Renungilah Kata-kata Imam Ghazali berkaitan Sombong dan Angkuh... ■Apabila bertemu dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak masih belum banyak melakukan dosa berbanding dengan kita ■Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih banyak melakukan ibadat kerana lebih lama hidup berbanding dengan kita ■Apabila bertemu dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana ilmu yang mereka miliki dan pelajari lebih banyak daripada kita ■Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan, tetapi kita membuat dosa dalam keterangan. ■Apabila melihat orang jahat, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mungkin suatu hari nanti dia akan bertaubat dan insaf atas kesalahannya ■Apabila melihat orang kafir, berdoalah di dalam hati agar suatu hari nanti pintu hati mereka akan disinari oleh taufik dan hidayah dengan izin Allah dan segala dosa mereka akan diampuni. |
No comments:
Post a Comment