Janna Iman Dah Setahun

Selamat Hari Lahir Janna Iman... Genap setahun dah hari nie... Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu... Alhamdulillah membesar bagai johan, walaupun saiz kecil molek, tapi sel-sel otak berhubung dengan jayanya... 

Perkembangan yang amat cepat aku rasa... Belum setahun dah pandai jalan... Sekarang nie makan buah or biskut semua nak pegang sendiri... Gigi pun dah banyak, gigit pun sakit woo... Sifat takut ngan orang tu masih ada... Alhamdulillah masih meneruskan penyusuan susu ibu, Insyaallah akan berjuang hingga akhirnya... 

Curi-curi menggayakan spek mata Putra...

Aktiviti memanjat tangga di rumah uwan... Masa nie belum pandai berjalan lagi... Kegemaran dia lah tu, jenuh nak perati sepanjang masa, takut terjatuh... 

Nie masa memula nak berlatih berjalan... Hahaha, excited bukan main yang lain tu... 

Dah start memanjat sofa, jenuh kena perhati sepanjang masa... 

Ya Allah, Kau terangilah hati anak ini dalam mendalami ilmu dunia & akhirat... Kau jadikanlah dia anak yang solehah, yang menjaga solat dan agamanya... Menjaga kebajikan kedua ibu bapanya... Menjaga kebajikan mereka yang memerlukan... Tidak sombong dan pandai menjaga diri ... Ameen ...

Kisah-kisah Janna sebelum nih dari dalam kandungan sehinggalah menjenguk dunia... 
⬇⬇⬇







SALAM RAMADHAN 1439H | 2018M


Assalamualaikum semua... 
 Rasa-rasa nyer masih belum terlambat nak ucapkan "Selamat Berpuasa" kepada semua... Harap2 semoga Ramadhan kali ni akan
lebih baik dari tahun2 yang lalu... Insyaallah kita semua akan mula berpuasa esok 17/5/2018 (Khamis)... Yang paling penting jgn lupa niat puasa yer!!!!!






Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu siangnya engkau sibuk berzikir ... Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu ... Mendayu ... merayu ... Kepada- NYA Tuhan yang satu ...
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu ... Solat yang dikerjakan ... Sungguh khusyuk lagi tawadhu' ... Tubuh dan qalbu ... Bersatu memperhamba diri ... Menghadap Rabbul Jalil .. Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu ... Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja ... Di setiap kesempatan juga masa yang terluang ... Alunan Al-Quran bakal kau dendang ... Bakal kau syairkan ...
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu malammu engkau sibukkan dengan ... Bertarawih ... Berqiamullail ...Bertahajjud ... Mengadu ...Merintih ... Meminta belas kasih ...
"Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang ...
Mari kita meriahkan Ramadhan ... Kita buru... Kita cari ... Suatu malam idaman ... Yang lebih baik dari seribu bulan ...
Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir ... Mempersiap diri...rohani dan jasmani ... Menanti-nanti jemputan Izrail ... Di kiri dan kanan ... Lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi ...
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami ... Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti ... paling berseri ... Menerangi kegelapan hati kami ... Menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi ... Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti ...
Namun sahabat semua ... Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui ... Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya ... Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha ... bersedia ... meminta belas-NYA ...
Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu namun tak pula aku sanggup ke  Nerakamu ... Kami lah hamba yang mengharap belas darimu ...



"Ya Allah  jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa ... Ampunkan dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua  ibubapa kami, dosa-dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah  meninggal dunia"
Amin.....
Andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya ...
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN

Jom Tambah Ilmu :
PANDUAN PUASA

SELAMAT HARI GURU 2018


Selamat  Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia ... Khas utk guru-guru ku di Tadika Kemas, Gombak Setia, SRK Gombak 1, SM Convent Sentul, SM Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pusat Asasi, UM dan Universiti Malaya...



Terima kasih guru yang telah mengajarku membaca, menulis, melukis, mewarna, mengira, mengajarku erti hidup dan mengajarku mengenal diri ... Terima kasih juga buat guru terawal – mak dan abah ...

Tidak lupa juga para guru di Sek. Men. Keb. Gombak Setia, Sek. Keb. Gombak Setia, Sek. Agama Al-Hilaliah dan  Tadika Sempurna yang telah mendidik anak2 ku... Jasamu akan tetap ku kenang hingga ke akhir hayat... Sampai bila-bila... Terima kasih, Selamat  Hari Guru...

