Search This Blog

Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

JAGA PERUT


Kita kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau kita sering  berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal  kepada penyakit lain yang merbahaya kepada kita.

Seperti mana Sabda Rasulullah s.a.w, kesayangan kita maksudnya:   

“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.”
(Riwayat ad-Dailami)   

Al-Ma’idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan  dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari  organ-organ pencernaan.   

Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit. Banyak penyakit yang berpunca dari perut.

6 punca penyebab penyakit dari perut :-

1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik. 

2. Terlalu berlebihan semasa makan. 

3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: “Jika ada seekor lalat  jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah  keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian  angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu  sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung  penyakit.”
(Riwayat Abu Hurairah)   

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya. 

5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.   
Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak  (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha  kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk  bersiwak (menggosok gigi).” 
(Riwayat Ibnu Majah)   

6. Selalu lah membaca Bismillah semasa minum dan makan apa-apa. Lagipun kita memang digalakkan memulakan sesuatu pekerjaan itu dengan Bismillah.

Oleh itu jagalah cara pemakanan kita, dapatlah kita menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya.   

Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat.”
(Riwayat Abu Hurairah)

Wallahua'lam ...

La Tahzan Innallaha Ma'ana

Saya suka kongsi kata-kata senior saya nie ... 
Untuk kegunaan saya dan kengkawan ...



Fitrah manusia sememangnya saling memerlukan namun ia bukan satu alasan untuk kita terlalu mengharapkan manusia lain untuk meneruskan kehidupan. Terlalu mengharapkan manusia menyebabkan anda terdedah kepada kecewa dan derita kerana manusia boleh hilang dan 'pergi'. Bayang2 sendiri pun akan tinggalkan kita tika kegelapan melanda. Lantas, usah terlalu mendambakan dan mengharapkan insan untuk membahagiakan hidup anda kerana anda akan terdedah kepada kekecewaan. Harapkanlah Allah pada setiap masa dan ketika, Dia takkan sesekali mengecewakan anda. Malah, tika anda mengharapkan Dia sepenuhnya, Dia akan utuskan seseorang bagi membantu melaksanakan harapan anda sebaiknya, insyaAllah! (",)

Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie
013-2545965  
binabahagia@gmail.com 
*boleh hubungi beliau untuk urusan guaman @ khidmat nasihat 


Untuk Anak ...



1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang ertinya “Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..”, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan “Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya “, [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi “. Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.



– Prof. Dr. Muhaya

CARA BERSANGKA BAIK

   
Perasaan hasad,dengki, ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj ... Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan ...

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu ... Ucapkan dalam hatimu :"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku" 

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya ... Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang  ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Kisah Budak Paling Bodoh Dalam Dunia


Assalamualaikum & Salam sejahtera kengkawan semua ... Buat ape tu ... Meh baca kisah seorang budak yang bodoh ... Ehhh, betul ker dia bodoh ... Semoga bermanfaat buat saya dan rakan-rakan ... Kisah nyer bermula di sebuah kedai gunting rambut ...


Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Ajoi yang bermain di depan kedainya sambil berborak-borak dengan pelanggan nyer ...

Mamak : “Tgk budak yang pakai baju power ranger tu adalah budak yang paling bodoh di dunia”

PELANGGAN : “Naper awak cakap macam tu mamak?”

MAMAK : “Awak tgk ni ...” sambil memanggil Ajoi datang kepadanya ...

Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wang kertas kepada Ajoi ... Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Ajoi “Nah awak ambil la duit ni, awak pilih yang mana?”

Ajoi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari ...

MAMAK :” Hahaha kan saya dah kata! budak tu bodoh ... Saya dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit ... hahaha!”

Pelanggan yang bernama Sumardi yang melihat kejadian tu berasa sangat pelik ... Lalu dia bertanya kepada Ajoi ...

SUMARDI : “Joi pasal ko tak ambik duit RM10 tu?”

