Search This Blog
Bangun Malam
MUNAJAT RAMADHAN
MUNAJAT ZULHIJJAH
Bismillahirrahmannirrahiimm ...
Ya Allah… ya Rahman… ya rahim…
Dalam dakapan ZulHijjah yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.
Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah.. takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah…
Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah.. ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah… Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua.. justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami.. berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah…
Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami.. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami... kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah... ya Rahman... pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami... kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan... Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah…..
Ya Allah….
Kami juga memohon ampun utk keluarga kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh… golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai… apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU.. maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2… dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah…
Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram… hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab..
Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..
Jika ada diklgan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah… agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada d klgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti.. sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…
Ya Allah ya malikal mulk…
Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati.. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu.. sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp golongan yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.
Ya Allah….
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang….
Ya Allah ya zal jalali wal ikram…
Ya Allah…. Jgnlah kau jdkan ZulHijjah ini sbg yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn ZulHijjah yg akn dtg… Tapi, Andai ini ZulHijjah terakhir buat kami, jdkankanlah puasa kami sbg puasa yg Kau rahmati, jdkanlah ZulHijjah ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah… jdkanlah ZulHijjah ini sebagai penghapus dosa2 kami..
Ya Allah.. terimalah amalan kami.. terimalah taubah kami.. ampunkanlah segala dosa kami... amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi… kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…
Aamiiin Ya Rabbal'alamin
Tuntutan Palestin
#SaveGaza
#SavePalestine
Bantuan Untuk Gaza
Doa Untuk Gaza ...
Aman Palestin
Tabung Kecemasan Gaza 2014
Aman Palestin BerhadPendahuluanFirman Allah swt di dalam Al-Quran:“Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).” (Surah Al-Hajj: ayat 39)Sabda Nabi Muhammad saw, “Barangsiapa yang tidak ambil berat dengan urusan muslimin, maka dia bukanlah tergolong di kalangan mereka.” (Hadith Riwayat Al-Hakim)KronologiDr Mousa Abu Marzook, Timbalan Ketua Biro Politik Gerakan Perlawanan Islam (Hamas) mendedahkan Israel mula terancam dengan persefahaman dan pembentukan kerajaan perpaduan Palestin yang menyatukan Hamas dan Fatah yang merupakan sekutu lama Israel. Ini bermakna Israel hilang ‘teman rapat’ yang selama ini melaksanakan perancangan Israel dalam menghalang kebangkitan rakyat Palestin. Kini, Fatah berdiri bersama kebangkitan rakyat Palestin.Kemudian, kita dikejutkan dengan kes kehilangan dan penculikan tiga orang askar muda Israel. Pihak Palestin menafikan sebagai pihak yang bertanggungjawab di sebalik penculikan tersebut. Di sepanjang operasi mencari tentera-tentera yang hilang tersebut, ramai rakyat Palestin menjadi mangsa kekejaman Israel termasuk ditangkap, dibelasah dan dibunuh tanpa sebarang sebab yang jelas.
