Search This Blog

Sistem SAPS Ibu Bapa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca semua ... Tahun 2017 sudah sampai ke penghujung ... Maka ibu bapa pasti sedang sibuk dengan persiapan anak-anak untuk sesi 2018 pula ... Selain itu ibu bapa pasti tertunggu-tunggu untuk melihat prestasi anak-anak sepanjang tahun 2017... Anak-anak pula baru jer selesai peperiksaan akhir tahun ... Aku pun sama lah macam korang jugak ... Asyik tanya anak-anak jer... Anak-anak nie plak kalau keputusan yang bagus-bagus tu cepat jer dia orang bagitahu... Kalau yang nyawa-nyawa ikan tu tak tau lagi jer jawapan nyer...

Kalau dulu kita ibu bapa kena tunggu buku rekod untuk mengetahui maklumat lengkap prestasi anak-anak ... Sekarang tak lagi, ibu bapa boleh semak secara online dengan menggunakan Sistem SAPS ... Anak-anak dah tak boleh dah nak rahsia dengan ibu bapa ... Semua nyer di hujung jari sekarang nih ... Ibu bapa disaran menggunakan sistem nie untuk memantau prestasi anak-anak ... Kita sebagai ibu bapa kena ambil tahu jugak pembelajaran anak-anak bukan mengharapkan guru-guru sahaja ... 

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) merupakan satu sistem online yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyimpan data-data peperiksaan sekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini boleh memudahkan ibu bapa dan pelajar membuat semakan tentang keputusan peperiksaan, serta guru untuk memasukkan markah peperiksaan secara online. Sistem SAPS juga boleh diakses dan digunapakai oleh pihak sekolah, KPM, JPN, PPD.


Semakan keputusan peperiksaan online hanya melibatkan pelajar sekolah rendah dari darjah 1 hingga darjah 6 serta pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5... Segala keputusan peperiksaan sekolah seperti Ujian 1 dan 2, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun dan Peperiksaan Percubaan boleh disemak melalui laman SAPS kecuali peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM.

Langkah-langkah membuat semakan keputusan peperiksaan pelajar.

1. Melayari ke laman Sistem SAPS Ibu Bapa

2. Mengisi maklumat lengkap pelajar seperti No IC/Sijil lahir, Negeri, Nama sekolah dan tahun.

3. Tekan semak.

4. Tekan Papar Slip Keputusan atau Papar Markah Keputusan.





Sistem seterusnya akan memaparkan slip keputusan peperiksaan pelajar dengan terperinci termasuk markah setiap subjek, kedudukan dalam kelas dan tingkatan. Dengan adanya sistem online SAPS, ibu bapa dapat memantau keputusan pelajar dengan lebih senang dan efektif.

Papar Slip Keputusan 

Papar Markah Peperiksaan

Sistem nie amat memudahkan kedua-dua belah pihak  guru-guru dan ibu bapa ... Aku memang dah lama menggunakan sistem nie...  Sejak anak sulung aku darjah 2 (2011) sampai lah sekarang dia dah tingkatan 2  (2017).  Sistem nie memang amat memudahkan kita sebagai ibu bapa untuk menyusun aktiviti pembelajaran anak-anak di rumah... Tak de lah asyik main aje kan...  Cuma yang agak menyesakkan aku, bila nak akses laman web nih tambahan time-time akhir tahun nie, time-time result exam  baru keluar tu, memang ler agak grrr... Lambat giler dan kadang-kadang keluar lah macam-macam error... Kedengaran jugak rungutan para guru pasal masalah nie... So, aku rasa pihak yang berkenaan perlu memandang serius perkara nih, tindakan segera perlu diambil... Sistem nih bagus tapi perlu penambahbaikan...

Kengkawan yang dah ada anak bersekolah tu harus bookmark laman web Sistem SAPS Ibu Bapa... Sebagai ibu bapa yang prihatin adalah menjadi tanggungjawab kita mengambil tahu pendidikan anak-anak kita... Semoga bermanfaat buat semua...

2 comments:

  1. Sha memang bookmark siap-siap dekat handphone.. Senang nak pantau keputusan periksa anak-anak..

    ReplyDelete
  2. Its a great pleasure reading your post.Its full of information I am looking for and I love to post a comment that "The content of your post is awesome" Great work. saps ibubapa

    ReplyDelete