Search This Blog

Showing posts with label Tazkirah Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah Jumaat. Show all posts

TAZKIRAH JUMAAT #62 | SOLAT DI HUJUNG WAKTU


Assalamualaikum kengkawan ... Meh baca kisah orang-orang yang melewat-lewatkan solat ... Kisah untuk mengingatkan saya dan sahabat-sahabat ... Harap-harap dapat manfaat bersama ...

______________________________


Para Malaikat menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam ... Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya ... Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya ...

Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorangpun daripada mereka akan membantunya ... Para malaikat Jahannam terus mengheret dia ... Mereka telah semakin hampir dengan neraka ... Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir ... Dia teringat ... 

Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata; 
"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka" 

Dia mula menjerit; 
"Solat saya? Solat saya? Doa saya?" 
Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka ... Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya ... Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya ... Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam ... Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api ...

Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan ... Dia ditarik kembali ke atas ... Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang ... Kelihatannya lelaki itu sangat daif ... Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya, 

"Siapakah anda?" 
Orang tua itu menjawab, 
"Saya solat anda" 
"Mengapa kamu begitu lewat! Saya telah terjunam ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur ... " 
Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya, 
"Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!" 
Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud ... Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh ... Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak ... Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu ... Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi ... Dia sedar kesalahannya kini ... Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar ...


______________________________

Kongsikan kisah ini kepada kawan-kawan korang dan keluarga ... Mungkin, korang boleh membantu seseorang mengetuk pintu hati mereka ... Siapa tahu? Mungkin ini adalah satu perbuatan yang baik yang boleh membantu kita pada hari penghakiman ...Peringatan untuk saya juga ...

-Petikan dari ceramah Ustaz Faqih Razak di Masjid Tanjung Piandang-

TAZKIRAH JUMAAT #61 | TAK REDHA


Kali ini saya nak paparkan kisah yang banyak berlaku dalam kehidupan kita ... Malah dalam hidup saya sendiri, ia nyer kerap beraku ... Kita seringkali kata kita dah maafkan kesalahan orang kan ... Tapi tulah kadang-kadang tu kat mulut jer kan kat hati tu macam susah nak terima ... Orang sekarang cakap memaafkan mudah nak melupakan tu agak susah ... Bukan susah nak lupa tapi lebih kepada berhati-hati kot ... Jom baca kisah yang saya dapat daripada kengkawan wasap group saya ...

<<<<<<<<<< >>>>>>>>>>


"Ustaz...apa jadi kalau kita TAK REDHA atas kesalahan orang lain yang orang tu buat kat kita?"

Jawapan ustaz tu..ringkas je..tapi menyentap..

"Jika 2 ekor kambing bergaduh sekalipun, di akhirat kelak, akan ditanya oleh Allah..."
Jika kita tak redha..tak memaafkan orang lain..kita akan LEWAT MENITI TITIAN SIRAT..nak ke? Ia akan MELEWATKAN AMALAN KITA DIHISAB ..nak ke? 
SEBAB Allah nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan orang-orang yang kita tak redha tu...sorang2 akan datang menghadap kita minta maaf..nak ke? 
Sedangkan..semua orang sepatutnya berlumba2 mahu segera ke SYURGA..kita duk fikir2 lagi pasal nak meredhai ke tak..mengampunkan ke tak.."

Sekarang..tanya balik kpd diri sendiri..berbangga ke kita dengan prinsip, "merangkaklah korang cari aku kat padang mahsyar nanti!"
Sebab..bukan dia je tertangguh masuk ke syurga..malahan kita juga..

Urusan kesalahan dia tu..biar Allah selayaknya membalasnya...
Biar Allah menghakimi..
Biar dia ditanya dihadapan Allah kelak..

Memaafkan orang..tak boleh baiki masa silam...tapi akan memperbaiki masa hadapan kita..
Kita akan lebih tenang..
In sha allah..


<<<<<<<<<< >>>>>>>>>>

Haaaa ... Dah baca kengkawan ... Sentap tak ? Sentap kan ... Semoga kita semua dapat memaafkan kesalahan orang lain dengan ikhlas  ... Yelah kita manusia biasa juga tak akan lari dari melakukan kesilapan ... Ya Allah ... Kuatkan lah hati hamba Mu ini untuk memaafkan seikhlas nyer kesalahan-kesalahan orang lain ... Nak cakap nak tulis bab redha nie memang senang ... Tapi nak buat tu susah ... 

