Siapakah Wanita Yang Cantik

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj883jsG25UP83uTiBcDx0FrY0VadKOAtrzA-e3F7hHxv6W2u5AZsBsbIkE6uE27W5qPUkPyWjdtX3Yhh7uCRWcO7NY5_FxrUGF5O1a5X6RE7QcEKPAFt_9ek7N4SJLY-MJ6qakwLYOZno/s400/wanita+solehah.jpg
Alangkah indahnya pada seorang wanita itu apabila ia memiliki bukan sekadar wajah yang cantik tetapi juga hati dan budi yang indah. Fizikalnya menampakkan kesempurnaan,kemudian ia ditambah pula dengan keindahan budi serta akhlaknya. Ohh, betapa anggunnya saat wanita ini menjadi kepunyaan hati seorang lelaki, ia mempunyai dua kelebihan diri yang diidam-idamkan oleh semua manusia. Bayangkan jika anda mempunyai teman yang ayu dan comel rupa parasnya tetapi suka mengumpat, tidak menjaga lidahnya daripada menyakiti hati orang lain, menfitnah, menghina teman-teman, dengki dan gemar menyusahkan orang lain. Ketika ini, adakah kecantikkannya masih boleh diiktiraf? Biarlah tidak cantik tetapi reti berbudi, biar tidak jelita tetapi tahu pekerti. 

Saya percaya, seorang wanita itu mempunyai kekuatan mistik yang tersendiri kepada seorang lelaki. Benar atau tidak, seorang wanita yang cantik dan solehah bisa merubah seorang lelaki menjadi soleh sepertinya juga.Seorang wanita yang hebat jiwanya adalah wanita yang tidak kalah dengan kekurangan diri dan sentiasa berfikir untuk ke hadapan walaupun diri merasa tidak sempurna. Diingatkan, berapa ramai sudah wanita yang memiliki kesempurnaan dan kecantikkan tetapi lebur dalam arus keduniaan. Semuanya gara-gara mahu mengejar kecantikkan yang sementara. Mahu kulit yang licin, tubuh yang langsing, kulit yang gebu dan sebagainya. Kalaulah tubuh yang langsing dan gebu itu menyebabkan para wanita ramai yang terlupa akan auratnya, maka tidak memiliki tubuh secantik itu adalah langkah yang lebih tepat, asalkan prinsip agama dapat dipelihara. 

Wanita juga mampu menjadi inspirasi dan aspirasi kepada seorang lelaki dengan hanya memiliki kecantikkan budi dan akhlaknya. Cantik pada wajah belum pasti menjanjikan kebaikkan, tetapi cantik pada budi itulah kecantikkan hakiki. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupa-nya. Akal mengatakan perempua itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

No comments:

Post a Comment