AJOI : “Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu. Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1 ... Kalau aku ambil RM 10 tu, permainan akan tamat”

Sumardi: “haha ko budak paling bijak dalam dunia”


Moral Of the story :

1. Ramai yang merasakan lebih bijak dibandingkan orang lain, sehingga mereka selalu memandang rendah kepada orang lain ... Sebenarnya ukuran kepandaian seseorang hanya TUHAN yang mengetahuinya ... Alangkah bijaksananya kita jika tidak menganggap diri sendiri lebih bijak dari orang lain ...

2. Perbezaan orang yang berjaya dengan orang kurang berjaya adalah, orang yang berjaya berfikir untuk hari esok, orang kurang berjaya berfikir untuk hari ini ...

Renung-renungkan ...

Kisah Orang Tua dan Sebuku Roti


Pada satu masa dulu…
Ada sorang lelaki tua ni, di zaman Nabi Musa AS. Dia sentiasa sibuk berzikir kepada Allah tetapi mcm terganggu sikit sebab setiap hari dia asyik fikir risau pasal rezeki dia. Hari2 memang rezeki dia ada sebuku roti je. 

Then satu hari ni, Nabi Musa lalu tempat orang tua tu. Orang tua tu pun fikir ni lah peluang yang terbaik utk dia tanya Nabi Musa untuk tanya Allah SWT tentang rezeki dia. 

Dia pun tegur dan beri salam kepada Sayyidina Musa A.S, dan dgn teragak2 dia tanya. 

"Oh Nabi Musa, apabila tuan bercakap kepada Allah, bolehkah tuan memohon Allah meningkatkan Rizq saya (rezeki) .. Dari dulu sampai sekarang, saya dapat sebuku roti setiap hari. Saya berhajat untuk dapat lebih. Bolehkah saya dapat lebih daripada tu? Jika tuan bertanya kepada-Nya, sesungguhnya pasti Allah akan menjawab permintaan tuan dan memberikan saya lebih"

Nabi Musa pun setuju dan kemudian selepas bertanya, Nabi Musa mendapat jawapan bahawa rezeki yang telah ditetapkan dan ditakdirkan kepada org tua ni memang sebuku roti setiap hari sepanjang hayat dia. Nabi Musa pun sampaikan kepada orang tua tu apa yang dia diberitahu. 

Orang tua itu berasa sungguh gembira. Dia bertepuk tangan dengan gembira. Terkejut dengan tindak balas ini Sayyidina Musa A.S. bertanya kepadanya sebab kegembiraannya. Lelaki itu menjawab, "Jika dah ditakdirkan, maka saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan. Sekurang-kurangnya saya akan sentiasa menerima satu buku roti untuk sepanjang hidup saya!" dan dengan itu dia kembali untuk solat dan ibadat dia. 

Setelah beberapa bulan berlalu, ketenangan lelaki itu meningkat dengan pengetahuan bahawa dia tidak perlu risau bimbang tentang rezekinya. 

Ini membolehkan beliau memberi tumpuan lebih kepada ibadat dia terhadap Allah, yang menyebabkan dia mempunyai masa yang kurang tumpuan kepada makanan, dan juga kurang masa untuk makan.

Jadi, dari dia memakan satu buku roti sehari, dia hampir tidak berjaya makan separuh roti. 

Baki roti tu kemudian diletakkan di satu sudut. Tidak lama kemudian, longgokan di sudut tu mula meningkat, sehingga ia menjadi satu timbunan besar.

Pada satu pagi, ada penggembala yang berjalan melalui kampung tersebut dan berhenti untuk bercakap dengan lelaki tua itu. Dia sedang mencari rumput kering untuk ternakan beliau tetapi tidak berjaya menjumpai apa2 makanan. 

Orang tua itu berkata kepadanya: "apa kata kalau kamu bawak roti2 yang terletak dalam timbunan itu, lembutkan semuanya dengan air dan berilah makan kepada haiwan anda!" penggembala tu pun lakukan seperti apa yg dicadangkan orang tua tu dan haiwan ternakan dia pun makan semua roti tu sampai habis.

Untuk tanda berterima kasih kepada org tua tu, pengembala tu memberikan seekor kambing ternakan dan meneruskan perjalanan dia.

