukupi di dalam badan adalah salah satu punca utama yang menyebabkan pesakit mengalami cirit birit dan muntah berlarutan. Sekiranya pesakit mengalami Dehidrasi yang terlalu teruk, keadaan ini akan menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman atau usus pesakit, masalah pernafasan, kardiak, jangkitan pada otak dan kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh membawa maut.

Cara Mengatasi Rotavirus Dan Cirit Birit

  1. Memberi bayi dengan susu ibu untuk mengelakkan Dehidrasi
  2. Memberi ubat atau cecair yang boleh mengubati cirit birit
  3. Amalkan asas kebersihan seperti membasuh tangan dengan cara yang betul
  4. Temui doktor  jika tanda Dehidrasi berlaku seperti mulut kering dan najis berdarah
Sumber :- Bukit Besi Blog

No comments:

Post a Comment