Seorang kanak-kanak Palestin, Mohammed Abukhdeir diculik dan dibunuh oleh seorang rabbi Yahudi bersama beberapa orang pelampau lain. Mohammed telah dibakar sehingga mati. Pembunuhan ini telah membangkitkan kemarahan seluruh rakyat Palestin.Rentetan peristiwa-peristiwa ini, Zionis Israel mengisytiharkan tindakan ketenteraan baru ke atas gerakan rakyat Palestin terutamanya di Tebing Barat. Di dalam tekanan-tekanan politik tidak berperikemanusiaan ini, penentangan rakyat Palestin telah mengejutkan semua pihak dengan memulakan serangan roket ke arah Israel sebelum mereka sempat mengambil langkah awal memulakan serangan ke atas penentangan rakyat Palestin. Di peringkat awal serangan, sejumlah 150 roket telah dilepaskan ke arah Israel dalam tempoh 24 jam sahaja. Serangan-serangan telah disasarkan ke Eshkalon, Rahat, Be’er Sheba, Sheifot dan Natifot. Bahkan kali ini, banyak roket-roket dari Gaza dilaporkan mencapai ke Kota Al-Quds. Dilaporkan sistem pertahanan anti-roket milik Israel yang dikenali sebagai Iron Dome hanya dapat menangkis kira-kira 25% sahaja daripada jumlah roket yang dilepaskan. Rentetan serangan ini, berpuluh-puluh ribu rakyat Israel terpaksa lari meninggalkan penempatan mereka di bahagian selatan menuju ke bahagian utara Israel.Dalam masa yang sama, kebangkitan rakyat Palestin berlaku di seluruh tempat lain termasuk Tebing Barat, kota Al-Quds, kawasan Palestin 1948 dan kem-kem pelarian Palestin di Lubnan. Pertempuran di antara pemuda-pemuda Palestin bersenjatakan batu-batu, mercun dan Molotov cocktail telah merumitkan pertahanan Israel.Di antara usaha Israel untuk mengekang kebangkitan rakyat Palestin atau dikenali sebagai Intifadhah Ketiga ini adalah dengan menangkap dan menembak pemuda-pemuda Palestin yang turun ke jalanan menggunakan peluru-peluru getah dan bom pemedih mata.Dilaporkan serangan udara rejim Zionis ke atas Gaza telah mengakibatkan 11 orang terkorban termasuk lelaki, wanita, golongan tua dan kanak-kanak. Manakala 6 lagi mengalami kecederaan.Sekali lagi, Israel telah menunjukkan wajahnya yang sebenar dengan membunuh orang awam, mengembom rumah-rumah kediaman dan ladang pertanian rakyat Gaza yang tidak langsung mempunyai sebarang kaitan dengan apa-apa aktiviti ketenteraan. Beberapa buah rumah dilaporkan hancur dibom termasuk di Rafah di selatan Gaza, Khanyounis dan bandar Gaza di bahagian tengah Gaza, Bait Hanoun dan Hayy Zaytoun di bahagian utara Gaza.Tindakan PraktikalDi antara langkah praktikal untuk menghadapi isu ini, Aman Palestin mencadangkan agar suatu tekanan politik melalui kerajaan Malaysia ke atas Kedutaan Amerika Syarikat agar Israel menghentikan serangan ke atas Gaza. Tekanan politik juga harus dikenakan ke atas kerajaan Mesir melalui kedutaan besarnya agar segera membuka pintu Sempadan Rafah dan memberikan laluan untuk bantuan kemanusiaan sampai ke Gaza.Kami mengajak rakan-rakan media untuk memainkan peranannya sebaik mungkin dalam menyampaikan maklumat berkenaan apa yang berlaku seterusnya mendidik masyarakat memahami konflik ini dengan jelas.Di kesempatan ini juga, saya ingin mengumumkan pelancaran Tabung Kecemasan Gaza 2014 Aman Palestin, tabung khas untuk mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada mangsa perang di Palestin dalam bentuk bantuan kemanusiaan merangkumi bekalan makanan, ubat-ubatan dan lain-lain. Aman Palestin mensasarkan kutipan berjumlah RM 5 juta untuk tujuan tersebut.Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan masing-masing melalui mana-mana akaun Aman Palestin yang boleh didapati di laman web www.amanpalestin.net atau di laman Facebook rasmi (www.facebook.com/AmanPalestinOfficial). Sumbangan yang disalurkan melalui Aman Palestin layak menerima cukai pendapatan. Sumbangan terkumpul ini akan disalurkan secara terus ke Pejabat Aman Palestin di Gaza. Pegawai-pegawai Aman Palestin di Gaza akan melaksanakan tanggungjawab mengagihkan sumbangan tersebut kepada pihak-pihak yang memerlukan.
Aman Palestin menyeru umat Islam untuk turut mengejar peluang menggandakan pahala amalan di bulan Ramadhan dengan menginfakkan harta yang dimiliki dalam usaha membebaskan Masjid Al-Aqsa dan seluruh bumi Palestin.Sekian, terima kasih.