Masa berlalu setelah berbulan2 dan bertahun2, dan apabila Sayyidina Musa A.S. melalui lagi kawasan orang tua tu.

Dengan kagum beliau mendapati bahawa tempat orang tua itu tinggal, telah bertukar menjadi sebuah taman.

Ada pokok-pokok buah-buahan tumbuh berhampiran, dan haiwan2 ternakan meragut tidak jauh dari situ. 
Terdapat sebuah ladang gandum, dan suasana kesejahteraan. Sayyidina Musa A.S. mendapat tahu bahawa semua ini adalah milik orang tua yang sama.

Nabi Musa pun menjadi hairan, kerana dia tahu apa yang ditulis dalam takdir orang tua itu - sebuku roti sehari - Sayyidina Musa A.S. pergi untuk mengetahui apa yang terjadi. 

*"Bagaimana ini boleh berlaku? Sebuku roti sehari adalah apa yang tertulis .. namun dia memiliki begitu banyak lagi .."*

Jawapannya, sesuatu yang kita semua perlu mengambil iktibar:

Satu buku roti adalah Rizq (rezeki) yang telah ditulis untuk orang tua tu. Pokok-pokok buah-buahan, binatang ternakan  dan ladang tanaman adalah BARAKAH yang datang dari penerimaan apa yang telah tertulis untuk kehidupan dia.

Semua tu adalah ganjaran atas kepercayaan sempurna pada Allah SWT. 

Barakah adalah hasil daripada peralihan dalam tumpuan dari apa yang dia mahu, kepada mensyukuri dan menikmati apa yang dia ada sehinggakan walaupun selepas makan seberapa banyak yang dia mahu, dia tetap mempunyai baki. Keperluannya telah menjadi sangat kecil.

Kelimpahan barakah ini diberikan dalam kehidupan orang tua itu disebabkan kemurahan hati dan kesediaan untuk berkongsi apa yang dia ada.

Jadi Rezeki memang ditakdirkan...

Tetapi .. 

*BARAKAH datang apabila kita bertaqwa kepada Allah SWT, apabila kita bermurah hati dengan apa yang kita ada, apabila kita bersyukur dan apabila kita meletakkan Ibadah & Zikir Allah SWT di atas segala-galanya.*

Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hambaNya yang bersyukur, taat dan murah & besar hati. AMEEN.

Sila kongsi kisah ini untuk manfaat bersama.

Sumber :
Group Wasap 

Amalan Untuk Kelihatan Cantik Jelita


Perempuan dan Kecantikan tak dapat dipisahkan ... Rase nyer semua perempuan nak kelihatan cantik ... Paling koman sekali mesti nak buh bedak ... Tak pun secalit gincu ... Ada jugak yang sanggup habiskan puluhan ringgit untuk kelihatan cantik ... Dengan lambakan produk kecantikan di pasaran ... Ada yang untuk putih ... Ada yang untuk glowing lah ... Ada yang untuk kurus lah ... Tak kisah lah ape pun ... Kalau mampu ape salah nyer ... Asal tidak berhutang ... Asal tidak menyusahkan orang ... Asal tidak merosakkan diri dan membahayakan kesihatan .... Selain daripada itu korang jugak boleh mengamalkan amalan-amalan berikut untuk kelihatan lebih cantik jelita ...


Amalan 1 :

Dilakukan setelah Solat Isya

• Ambil air segelas

• Baca al - Fatihah sekali

• Baca ayat Kursi sekali

• Baca surat Al - Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali .

• Tiupkan dalam air dan minum ... Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri & untuk kebahagiaan rumah tangga ...


Amalan 2 :

Zikir di bawah dibaca untuk kita selalu terlihat berseri , awet muda luar dan dalam , amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

Baca " Ya Badiyah " 1 x

Baca " Ya Nur " 1x

Baca " Ya Hadi " 1 x

Baca " Ya Allah " 3x

Baca zikir di atas dan tiup ke telapak tangan , kemudian sapu ke muka kita ... Lakukan setiap hari ...