TAZKIRAH JUMAAT #60 | 99 LANGKAH MENINGKATKAN IMAN



Assalamualaikum kengkawan ... Lanjutan daripada Tazkirah Jumaat yang lepas, di sini saya senaraikan 99 Langkah Meningkatkan Iman ... Boleh dipraktikkan dengan istiqamah ... Tak dapat semua, skit-skit dulu ... 

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat dan kejayaan;

02. Sabar apabila mendapat kesulitan;

03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;

04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

08. Jangan usik dengan kekayaan orang;

09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;

10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;

13. Jangan hancur kerana kezaliman;

14. Jangan goyah kerana fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi
kemampuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17. Jangan sakiti ayah dan ibu;

18. Jangan usir orang yang meminta-minta;

19. Jangan sakiti anak yatim;

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk;

24. Lakukan solat fardhu pada awal waktu, berjemaah
di surau/masjid;

25. Biasakan solat malam;

26. Perbanyakkan berzikir dan doa kepada Allah;

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28. Sayangi dan santuni fakir miskin;

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30. Jangan marah berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah
kerana Allah;

33. Berlatihlah konsentrasi fikiran;

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah
maaf apabila karena sesuatu sebab tidak
dapat dipenuhi;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan
iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlampau takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlampau takut kepada manusia;

40. Jangan sombong, takkabur, riak, ujub dan besar kepala;

41. Berlakulah adil dalam segala urusan;

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

43. Bersihkan rumah daripada kekotoran;

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

45. Perbanyakkan silaturrahim;

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

47. Bicaralah secukupnya;

48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manafaatkan waktu;

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;

52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan
tidak berlebihan;

54. Hormatilah kepada guru dan ulama;

55. Sering-sering berselawat kepada Nabi saw;

56. Cintailah Nabi saw , sahabat dan keluarganya;

57. Jangan terlalu banyak buat hutang;

58. Jangan terlampau mudah berjanji;

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar
bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak
bermanafaat seperti bercakap-cakap hal yang tidak
berguna;

61. Bergaullah dengan orang-orang yang soleh;

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan
beristighfar;

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

65. Jangan berdendam dan jangan ada keinginan membalas
kejahatan dengan kejahatan lagi;

66. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan
pendiriannya;

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan
sesuatu pilihan

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka
yang mendapat musibah atau kesulitan.

70. Jangan melukai hati orang lain;

71. Jangan membiasakan berkata dusta;

72. Berlaku adil, walaupun kita sendiri akan
mendapatkan kerugian;

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;

74. Laksanakan segala tugas dan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan
dan kesungguhan;

75. Hormati orang lain yang lebih tua daripada kita

76. Jangan membuka aib orang lain;

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,
lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;

78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang
arif dan bijaksana;

79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah
dilakukan;

80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong
kerana kaya;

81. Jadilah manusia yang selalu bermanafaat untuk !
agama,bangsa dan negara;

82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan
orang lain;

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata
apa-apa;

85. Hargai prestasi dan pemberian orang;

86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan
dan kesenangan;

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang
bersangkutan tidak menyenangkan.

88. Sediakan waktu untuk bersenam dan sesuaikan ia
dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal
atau mental kita menjadi terganggu;

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan
bijaksana;

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang
dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain
terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat
menyebabkan orang lain terhina;

93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang
menyangkut teman kita sebelum di pastikan
kebenarannya;

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan
kewajipan;

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh
keakraban dan keramahan dengan tidak berlebihan;

96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang
diluar kemampuan diri;

97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan
tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan
kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan
kerosakan;

99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan 
jangan kaya dengan memiskinkan orang.

TAZKIRAH JUMAAT #59 | PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN


Hi kengkawan semua ... Jom semak balik subjek sekolah menengah dulu ... Ingat lagi tak ? 