Ketua Pegawai Eksekutif,
Aman Palestin Bhd.
Banjir ...
yang terlibat dengan banjir kali ni bersabar
atas ujian yang Allah turunkan ...
Semoga semua urusan korang dipermudahkan ...
Berikut antar gambar2 yang aku kutip kat FB ... Aku pun tak tau dah sape tuan nyer ...
Kalau ada tuan nyer terbaca mintak maaf yer ...
Jangan saman yer ...
Kalau nak suruh delete ker ape ker cakap eak ...
Kesian kucing nih ...
Cik Balqis
Ya Allah ...
Ya Allah! Jika ada di kalangan kami org yg sedang sakit, berikanlah kesembuhan kpd mereka,
Jika ada di kalangan kami org yg susah, bantukanlah segala urusan mereka,
Jika ada di kalangan kami org yg bersedih hati, maka berikanlah ketenangan & jln keluar bg permasalahan mereka,
Jika ada di kalangan kami org yg sgt berhajat dgn keperluannya, sampaikanlah hajat & cukupkanlah keperluannya.
Ameennn ...
Berdoalah ...
Ya Allah! Jika ada di kalangan kami org yg sedang sakit, berikanlah kesembuhan kpd mereka,
Jika ada di kalangan kami org yg susah, bantukanlah segala urusan mereka,
Jika ada di kalangan kami org yg bersedih hati, maka berikanlah ketenangan & jln keluar bg permasalahan mereka,
Jika ada di kalangan kami org yg sgt berhajat dgn keperluannya, sampaikanlah hajat & cukupkanlah keperluannya. AMIN
Doa Apabila Berhadapan dengan Perkara Rumit dalam Rumah Tangga
Sahabat2 semua ...
Doa nih boleh lah diamalkan jika menghadapi masalah rumah tangga ...
Harap dapat membantu
قَالَ رَبِّ احْكُمْ بِالْحَقِّ ۗ وَرَبُّنَا
الرَّحْمَٰنُ الْمُسْتَعَانُ عَلَىٰ مَا
تَصِفُونَ
Qala rabbi ohkum bialhaqqi warabbuna alrrahmanu almustaAAanu AAala ma tasifoona
Maksudnya:
“Wahai Tuhanku, hukumlah (antara kami dan mereka) dengan yang benar dan Tuhan kami yang Memberi Rahmat-Nya yang dipohonkan pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu sifatkan itu.”
(Surah al-Anbiya’ 21:112)
Amalan
Daripada Qatadah, beliau berkata bahawa Nabi Muhammad SAAW diajar oleh Allah s.w.t. agar berdoa dengan doa ini. Maksud doa ini ialah Baginda sentiasa berada pada pihak yang benar, sedangkan musuhnya sentiasa berada pada pihak yang salah. Maka Baginda diriwayatkan akan sentiasa membaca doa ini ketika bertemu musuh. (Tafsir Ibn Hatim)
Selain membaca doa ini ketika berhadapan dengan musuh, para suami dan isteri juga boleh mengamalkan doa ini ketika berhadapan dengan masalah atau kerumitan dalam rumah tangga seperti kehadiran orang ketiga yang cuba mengganggu gugat keharmonian rumah tangga. Berdoalah agar Allah s.w.t. mengikat hati-hati setiap pasangan agar sentiasa saling mencintai dan menyayangi.
Dipetik daripada buku Ustaz Zahazan Mohamed ,
Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari.
(Solusi 40: Misteri Poligami)
Doa Penawar Bagi Mengubati Penyakit
Doa Apabila Berhadapan dengan Perkara Rumit dalam Rumah Tangga
Doa nih boleh lah diamalkan jika menghadapi masalah rumah tangga ...
Harap dapat membantu
“Wahai Tuhanku, hukumlah (antara kami dan mereka) dengan yang benar dan Tuhan kami yang Memberi Rahmat-Nya yang dipohonkan pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu sifatkan itu.”
(Surah al-Anbiya’ 21:112)
Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari.
(Solusi 40: Misteri Poligami)