Moga Allah merahmati kalian semua di atas segala usaha guru dan para pendidik….

AKTIFKAN DIRI ANDA BERSAMA SAFI SHAYLA - PAKAR RAMBUT WANITA BERTUDUNG


Pada era yang moden ini, masa merupakan sesuatu yang amatlah penting dan tidak boleh dijual beli. Oleh kerana dunia yang semakin pesat membangun dan masa tidak menunggu sesiapa pun, ramai diantara golongan wanita terutamanya yang bertudung sering menghadapi masalah rambut rapuh dan kegatalan kulit kepala. Ini boleh berpunca dari pelbagai faktor antaranya kekalutan dan tekanan bekerja mahupun kekotoran dan habuk akibat pencemaran.

Keyakinan diri adalah kunci utama bagi golongan wanita untuk menjalankan tugasan seharian dengan lebih berkualiti dan bertenaga. Oleh sebab itu, golongan  wanita yang bertudung mahupun tidak, kini usah risau, gentar mahupun kecewa kerana SAFI yang merupakan rangkaian produk Halal yang terbesar di dunia dalam produk penjagaan diri memahami masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut. SAFI telah mengeluarkan rangkaian lengkap produk penjagaan rambut wanita bertudung – SAFI SHAYLA.  Produk ini bukan hanya ditambah baik di dalam variasi syampu tetapi SAFI SHAYLA kini memperkenalkan Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab, Serum Rambut dan Minyak Rambut yang membantu golongan wanita bertudung dengan penjagaan rambut yang rapi untuk memberikan rambut yang sihat dan bersinar.


SAFI SHAYLA kini mempunyai formulasi baru yang mengandungi 1001 manfaat Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal. Habbatus Sauda merupakan ekstrak yang digunakan sejak zaman dahulu lagi dan dipercayai dapat memberikan manfaat kepada penggunanya. SAFI memperkenalkan Habbatus Sauda di dalam produknya kerana ia dapat membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dengan cara mencegah penghasilan bakteria. Tambahan pula, Habbatus Sauda dapat mengekalkan rambut sihat kerana ia dapat menghindari keguguran rambut dan membuat rambut lebih lembap dan bersinar. 


Micro Bamboo Charcoal membantu menghilangkan toksin daripada kulit kepala, mengurangkan rambut berminyak dan memberikan sinar kepada rambut. Dengan mengeluarkan minyak dan kotoran, Micro Bamboo Charcoal menjadikan rambut lebih lebat dan pada masa yang sama dapat mengawal bau rambut. Bau rambut merupakan sesuatu yang penting untuk golongan wanita bertudung kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri.

SAFI SHAYLA kini mengeluarkan rangkaian produk syampu yang baru yang bukan sahaja mengandungi formulasi  Habbatus Sauda dan Micro Bamboo Charcoal tetapi ia juga disertakan dengan pembungkusan baru yang menarik di dalam pelbagai saiz dan disertakan juga dengan haruman yang menyegarkan. Menariknya, haruman ini, ia dapat dapat bertahan selama 48 jam.

Pakar dalam penjagaan diri, SAFI SHAYLA memahami masalah yang menghantui golongan wanita bertudung kerana sudah ramai wanita yang kecundang apabila berhadapan dengan soal penjagaan rambut. Dengan rangkaian produk terbaru ini, SAFI SHAYLA ingin membantu golongan wanita bertudung untuk merasa lebih yakin dengan diri bagi mengejar impian dan cita-cita setinggi gunung, tidak kira di dalam bidang apa sekalipun. Golongan wanita ini dapat mencapai impian bukan sekadar dengan menggunakan syampu yang baharu tetapi juga dengan bantuan rangkaian penjagaan rambut  syampu  Mist 2 dalam 1  Rambut & HIjab, Serum Rambut dan Minyak Rambut untuk mendapat rambut ikal mayang dan kulit kepala yang sihat.

Mist 2 dalam 1 Rambut & HIjab boleh disembur terus ke rambut atau hijab kerana sifatnya yang cepat kering. Berbeza dengan produk lain di pasaran yang meninggalkan kesan, jangan khuatir kerana produk ini tidak meninggalkan sebarang kesan ke atas rambut ataupun hijab. Bagi wanita moden, SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1  Rambut & HIjab sangat sesuai dalam kehidupan seharian kerana ia meninggalkan haruman yang menyegarkan di mana ia dapat bertahan selama 24 jam. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kelembapan rambut, mengembalikan sinar, memberikan lebih kelembutan, bermaya dan membuatkan rambut lebih ringan.