Amalan 3 :

Amalkan membaca ayat-ayat seperti berikut :

Baca ayat ke 35 , 36 , 37 dan 38 dari surah al - Waqiah pada tiap setelah Solat Subuh ...

Setelah membaca ayat-ayat ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut ...

Amalan ini dilakukan supaya terlihat cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam ...

Sumber :
Group Wasap ...

Tarikh Akhir Pos Laju Sempena Aidilfitri 2016



Hai korang ... Buat ape tu ? Kat sini aku nak kongsi kan maklumat ... Kepada penjual-penjual dan pembeli-pembeli online kena alert nie ... Korang-korang yang nak trima barang sebelum raya ... Maksud saya korang yang nak beli barang-barang online untuk kegunaan semasa Aidilfitri hendaklah membuat segala urusan sebelum 29 Jun 2016 ... Seelok-elok nyer dua tiga hari sebelum tu lah ... Ini bagi memberi tempoh masa plak kat penjual nak proses order ... Kalau nak dapat sebelum raya, make sure urusan adalah sebelum 29 Jun 2016 sebab selepas tarikh keramat tu serahan hanya akan dilakukan mulai 11 Julai 2016 ... Yelahhhh, semua orang nak raya ... So, korang-korang yang nak membeli kira nyer minggu nih sesuai lah ... Tapi ingat berbelanja lah secara berhemah ... Berbelanja ikut kemampuan ... Sekian pesanan saya buat uolls hari nie ...

7 Sunnah Hebat



Dalam kehidupan  sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari _*kesilapan*_..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

 Pertama:
*Tahajjud*, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

 Kedua:
*Membaca Al-Qur’an* sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

 Ketiga:
Jangan tinggalkan *masjid* terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

 Keempat:
Jaga *solat dhuha*, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

 Kelima:
Jaga *sedekah* setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

 Keenam:
Jaga *wudhu'* terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

 Ketujuh:
Amalkan *istighfar* setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, *moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..*

بارك الله فيكم..

Very nicely written by Ustaz Don Daniyal

Semoga bermanfaat buat kita semua ...

Sumber Gambar :
Pak Google 

30 Wasiat Imam Syafie


1-Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.

2-Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.

3-Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

4-Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukut.

5-Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.

6-Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

7-Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.

8-Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.

9-Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.

10-Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.

11-Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.

12-Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.

13-Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.

14-Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.

15-Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.

16-Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.

17-Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.

18-Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.

19-Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.

20-Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.

21-Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.

22-Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

23-Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.

24-Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.

25-Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.

26-Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.

27-Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.

28-Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.

29-Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."

30-Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

Semoga bermanfaat buat saya dan kita semua ...

Sumber : Imam Syafie - Pejuang Kebenaran karangan Abdul Latip Talib

PONTENG SEKOLAH KERANA TAK BAWA HADIAH


Kali nie saya nak kongsi kisah yang saya perolehi dari seorang sahabat ... Jom baca ...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ketika menjadi pengetua dulu,suatu pagi seorang imam masjid yang saya kenali menelefon saya.Katanya ada seorang budak sekolah di masjid, macam ponteng sekolah.Hari itu hari guru 16 Mei, pelajar dan guru tidak berada dalam kelas tetapi di dewan dan padang dg aktiviti sambutan.


Saya bergegas sendiri ke masjid yg disebut.Parking kereta agak jauh di penjuru masjid,saya mula meninjau ke masjid.Tidak ada di balai lintang,saya menjengah ke dewan solat.Tidak ada juga tetapi ketika beralih ke bahagian muslimat,saya ternampak satu susuk tubuh.Saya segera ke bahagian itu dan memang ada seorang pelajar perempuan.Dia begitu terkejut melihat saya.Bibirnya terketar mengucap salam pada saya,tangannya meraup sejadah lalu dipeluk ke tubuh,bagai seorang anak takutkan bapa yg garang.

Dia segera berdiri menghormati saya,tetapi saya suruh duduk,saya kenal pelajar ini kerana pernah naik menerima hadiah kecemerlangan di pentas.Bila ditanya sebab apa ponteng sekolah sedangkan dia pelajar baik, dia hanya berkata,"Tak ada apa cikgu.".Saya tak puas hati kerana ini bukan tabiatnya.Saya desak dia bercakap benar.