MAKSUD IMAN 

DARI SEGI BAHASA :- percaya 

DARI SEGI ISTILAH :- Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota 

KEPENTINGAN IMAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM 

- membentuk insan muslim sejati 

- supaya istiqamah dalam ibadat 

- melahirkan generasi berakhlak mulia 


PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN 

· SYIRIK 
· MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya 

· JENIS-JENIS SYIRIK : 

1. Syirik Jali 

Maksud :- perlakuan syirik secara terang-terangan 

Contoh : 
- menyembah patung dan berhala 
- menyembah bulan atau matahari 
- mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan 

Akibat :- rosak akidah, berdosa besar, mendapat azab di akhirat 

2. Syirik Khafi 

Maksud :- tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat 

Contoh : 
- riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri), 
- ujub (mengagumi diri sendiri), 
- takbur (membangga diri) 

Akibat : 
- dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat 
- sukar menerima pandangan orang lain 

Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana ia membatalkan iman seseorang ... Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah ... Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik ... Amalan ini juga mencemarkan kesucian agama Islam ... 

Cara mengelak perbuatan syirik :-

· Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas 
· Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi 
· Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan bahaya syirik 

Kesan Syirik 

· Membatalkan iman 

· Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah 

· Dimurkai Allah 

· KUFUR 
· MAKSUD :- tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W 

· JENIS-JENIS KUFUR : 

1. Kufur Hakikat :
Maksud :- ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w

Contoh : 
- tidak mengakui balasan diakhirat
- menolak hukum yang terdapat dalam al-quran 
- menyatakan solat fardhu merugikan masa 
- menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi 

2. Kufur Nikmat : 
Maksud :- mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan 

Contoh : 
- menggunakan nikmat kejalan maksiat 
- enggan mengeluarkan zakat / sedekah 
- boros membelanjakan harta 

· FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESORANG MENJADI KUFUR : 

- pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan antara perbuatan yang membawa dosa atau pahala 

- terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan 

- kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur untuk memenuhi keperluan hidup 

· RIDDAH 

· MAKSUD :- berpaling atau keluar daripada agama islam 


· SESORANG ITU BOLEH DIANGGAP MURTAD MELALUI 3 CARA

- Iktikad, apabila berniat hendak meninggalkan agama islam 

- Perkataan, apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama islam 

- Perbuatan, menganut agama selain daripada agama islam 


· SEBAB / FAKTOR YANG MENYEBABKAN RIDDAH 

- lemah pegangan agama 

- jahil tentang akidah dan hukum-hukum islam 

- terpengaruh dengan tawaran kebendaan 


AKIBAT BURUK SETELAH MURTAD 

- hubungan suami isteri terfasakh 
- haram menerima harta pusaka daripada waris beragama islam 
- haram dikebumikan diperkuburan Islam 
- menjadi penghuni neraka selama-selamanya 



CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG MURTAD 

- memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam 

- memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf

- pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukum


TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN KEPADA ORANG MURTAD 

- menasihati dan memintanya bertaubat ( sebanyak 3 kali ) supaya kembali kepada Islam 

- sekiranya masih berdegil, ia wajib dibunuh kerana takut dia akan menghasut yang lain supaya meninggalkan islam tanpa mengetahui balasannya.


HUKUMAN BUNUH TERHADAP ORANG MURTAD 

- memberi amaran bahawa agama islam tidak boleh dipermain-mainkan 

- mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama islam 

- menghindarkan masyarakat islam daripada berpecah belah dan huru-hara 


LANGKAH MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MURTAD 

- berpegang teguh dengan ajaran islam 

- menghindari daripada sebarang perbuatan, fahaman dan percakapan yang boleh membawa kepada riddah 