Hasil gabungan ramuan syampu dan serum SAFI SHAYLA ia dapat menghasilkan rambut lebih lembut dan ringan. SAFI SHAYLA Serum Rambut didatangi dengan 2 variasi iaitu – Licin Terurus dan Hitam Menawan.

Minyak rambut SAFI SHAYLA pula dapat memberikan rambut yang lembut serta licin sekaligus memberikan rambut kelihatan sihat serta memberikan keharuman yang berpanjangan.

Setiap variasi produk yang dihasilkan dan diformulasi oleh SAFI SHAYLA adalah untuk melengkapi satu sama lain. Dengan menggunakan variasi produk dalam rangkaian SAFI SHAYLA, ia dapat memastikan golongan wanita bertudung memperoleh lebih keyakinan diri dengan mempunyai rambut selembut sutera dan sihat.

Rangkaian produk SAFI SHAYLA boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan harga mampu milik :

1.         Syampu – 160G (RM8.35) / 320G (RM13.65) (8 variasi)
a)   SAFI SHAYLA Syampu Segar & Bermaya – Mengandungi Nano Lipid Enhancer dimana ia dapat melindungi rambut dan mengeluarkan kekotoran minyak pada rambut. Selain itu, ia juga dapat membersihkan kulit kepala dengan lebih berkesan dan hasilnya memberikan rambut rasa segar dan bermaya.

b)   SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus – Mengandungi Teknologi Perawatan Rambut Lembut yang dapat meluruskan, melembutkan, melindungi dan mengurangkan rambut kerinting. Ia dapat menjadikan rambut anda lebih
mudah untuk djaga/dimanja.

c)   SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur – Mengandungi Micro ZPT Complex dimana ia dapat mengurangkan 99.9% kulat yang boleh menyebabkan kelemumur hanya dengan basuhan yang pertama.

d)   SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi Pro-Vitamin B5, protein gandum yang dapat mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut.

e)   SAFI SHAYLA Syampu Hitam Menawan– Juga mengandungi Sheen Lock yang merupakan ejen pengunci kilauan yang dapat membuat rambut hitam
berkilat, sihat, lembut dan mudah diurus.

f)     SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol– Mengandungi minyak argan dan mentol yang dapat menyegarkan dan menghapuskan bau di kulit kepala. Minyak Argan dan mentol akan membuatkan kulit kepala terasa sejuk dan segar seperti berada di awang-awangan.

g)   SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Minyak– Mengandungi citrus dan mentol dimana ia dapat membantu dalam pengawalan rambut berminyak dengan membersihkan liang-liang roma secara mendalam dan memusnahkan minyak yang berlebihan. Citrus dan mentol juga dapat menghilangkan kekotoran dan menyegarkan kulit kepala.

h)    SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Rosak – Mengandungi amino complex yang membantu dalam pemulihan rambut rosak dengan memelihara selaput rambut sekaligus memberikan kelembapan pada rambut.

2.         Syampu pouch – 480G (RM14.65) (5 Variasi)
a)        SAFI SHAYLA Syampu Kawalan  Rambut Gugur
b)        SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya
c)        SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol
d)        SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
e)        SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus

3.         Syampu pump – 520G (RM19.90) (5 Variasi)
a)        SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur
b)        SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya
c)        SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol
d)        SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
e)        SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus

4.         SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab – 100ML (RM17.90)
Terdapat dua variasi iaitu Licin Terus dan Hitam Menawan. Kedua-dua variasi SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab mengandungi Habbatus Sauda Organik, perapi asas semulajadi, Pro-Vit B5 dimana ia membekalkan rambut dengan nutrisi, anti-bakteria, perlindungan dari cahaya matahari, memberi kelembapan, mengembalikan sinar, menghindari rambut rosak dan pada masa yang sama ia membuatkan rambut lebih lebat dan sihat.