Matanya mula berair bila dia memulakan bicara lagi,saya tahu,dia akan berkata benar,"Cikgu,saya malu nak ke sekolah hari ini kerana saya tidak ada hadiah untuk diberi pada guru sempena hari guru.Ayah tak ada duit untuk beli hadiah kerana waktu ini tengah bulan,ayah saya kerja jaga.Emak telah meninggal."Dia berhenti bercakap.Kepala terhanguk-hangguk menahan tangis.Dia menyambung,"Cikgu,saya malu ditanya rakan apa hadiah yg dibawa pada cikgu,lebih malu bila ada bertanya,Nurul tak bawa hadiah ka?Ini telah berlaku tahun lalu."Air matanya yg deras dikesat dg kain tudung yg separuh lusuh.Saya pula yg turut sedih dan tidak terucap kata.

Saya menghantarnya balik ke rumah,dlm perjalanan fikiran berkecamuk.Rupanya kegembiraan hari guru dan sambutannya telah mencederakan hati seorang insan pelajar,bahkan saya yakin lebih ramai lagi pelajar yg miskin merasa gundah resah bila datang hari guru.

Menjadi kelaziman hari guru 16 Mei disambut oleh pelajar dg memberi hadiah kpd guru di samping program sekolah.Memanglah ia sesuatu yg baik.Tetapi banyak ibubapa yg miskin,yg kurang mampu,menghadapi situasi serba salah bila anak merengek minta dibeli hadiah,tak mau ke sekolah tanpa hadiah.Yg  berada minta hadiah lebih baik utk mengatasi rakan.Anak yg telah besar di sekolah menengah mungkin tidak mendesak,tetapi memilih jalan lain untuk mengelak,memendam rasa,tetapi siapa yg peduli.

Maka adalah baik jika hadiah kpd guru tidaklah diberi penekanan,high light,kerana ia juga boleh disalahguna untuk meraih perhatian guru,dan jika dibuat biarlah secara tertutup bukan dlm kelas yg menyebabkan pelajar lain terasa,maksudnya hadiah pd guru biarlah diserah sendiri di bilik guru.Bagi sekolah yg di luar bandar yg ibubapa berpendapatan rendah,lebih lebih lagilah perkara ini kena diberi perhatian.Hakikatnya,pelajar yg baik bukan memberi hadiah kpd gurunya,tetapi memberi khidmat kpd gurunya,bekerjasama dan patuh pada semua arahan.

Hari guru sebaiknya disambut dg penzahirkan rasa syukur kepada Allah,bukan di zahir dg berseronok suka.Mungkin sukan,sukaneka itu baik utk menjalin hubungan,tetapi saya tak nampak dimana baiknya cikgu naik melalak menyanyi di pentas,murid menyanyi,menari,bergencok. Mungkin sketsa yg mendidik,majlis tahlil,bacaan Yasin,solat hajat dan sujud syukur,kenduri satu sekolah, explorace yg bersifat pelajaran dsbnya lebih sesuai .Guru kena bersyukur kerana ada pekerjaan,ada murid,murid kena bersyukur kerana ada guru yg mendidik,ibubapa kena bersyukur kerana ada yg mengambil tanggungjawab mendidik.Marilah kita berubah bila menyambut sesuatu perayaan dari berseronok suka kpd penzahiran rasa syukur kpd Allah.Kpd ibubapa,minta anak menghadiahkan hari guru dg janji untuk menjadi pelajar yg baik,yg taat, gigih yg berdisiplin,itu lebih besar maknanya kpd seorang guru dari sekotak hadiah.