- mendalami ilmu-ilmu agama 

- menghadiri majlis-majlis ilmu


LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH MURTAD 

- memberi pendidikan agama dengan sebaiknya kepada setiap orang Islam 

- memberi kefahaman kepada orang Islam tentang akibat buruk perbuatan murtad 

- mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang murtad 


· KHURAFAT 

· MAKSUD :- Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat 

 CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN 

- mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang

- mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial 

- membuang ancak bagi menghalau hantu

- mengunjungi kubur yang dianggap keramat 

FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM 

- iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat 

- terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat 

- ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal 

CARA MENANGANI &MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM 

- menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat 

- mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat 

- mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat 

AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT 

- menyebabkan syirik dan batal iman 

- membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia 

- menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik 


· SIHIR 

· MAKSUD :- ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia 

CONTOH 

- menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna 

- mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan 

- pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus 

PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR 

- perasaan dendam seseorang terhadap orang lain 

- iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang 

- ada perasaan benci terhadap seseorang 

CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR 

- mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan sihir 

- menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat 

- tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut 

AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR 

- merosakkan akidah dan membatalkan iman 

- memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah 

- hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan 


HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR 

- supaya akidah seseorang tetap terpelihara 

- supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera 

- supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar 

CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR 

- membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat 

- sunnah nabi membaca Al fatihah dan 4 qul sebelum tidur dan diusap seluruh badan dengan tangan sambil meminta pertolongan Allah.

- banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah 


· NIFAK 

· MAKSUD :- Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah 


CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK 

- berdusta apabila bercakap 

- khianat apabila diberi amanah 

- bersikap melampaui batas apabila bertengkar 

- selalu mungkir janji 

CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT MUNAFIK 

- meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah 

- bercakap benar apabila berbicara

- bersifat jujur dan amanah 

- menunaikan janji 

AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAK 

- menghilangkan sikap percaya-mempercayai 

- melemahkan perpaduan masyarakat 

- menghancurkan kekuatan umat islam 

CARA MENGELAKKAN TERBATALNYA IMAN 

· Berpegang teguh pada ajaran Allah 

· Mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah 

· Menghindarkan semua perbuatan yang boleh membatalkan keinanan kepada Allah 


KESAN BURUK SEKIRANYA IMAN TERBATAL 

· Segala amal ibadat tidak diterima oleh Allah 

· Amal kebaikan yang dilakukan sia-sia dan tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah 

· Dilaknat dan dibenci oleh Allah 

· Terputus hidayat dan rahmat daripada Allah S.W.T

Haaaa ... Ingat lagi tak ... Jangan main-main ... Boleh terbatal iman tau ... Untuk adik-adik yang nak amek periksa tu kalau nak senang, rujuk peta minda kat bawah nie ... Senang skit nak hafal ... 



*Maaf ... Kebanyakan entry ilmiah agama saya perolehi dari pelbagai sumber ... Rasa nak simpan dan nak kongsi dengan kawan-kawan ... Kebanyakkan nyer dari group wasap ... Saya jarang menulis entry ilmiah agama kerana saya rasa saya tak layak menulis dalam bidang tu ... Saya tak mahir dalam bidang tu nanti orang cakap ajaran sesat plak ... Hadis palsu ... Huhuhu ... Maaf ...

Semoga bermanfaat buat kita semua ...

TAZKIRAH JUMAAT #58 | SANGKA BAIK, JAGA AIB




Perlu diinsafi bahawa membiasakan prasangka buruk itu amat besar bahayanya, sebab itulah punca yang menyebabkan seseorang itu suka meneliti dan mengamat-amati keburukan orang lain ... Padahal Rasulullah SAW telah melarangnya, sebagaimana sabdanya dalam suatu hadith :

“Janganlah kamu semua berhasad dengki, jangan pula mengamat-amati keburukan orang, juga janganlah memutuskan ikatan, bermusuhan dan jadilah kamu semua hamba Allah yang bersaudara.” 


(Riwayat Bukhari Muslim)


Jadi larangan di atas pertama kali ditekankan dalam hal tajassus iaitu meneliti keburukan dengan mendengar-dengar berita, kemudian tahassus iaitu mengamati keburukan dengan mata ...

Oleh sebab itu kita perlu menutup cacat cela orang lain atau berpura-pura tidak mengetahuinya sama sekali, sebab yang sedemikian inilah watak orang yang arif dalam agama ...

(Syeikh Muhammad Jamaludin Al-Qasimi - Mauizatul Mukminin)


*Maaf ... Kebanyakan entry ilmiah agama saya perolehi dari pelbagai sumber ... Rasa nak simpan dan nak kongsi dengan kawan-kawan ... Kebanyakkan nyer dari group wasap ... Saya jarang menulis entry ilmiah agama kerana saya rasa saya tak layak menulis dalam bidang tu ... Saya tak mahir dalam bidang tu nanti orang cakap ajaran sesat plak ... Hadis palsu ... Huhuhu ... Maaf ...

Semoga bermanfaat buat kita semua ...