5.         SAFI SHAYLA Serum Rambut – 50ML (RM17.90)
Juga terdapat dalam dua variasi
Formulasi SAFI SHAYLA Serum Rambut mengandungi:

a)        Minyak organik Habbatus Sauda – Memberikan perlindungan UV, membekalkan nutrisi untuk rambut yang mengandungi anti-bakteria.



b)        Minyak Moroccan Argan Organik – Kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oxida yang dapat membantu dalam hidrasi rambut. Dengan itu ia dapat menghasilkan rambut yang lebih lembut dan mengurangkan kerosakan rambut rapuh dengan meningkatkan keanjalan rambut. Pada masa yang sama ianya dapat memulihkan kilauan rambut.
c)        Minyak Zaitun Asli – Menyegarkan kembali rambut kering, kusam dan kerinting.
d)        Minyak Vitamin E – Mengekalkan rambut yang kuat dan sihat kerana minyak vitamin E mengandungi anti-oxida yang dapat meneutralkan radikal di rambut.

6.         SAFI SHAYLA Minyak Rambut – 100ML (RM11.90)

SAFI SHAYLA Minyak Rambut difomulasikan dengan Habbatus Sauda organik dan juga Minyak Zaitun asli. SAFI SHAYLA Minyak Rambut mempunyai 3 variasi iaitu:-

a)        SAFI SHAYLA Anti-Kekeringan – Mengandungi Vitamin E, A & C yang dapat menjadikan kulit kepala lebih sihat dan melindunginya daripada sinaran  cahaya matahari.
b)        SAFI SHAYLA Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi minyak argan yang membantu memberikan rambut kelihatan lebih bersinar dan mengurangkan rambut rapuh.
c)        SAFI SHAYLA Anti-Kelemumur – Mengandungi ajen anti-kelemumur dan mentol di mana ia berkesan dalam mengurangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala dan kulit kepala yang berminyak. Berbeza daripada 2 minyak rambut yang disebutkan di atas, minyak rambut SAFI Shayla Anti_Kelemumur dipakai sebelum mencuci rambut. Urutkan secara perlahan-lahan minyak rambut di permukaan kulit kepala hingga ke hujung rambut. Biarkan selama 3 – 5 minit, kemudian basuh dan bilas bersama rangkaian produk syampu SAFI SHAYLA.

Rangkaian penjagaan rambut SAFI SHAYLA melengkapi antara satu sama lain dan ia dapat membuahkan hasil yang baik bagi golongan wanita bertudung atau pun tidak.  SAFI SHAYLA ini sangatlah bersesuaian bagi semua golongan wanita daripada wanita bekerjaya sebagai pemain drum, pemain papan luncur, pengajar zumba ataupun penunggang jet-ski kerana SAFI SHAYLA mengurangkan kegatalan dan masalah kulit kepala berminyak sambil meninggalkan kesan haruman sepanjang hari.

Rangkaian produk SAFI SHAYLA adalah dalam lingkungan harga mampu milik dan memiliki sijil halal. SAFI SHAYLA boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga di laman web dalam talian. Untuk keterangan lanjut mengenai produk SAFI, sila log masuk ke laman sesawang Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMY , laman sesawang Instagram di SAFI@safimalaysia dan Chanel SAFI di Youtube iaitu www.youtube.com/safimalaysia

SELAMAT HARI LAHIR PUTRA AL AMIN

Foto Hani Rahman.
Selamat Hari Lahir Muhammad Putra Al Amin ... Alhamdulillah, bbeberapa hari lepas genap lah usia Putra lima tahun ... Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu ... Ya Allah, Kau terangilah hati anak ini dalam mendalami ilmu dunia & akhirat ... Kau jadikanlah dia anak yang soleh, yang menjaga solat dan agamanya ... Menjaga kebajikan kedua ibu bapanya ... Menjaga kebajikan mereka yang memerlukan ... Tidak sombong dan pandai menjaga diri ... Ameen ...

Foto Hani Rahman.

Foto Hani Rahman.

Seperti biasa tiada sambutan secara rasmi... Tapi semalam berkesempatan belikan Putra mainan dinosaur nih... Memang dah lama dia nak beli dinosaur besar nih.... Sampaikan dua tiga minggu lepas gaduh ngan anak jiran sebelah berebutkan dinosaur budak tu... Maka semalam kebetulan jumpa kat pasar malam, maka dah tak gerak-gerak dia dari kedai tu ... Maka haruslah dibeli sebelum hujan lebat turun...Hasi nyer terserlah senyuman sampai ke telinga...

Alhamdulillah ...