Dari kisah yg saya paparkan,jangan kita melihat sesuatu dari satu sudut shj,dari situasi dan pandangan kita shj,tetapi berfikirlah dari berbagai sudut,dari berbagai situasi.Baik pada kita,mungkin mencederakan orang lain.Selalulah berfikir supaya kita tidak menyusahkan orang lain,sebaliknya Selalulah berusaha untuk menggembirakan orang  lain,kelak diakhirat Allah gembira kan kita.Wallahu a'lam 
✌✌✌

Kisah Anjing Dan Tuannya


Anjing antara haiwan yang taat kepada tuan nyer ... Kali nie saya nak bercerita tentang sikap anjing yang di antara haiwan yang boleh dipercayai ...

Kisah ini adalah berkenaan anjing dan tuan.nya yang kurang sabar ... Terburu buru dan kurang sabar ... Sikap yang akan berlaku pada diri siapa pun ... Walaupun dalam berhadapan dengan perkara baik sekali pun ... Kerana hidup ini tidak terlepas dari kisah ... Dahulu ada seorang pencari kayu ... Yang tinggal hidup di dalam sebuah pondok usang yang kecil ... Beliau hidup bersama anak kecilnya dan seekor anjing peliharaan ...

Pada ketika itu ... Seperti rutin hariannya ... Apabila terbitnya matahari ... Dia akan keluar mengumpulkan kayu api ... Dan dia tidak akan pulang melainkan sehingga terbenamnya matahari ... Dan  dia meninggalkan anak kecilnya di bawah pengawasan anjing peliharaan nya ...


Dan lelaki ini amat mempercayai anjing kesayangannya ... Dan meletakkan kepercayaan kepadanya setinggi2 kepercayaan ... Disebabkan anjing nya ini lah selama ini banyak membantu segala kehendak tuannya ... Dan tuaannya amat menyayanginya ... Maka nak dijadikan cerita ... Ada selepas beberapa hari itu ... Lelaki tukang kayu ini pulang ke rumah pada waktu senja ... Dan mendengar daripada jauh ... Suara laungan anjingnya yang kedengaran tidak seperti biasa bunyinya ... Seakan akan seperti ada sesuatu yang berlaku ... Maka lelaki itu mempercepatkan langkah nya dan menuju ke arah pondoknya  dan ingin melihat anjingnya yang menyalak tidak seperti biasa ...


Alangkah terkejutnya lelaki itu ... Melihatkan wajah anjing itu berlumuran darah.... Lelaki itu tahu mesti anjingnya telah khianatinya dengan memakan anaknya ... Lalu lelaki itu terus memukul anjingnya tanpa menyiasat terlebih dahulu ... Dia terus mengeluarkan kapaknya dan memukul anjingnya sehingga terkena bahagian mata dan kepala ... Sehinggalah akhirnya anjing nya mati ditangannya sendiri

Selepas itu ia cepat-cepat masuk kedalam pondok nya ... Ingin melihat saki baki anaknya yang dimakan anjing ... Apabila melihat sahaja anaknya ... Dia langsung terduduk lesu ... Terkedu seketika tak dapat nak kata apa ... Dan bergenangan air mata ... Menangis teresak esak ... Beliau melihat anaknya sedang elok bermain main diatas katil ... Disamping anaknya terdapat seekor ular yang sangat besar yang  berlumuran darah ... Ular tersebut telah mati di bunuh oleh anjingnya tadi ...

Perasaan sedih yang tidak terkata menyelubungi tuannya ... Rupa rupanya, Anjing itu teramat amat gembira dapat membunuh ular besar itu ... Dan menyalak nyalak nak menunjukkan kehebatannnya menewaskan ular itu ... Ia menanti kepulangan Tuannya ... Dan ingin mendengar ucapan terima kasih dari tuannya ... Tetapi sayangnya ... Disebabkan penat ... Pulang dari kerja ... Fikiran singkat baran dan marah tak.tentu pasal ... Habis di bunuhnya anjing itu tanpa usul periksa ...

Berdasarkan kisah di atas ... Ketika mana kita menyintai dan menyayangi seseorang dan percaya padanya ... Maka kita jangan cepat-cepat menghukum pada saat kita marah sehingga hilang segala pemikiran waras kita ... Jangan terlalu cepat menghukum ... Cuba imbas  segala kebaikannya dan masa yang baik pada saat tika bersama sebelum.menghukum ... Takut-takut nanti kita akan kehilangan seseorang ... Pada masa kita mampu berfikir waras ... Baru lah kita tahu.sebenarnya dia menyintai kita dan amat menyayangi kita ... Tetapi pada masa itu sudah terlambat ... Kita sedar dan tiada gunanya lagi ... Masa tak boleh diundur ... Hidup lah kita dengan seribu sesalan nanti ... Huwaaaa ... Ehhh, over plak ...










7 Mutiara Kata Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Setahun sudah berlalu ...
Pemergiannyer amat dirasai ...
Tiada galang ganti ...


اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ، وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدْ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَما نَقَّيْتَ الثَّوْبُ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَاراً خَيْراً مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْراً مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجاً خَيْراً مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ

Ya Allah, ampunilah bagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kasihanilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kedudukannya, perluaskanlah tempat masuk (kuburnya), sucikanlah dia dengan air, salji dan air sejuk, bersihkanlah dia dari dosa-dosa seperti Engkau bersihkan kain yang putih dari kekotoran, gantikanlah dia rumah yang lebih baik dari rumahnya, ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya, masukkanlah dia ke syurga dan hindarilah dia daripada azab kubur dan azab neraka.


Di sini merupakan antara 7 mutiara kata yang pernah diungkapkan oleh Allahyarham Tok Guru :

1 . "Jika kereta rosak , mekanik akan membaikinya . Jika tubuh badan bermasalah , doktor yang akan mengubatinya . Jika kehidupan manusia bermasalah , maka Pencipta manusia itulah yang perlu dirujuk . Pelik sungguh manusia yang mengaku Allah SWT sebagai tuhan tetapi enggan merujuk kepada syarat Allah bila berdepan dengan masalah"

2 . "Perbezaan yang paling besar di antara manusia dengan makhluk yang lain ialah ilmu . Manusia diberikan kebolehan untuk diajar dan mengajar . Binatang ternakan contohnya , boleh diajar untuk mematuhi perintah tuannya , tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada binatang yang lain . Berbeza dengan manusia , sedikit ilmu yang diperolehinya mampu dikembangkan dengan lebih meluas"

3 . "Kita tanam lada , 40 hari dapat hasil boleh jual . Tanam terung , dua tiga bulan dapat hasil . Tapi keuntungan tidak besar kerana itu hanya projek kecil-kecilan . Jika projek yang besar seperti tanam getah , bukan 40 hari tapi memakan masa bertahun . Semakin besar projek tersebut , semakin besar untungnya . Demikianlah juga pahala yang merupakan projek paling besar . Untungnya sangat besar jadi padanlah dengan menunggunya begitu lama iaitu selepas mati baru mendapat hasil"

4 . "Jika memandu kita perlukan lesen , menggunakan senjata api perlukan lesen , maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen . Lesen itu ialah Islam . Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen"

5 . "Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa di sisi kita ada malaikat yang memerhati , ada Allah SWT sedang memantau . Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus lakukan dosa , tanpa ada yakin seperti itu manusia akan hilang brek . Kalau kereta hilang brek , ia akan terjun ke gaung . Tapi kalau manusia hilang brek , dia akan terjun ke neraka"

6 . "Pemuda adalah batu-bata dalam perjuangan Islam . Kerana itu pemuda mesti lengkapkan diri dengan ilmu dan perbanyakkan amalan sunat . Saya impikan untuk menjadi makmum dimana pemuda imamnya . Pendengar kuliah yang disampaikan oleh pemuda , saya hanya mahu datang dan dengar"

7 . "Allah menciptakan di dunia ini orang-orang kurang upaya untuk menjadi ujian kepada orang yang sempurna . Di akhirat kelak akan ditanya , setakat manakah kita orang-orang yang cukup upaya ini menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang upaya . Sebab itu , saudara-saudara kita yang kurang upaya sedikit untung kerana terlepas daripada soalan ini di akhirat nanti . Manakala yang sempurna tubuh badan pula perlulah pastikan duit yang dia ada pada hari ini sedikit sebanyak dia peruntukkan untuk beli pahala lain selain beli lauk-pauk , beras dan keperluan hidup"

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman .
Al-Fatihah 
( Nik Aziz Nik Mat | 1931 - 2015 )

Hati-Hati Lah ...


Meh aku nak cite skit ... Aku rase nak kongsi dengan kengkawan ... Boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua ... Al kisah nyer semalam adalah sedara aku datang rumah ... Sesaje datang dah lama tak jumpa ... Maka berborak lah kami pung pang pung pang ...

Terkeluar lah cite pasal laptop anak dia kena curi ... Alahhh, laptop bebudak jer pun, bukan yang macam kita-kita punyer tuh ... Laptop yang untuk belajar-belajar tu ... Boleh ler masuk cd ... Al kisah nyer sedara aku nie kerja kat kedai makan ... Kebetulan satu hari nie anak dia 6 tahun ikut gie kedai makan tu ... Masa tu awal pagi lebih kurang pukul 7.30 pagi ... So, memang agak sibuk dengan tugas masing-masing ... Anak dia nih layan ler laptop tu sementara mak nyer bekerja ... 

Dalam dia orang duk sibuk-sibuk bekerja tu adalah sebuah kereta berhenti tak jauh dari kedai tu ... Dia orang buat tak tahu jer lah, ingat kot pelanggan nak beli ker kan ... Dia orang pun meneruskan tugas masing-masing ... Orang yang naik kereta tu pun macam tak tujuk sangat muka dia ... Sambil tu dia macam buang pasir kat kereta dia ...

Tengah sibuk tu sedara terdengar lah kot sore anak dia bising-bising ... Terus dia tengok anak dia ... Orang yang naik kereta tu pun pandang ler jugak sedara aku nie ... "Eh, kenapa ko amek barang anak aku ?" ... Orang jahat tu terkejut dan terus lari masuk kereta ... Lari lah si penjahat dengan laptop yang tak seberapa tu ...


Ya Allah ... Bahayakan ... Penjahat ada kat mana-mana ... Nak ditinggalkan anak kat rumah pun bahaya ... Bawak anak gie keje sekali pun ada jugak bahaya nyer ... Sebaik lah laptop kanak-kanak jer yang di ambil nyer ... Walaupun mende tu mesti penting bagi anak dia kan ... Tapi bayang kan kalau lah orang jahat tu bawak culik anak dia ... Memang menangis tak berlagu lah kan ... Anak dah ler sorang tu jer ... Alhamdulillah tak jadi ape-ape kat anak sedara aku tu ... Rase lega sangat anak sedara tak kena culik ... Biasa baca cite dari bahan bacaan jer kan ... Nie cite dari sedara sendiri, seriau plak rasa ... Nauzubillah ... Minta dijauhkan dari kita semua ...

Kesimpulan nyer ... Sentiasa alert walaupun kat mana kita berada ... Pesan kat anak jerit kalau ada mende-mende yang tak sepatut nyer berlaku ... Jangan bercakap dengan orang yang tak dikenali ... Kita-kita yang tak kena lagi tak yah nak kutuk-kutuk sangat orang yang terkena ... Doa jer yang baik-baik ... 

Sekian, Wassalam ...

9 NASIHAT TUN DR MAHATHIR UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Saya kongsikan sebahagian nasihat dari negarawan tercinta ramai yakni bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kengkawan semua. Walaupun saya bukan peminat setia beliau, tapi tak salah rase nyer berkongsi nasihat-nasihat berguna nih ... Harap bermanfaat ...











Terima kasih Majalah Niaga
www.majalahniaga.com #majalahniaga

Wanita dan Rama-Rama


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
 
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda – warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.
 
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.
 
Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
 
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
 
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
 
Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar – indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.
 
Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
 
Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.
 
Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

  
Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.
 
Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.
 
Nukilan Dr HM Tuah Iskandar al-Haj.

*Semoga entry yang aku kongsi kali ini bermanfaat buat semua ... Maaf sebab aku memang tak reti nak karang sendiri entri-entri ilmiah cam nie ...